Dari tahun lepas rasanya aku asyiklah dok azan kat telinga suami, papa jom la pi GPO jom lah...jawab dia hujan, bahaya licin. Pa jom la GPO, tak boleh sesak ramai orang baru buka, mesti banyak kedai tak habis buka lagi....ehh berapa banyak alasan maaa hahaha. 

Ya, ko ingat senang nak pujuk suami naik atas ni, kena usaha hari-hari azankan selalu kahkahkah...aku ni kalau tempat baru buka memang jenis makan berbulan atau tahun nak sampai. Sebab jenis tau dah tempat baru launch mesti ada yang lompong sana sini...tapi azan tetap azan haha.

Hajat sampai yeyy!
Minggu lepas, hari cuti hujung minggu suami setuju awal pagi bergerak ke GPO. Korang tau tak, dari rumah nak panjat genting sini hanya 30 minit sahaja. Gila dekat kan! Tapi berbulan nak sampai haha. Okey, kebetulan seminggu lepas cuaca dekat KL ni di landa musim sejuk dingin gitu. So kami naik kat atas memang syok, macam dalam aircond suhu 22c' fuh!

Nak masuk parking mudah betul, banyak sungguh parking, tak silap julia sampai 6 tingkat parking di sediakan, mungkin lebih dari itu. Luas betul, efisien dengan bayaran. Kami kena bayar RM9 parking sebab lepak berapa jam ntah haha.

Lihat gambar aku kat atas, ingat nak flying kiss asap sejuk tapi tak keluar kahkah belum cukup sejuk lagi. Gambar bawah suami dengan abg Qi. Suasana redup je, tapi tak hujan pun, dingin. Ini yang membuatkan mood okey hendak window shopping kt GPO...window je ke elehhh percaya sangat lah cakap juju korang tu hahaha jom jalan !






Dok fikir apa lah tu juju, gambar diam-diam suami snap, nampak sangat gayanya macam bukan window shopping ni...macam banyak benda dia nampak ni habislahhhhhhhh husband hahaha habislah 😁

Dekat sini, aku suka melihat dulu suasana, amati dalam-dalam. Suhu dingin bagi mood selesa sangat. Kami tak shopping dulu. Kami ambil masa dalam setengah jam untuk berehat kat sini. 



Layan anak main playground mini yang sangat unik. Kat sini je aku tengok mini playground yang cantik. Selesa banyak kerusi panjang boleh duduk sambil mata melayan anak main. Mesra kids lah GPO. Terbaik!


Seronok abg Qi main gelongsor unik ni korang, terserlah muka gembira tu. Banyak kali ulang alik naik hahaha. Kalau kecil sangat tak galakkan bagi anak naik sebab gelongsor ni sangat curam, dia tak rendah so bahaya juga sebenarnya takut tergeliat kaki ke tangan ke kan...cuma kena hati-hati. Pantau. 

1# Toy Story - Kedai pertama kami terjah dan beli terus hahaa. Kedai ni memang depan playground lah korang adoiii umpan anak mengena hahaha mana nak lari bijak GPO ni susun atur kedai. 

Aku nak betulkan niat orang berkata, "Orang yang pi premium outlet ni orang have-have je". Hahahaa nak ketawa guling-guling aku tau. Sebenarnya bila korang sampai sini baru tau banyak betul boleh berjimat tau, janji korang beli secara berhemah tak keterlaluan untuk orang middle class macam kita ni tau.

Contoh aku masuk kedai ni, dia ada promo untuk mainan dan baju...baju tu harga asal mahal betul. Aku beli baju ni harga dalam 25 ke bawah je tau...mainan tu abg Qi nak lukis-lukis RM13 je...haa, ada mainan budak-budak perempuan macam main masak-masak tu kotak besar sungguh baru RM20.

Geram aku nak beli kt anak buah ramai pompuan...tapi memandangkan aku malas nak bawa banyak-banyak sebab baru satu kedai tau aku terjah awak, satu kedai kau nak borong mainan ke hahaha...next!


2# Akemiuchi - Inilah yang aku nak sangat ! Aku nak cari cadar king size ala-ala hotel dan waterproof fitted. Penting ooo, aku kan baru beli beli katil dan set tilam king baru beberapa bulan lepas so aku nak mood baru.


