ALTHEA Bare Essentials - Beauty Meets Korea !

by - Monday, April 23, 2018


Bungkusan Pink! Itulah koleksi Bare Essentials yang didatangkan khas dari Althea Korea. Memang julia teruja sangat nak berkongsi dengan korang semua sebab koleksi Bare Essentials ini adalah salah satu set penjagaan wajah yang top di Korea tau. 

Tiga asas penjagaan mudah Bare Essentials yang di mulai dengan Contour Cleanser, Primer Water dan Fixer Cream. Untuk tahu lebih lanjut teruskan membaca.


Nak tengok surprise gosips Bare Essentials boleh tonton video dibawah.


Penuh barang dalam satu box! Siap dapat FREE cermin muka lagi, melompat la suka. Nak dapat set macam ini nanti diakhir entry julia bagi link ye. Itulah dia set lengkap Bare Essentials, mari lihat 3 langkah mudah menggunakannya dan caranya. 

#Langkah 1
Contour Cleanser - 150g 
RM23

Contour Cleanser - Langkah 1 adalah Contour Cleanser, pembersih yang kaya ekstrak Lemon Myrtle menghilangkan kekotoran sambil meningkatkan peredaran darah. Itu sebab ia dinamakan contour kerana pencuci wajah ini bila diamal boleh membentuk rupa V.

Bukan teknik makeup sahaja boleh bentuk V tau, tapi ini pun boleh malah lagi nampak efek natural. Ia mengandungi kapsul mikro untuk perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan meninggalkan kulit berasa sejuk dan segar!

Gunakan bersama dengan Primer Water dan Fixer Cream untuk hasil terbaik!

#Langkah 2
Primer Water - 200ml
RM43

Primer Water - ia seakan toner yang mempuntai tekstur licin dan rasa agak tebal bila di sapu ke wajah. Boleh kata hampir seperti serum sebab ia menghidrat kulit kita dengan baik serta meresap ke dalam liang kulit kita. 

Ia mampu melembutkan kulit dan meningkatkan kelembutan seterusnya menjadikan kulit kelihatan sihat dan bermaya.

#Langkah 3
Fixer Cream 50g
RM50
Fixer Cream - Pelembap yang kuat dan padu ini diperkemaskan ke dalam balang kecil bagi menyediakan kulit dengan kadar penghidratan sehingga 24 jam. Tujuan utama sudah semestinya menghasilkan kulit segar dan tidak mudah kering. Cara nak guna pun senang, sapukan secara merata ke muka secara perlahan sehingga di serap.

Ramai tanya, jenis kulit apa yang sesuai untuk koleksi Bare Essentials? 

Semua jenis kulit, termasuk berminyak, kering dan lain-lain. Itulah kelebihan Bare Essentials.


Kebaikan 
- Menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memulihkan sel kulit. 
- Penghidratan 24 jam. 
- Mudah menyerap.

Kandungan Utama

  • Trehalose - Humectant berkuasa yang mengekalkan kelembapan pada kulit. 
  • Teh Hijau Liar - Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan. 
  • Baobab Tree Extract - Ejen pelembap yang tidak berminyak membantu pengeluaran kolagen.

Best fixer cream, tidak melekit dan mudah kering. Sejuk je wajah!


Jumlah harga ketiga-tiga Bare Essentials ini RM116. Bentuk bekas yang sangat elegan dan kuantiti yang banyak beri kelebihan kenapa produk ini diminati ramai. Hampir sebulan julia cuba, baru sekarang rasa puas hati nak kongsikan di blog. Tujuan utama sudah semestinya nak lihat kesan sebenar. Recommended !

Untuk info lanjut sila layari: www.althea.kr 

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. Ingat macam mahal tuk satu set skincarw gini rupanya harga nya mampu beli. Cayalah!

    ReplyDelete
  2. Suka tengok video Kak Juju tu. Hihihii.. Bestnya Althea!

    ReplyDelete
  3. Taklah mahal sangat produk Althea. Harga masih mampu beli.

    ReplyDelete
  4. sesuai product ni ngan juju...certain kulit yg sensitif riso juga kn..shining gtu muka juju

    ReplyDelete
  5. Kak Juju dah macam orang Korea dah hiks

    ReplyDelete
  6. serasi dgn shehan.. dah sbulan lebih pakai. lega.. bes sgt primer dia

    ReplyDelete
  7. nanti kin nk cuba try primer dia .. mcm best je tu

    ReplyDelete
  8. kak juju dah cantik..muka glowing gitu

    ReplyDelete
  9. Kalau serasi ngan kulit okey boleh teruskan.. nampak ramai yg guna althea ni .. macam best jer ..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER