Booking.com

Sambutan Hari Jadi Homemade BBQ Khas Baby Mac

by - Monday, March 12, 2018


Meraikan sempena keluarga lahir pada bulan Mac, mama, julia dan adik ipar. Suka tengok adik beradik berkumpul dan rajin menyempurnakan kenduri bbq kecil-kecilan untuk bonda tercinta. Inilah pertama kali rasanya buat kenduri kecil khas untuk sambutan hari jadi mama dan adik beradik lain, meriah!

Lihat wajah mama julia tu, terharu kan. Mestilah dia suka harinya diraikan dengan penuh gilang gemilang bersama anak-anak tercinta. Abah pun ringan tulang, siap memasak di dapur nasi goreng cina, air tangan abah kalau masak nasi goreng memang sedap sangat, ye kami semua dibesarkan dengan air tangan abah la kadang-kadang tau. Sampaikan aku pun masak ikut cara abah tu dekat sangat.

Gambar ini buat aku gembira, tapi terselit satu debaran...mama sudah menjangkau 60 tahun. Masih sihat dan kuat, korang tau apa aku fikir? Tak apa lah...tak perlu jelaskan emosi kat sini...setiap yang hidup...pasti akan pergi bukan...tapi aku....ntah la...rasa sebak tengok muka mama tu. Korang doakan mama juju panjang umur dan sihat selalu tau...dia selalu cakap dia mendoakan julia. Allah!

Semua family, barakaAllah!

Ini semua air tangan mama, abah dan adik beradik serta ipar duai. Perapan BBQ yang setiapnya ada resepi tersendiri mereka satukan. Sedap!

Set BBQ kami memang lejen, style zaman dulu-dulu punya hehe, sate tu kami bakar sendiri, masyaAllah sedapnya bila dibakar garing ikut kemahuan sendiri, memang paling laju sate la habis dulu. Ayam bakar dengan resepi tradisi adik ipar tu tersangat hebat rasanya, ramai tanya resepi, tapi kan biarkan resepi tu kekal padanya, sebab air tangan orang yang biasa buat pasti tak sama dengan kita tiru kan.


Alhamdulilah, berkumpul dan makan bersama, satu tradisi yang perlu dikekalkan selalu. Julia tak nak ia hilang begitu sahaja, biarlah nanti anak-anak julia dan anak-anak buah mewarisi apa yang kami lakukan. 

Terima kasih semua. Didoakan selalu sihat, erat silaturrahim dan kekal ceria macam ini, bulan depan kami nak adakan family day tau, julia dah tempah sebuah homestay untuk trip 3 hari dua malam khas untuk abah mama dan semua adik-beradik. 

Tak sabarnya!!! 💗

You May Also Like

3 Komen Sini [Click]

  1. meriah bila dpt berkumpul dgn family..mkn2..celebrates busday..yummmyyyyy bbq tu

    ReplyDelete
  2. Meriah nya kak. Fiza doakan semoga mama kak ju dipanjang usia, diberikan kesihatan yang baik selalu dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Booking.com

FOLLOWER