ZTE Malaysia telah menawarkan spesifikasi telefon mudah alih yang cukup hebat dengan keupayaan audio berkualiti tinggi. Sebelum ini julia pernah berkongsi pengalaman menggunakan telefon ZTE kan, sudahlah harganya murah, ringan dan mempunyai paparan skrin yang luas. 

Paling julia sukai sebab ciri keselamatan didalam telefon ZTE sendiri, hanya pemilik telefon sahaja boleh akses masuk dengan set pada imbasan cap jari.

Dari tahun ke tahun, sekarang ZTE Malaysia sudah boleh diperolehi secara rasminya melalui Shopee tau. Baca seterusnya apa yang menariknya.




ZTE di SHOPEE
Sekarang anda boleh melayari ZTE Online Official Store di Shopee mulai 19 Mac 2018. Menariknya ZTE di Shopee kerana anda akan...

1) Miliki ZTE Blade V8 Mini hanya berharga RM349 (RRP RM 669)
    Terhad untuk 100 pembeli pertama sahaja!

2) Terdapat model lain yang boleh di miliki dengan diskaun 20% OFF (Blade V8, AXON 7,  AXON 7 Mini)


Boleh layari Shopee official store sekarang di link: https://shopee.com.my/ztemalaysia 

Inilah paparan rasmi ZTE di Shopee, jangan lepaskan peluang keemasan ini tau. Murah dan berbaloi sungguh bagi mereka yang hendak telefon mudah alih yang menarik dan berkualiti setanding dengan telefon mudah alih di pasaran lain. 


ZTE sekarang boleh dibeli melalui LAZADA

Ketahui umum, Lazada adalah sebuah pusat membeli-belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk dan ia adalah syarikat yang beroperasi sepenuhnya secara dalam talian. Kini telefon ZTE boleh di beli secara rasminya disini, mudahkan. 


Boleh layari Lazada official store link: https://www.lazada.com.my/shop/zte-malaysia1


ZTE di 11Street
Siapa tak kenal 11Street online, selalu beri jaminan harga terendah saban hari. Tinjauan julia di 11Street, memang selalu ada promosi dan kempen yang super best. Paling menguntungkan, sekarang ada aplikasi 11Street untuk mobile. Capaian setiap hari semakin mudah nak semak harga dan promosi setiap masa kan.

Boleh layari 11Street official store link: http://www.11street.my/store/zte


Apa yang anda perlu tahu tentang kelebihan ZTE Malaysia.
Peranti mudah alih ZTE adalah sebuah peralatan telekomunikasi global dan syarikat peranti mudah alih yang beribu pejabat di Shenzhen, China. ZTE adalah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. 

ZTE menawarkan pelbagai peranti mudah alih, termasuk telefon bimbit, tablet, modem jalur lebar mudah alih dan hotspot. ZTE juga mempunyai pengedar utama lebih 160 negara dan wilayah di seluruh dunia. Menarik kan !

Ia juga mempunyai perkongsian strategik dengan 47 daripada 50 pembawa teratas dunia. Pada tahun 2012, ZTE memohon lebih banyak paten antarabangsa daripada mana-mana syarikat lain di dunia.

ZTE yang julia guna, suka bentuk nipis dan ringan serta paparan gambar yang cantik.


Trending Shopping Online

Banyak kebaikannya menggunakan shopping online masa kini antaranya:
  1. Tidak perlu keluar rumah dan menempuh kesesakan trafik atau lalu lintas, jem dan sebagainya.
  2. Boleh membeli belah mengikut keselesaan di rumah, di pejabat, di taman atau dimana sahaja melalui telefon bimbit, tablet, untuk membuat perbandingan lebih mudah.
  3. Ternyata lebih diskaun jika beli melalui online seperti di Lazada, 11Street mahupun di Shopee.
  4. Tiada kekangan masa dan hari. Pada bila-bila masa 24 jam sehari anda boleh buat belian diatas talian.

Mudahkan. Julia pun suka buat penilaian dan perbandingan melalui online, senang dan lebih praktikal lagi-lagi nak cari gadget idaman seperti telefon bimbit macam ZTE Malaysia.

Pada pendapat Julia, membeli belah dalam talian di Malaysia pada masa kini adalah selamat, pembeli seperti kita perlu menggunakan laman web rasmi seperti contoh yang julia paparkan seperti diatas.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mendapatkan telefon mudah alih dengan paparan yang terang, ketahanan bateri lebih lama dan audio yang lebih baik, serta bajet berbaloi, ZTE Malaysia mampu memenuhi citarasa poket anda.

Untuk lebih maklumat boleh layari www.ztedevices.com.my atau follow https://www.facebook.com/ZTEMalaysia/

17 Comments

  1. Replies
    1. ye sgt murah dan ada beberapa jenis dh cepat sold out huhh...kena cepat!

      Delete
  2. Replies
    1. ye kak nani...diskaun tu berbaloi sgt2...murah tau!

      Delete
  3. Wahh... Murah murah..!! Ada budget kena grab cepat ni.
    Lambat bertindak nangis ooo

    ReplyDelete
  4. Sekarang semua dah mudah dan di hujung jari je, nak beli gajet pun dah boleh secara online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak mas...setuju sekali...memang ramai kawan juju sendiri beli melalui online di atas...semua diyakini tau.

      Delete
  5. Replies
    1. Ye sgt2 murah...apa lagi lisa bg tahu semua family dan kawan2 kot yg tengah fikir nak cari bajet hp tp berkualiti mewah.

      Delete
  6. Best yer,promo macam ni wajib grab ni. Thanks sharing juju

    ReplyDelete
  7. Menarik boleh beli online. Harga pun murah

    ReplyDelete
  8. boleh dah ni kalo nak grab harga ni. masih mampu milik..

    ReplyDelete
  9. ZTE ada dlm list jugak ni if nak tukar fon :) harga pun ok..

    8 Tricks Millennials Can Learn Save Money

    ReplyDelete
  10. salam..
    hi sis julia =)
    murah jgk hp ZTE tu skrg kan..tgh promosi..
    tp yaya pun bru tuka hp..hehe pnh jgk sblm ni ZTE msuk dlm list senarai hp yg nk dibeli tp apakan daya...haha

    ReplyDelete
  11. Sekarang mudah gila , beli online je

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)