Aku dah survey tempat lain sebelum terjah ke sini, so aku dah ada anggaran harga. Dekat sini murah sikit berbanding kat KL tu tau...memang kaki kanan sungguh masuk sini. Pelayan kedai pun peramah, aku tanya je semua dia tunjuk...aku suka layanan bak queen yeyyy.

Dapat dah, pelindung kalis air untuk tilam king aku yang 12 inci, memang bila balik rumah pasang aku rasa nak teriak seronok, cantik elok terletak yes, yes ! RM99 rasanya yang ni, murah setanding dengan kualiti. 

Ini yang dicari, wishlist berbulan dah ni, sampai sini suka sangat sebab harga yang aku semak murah sikit kat sini tau korang. Hotel Collection memang aku nak...aku dah serik beli cadar yang murah-murah tapi stress nak urus sebab mudah renyuk bila lepas bangun tidur. Pastu bila basuh lama-lama jadi nipis, warna pun pudar jadi buruk sebab thread count benang tu kurang 1000. Ini betul-betul 1000 thread count haa cantik weh cotton satin. 



RM400 lbh, tempat lain aku survey RM500 ke atas. Murah la tu...siapa nilai kualiti dia faham harga tu setanding dengan kualiti. Bukan kuantiti cadar yang naik lasam korang nak simpan. Aku nak beli 1 set tapi boleh guna beribu kali basuh masih okey macam style hotel.

3# Sembonia - Jatuh cinta aku masuk Sembonia. Ada sale untuk design terbaru panas-panas !!! Saat kaki ni melangkah, aku dah kenan dengan satu beg ni, harga asal 399 tau, mark down latest design harga jadi...biarlah rahsia hahaha sebab aku nak korang datang sendiri semak eh...baru best tau sendiri. 

Ish best la pelayan sini, asal aku ke kiri dia layan, ke kanan aku...dia layan...tak beli tak pe...tapi dia bg tau harga promo...gila tak terkulat aku...dah la aku pencinta hand beg nombor 1 kat Gombak...eh Gombak juga femes hahaha. Sebab aku tinggal situ...sebab aku rasa aku la pompuan yang gila hand beg...pantang nampak murah beli...buat koleksi simpan pakai pusing-pusing gaya.



Berair tak mata tengok, fuhhhh kecur air mata aku, aku tak berganjak dari sini dok belek. Suami tanya, haaaa ada la tu dia tak leh move on hahaha...terus aku cakap papa nak ni...murah dah ni...kalau tak harga asal macam ni papa...terus dia hulur duit fuhhhh...rasa nak pitam kat situ...yeyyyyyyyyyyyy dapat beg baru lagi hahahaha...bukan tamak tau...tapi aku beli masa promo harga tak masuk akal...gila tak beli...rugi ! 👍

Nanti aku buat entry khas kisah handbeg dan handbeg mana aku beli kat Sembonia termasuk handbeg lain tau...ni pertama kali rasa beg jenama Sembonia. Selalu nak beli mahal tau awak...kali ini memang tak berpaling dah yahuuuuuuu 😂

Banyak kedai lain terjah, tapi aku malas highlight la...kawasan shopping di GPO selesa sebab banyak escalator dan bertingkat-tingkat. So tak muak nak pusing banyak kali sebab sejuk je rasa. Tak macam premium outlet lain panas lit-lit...pening aku, baik datang sini banyak kali pun tak apa tau sebab selesa...

Jom pekena ABC...anak lapar nak makan kat Restoren Chicken Rice Shop...harga makan kat sini memang mahal sikit dari harga KL tu...ye siap-siap set dalam kepala harga makanan sini semua mahal sikit. Tak apa lah bukan selalu pun kan...makan je lah hahahaha. 


Abang! Sembonia dah, Akemiuchi dah...jom Coach abang! hahahaha aku saje test soalan maut tu kat suami...senyum je dia hahaha tau dah aku tak mau masuk situ sebab dah dapat handbeg Sembonia kahkahkah amboi ulang-ulang sebut sajeeeee 😍


So far, aku puas hati berada di sini bersama family. Puas hati dari segi parking, layanan, makanan, tempat riadah anak-anak dan macam-macam lagi. Aku bagi 5 bintang terus lah. Tang tandas aku tak masuk sebab dah membuang awal-awal kat rumah hahaha so tak leh komen tang tu je. 

Jemput la layan video kat bawah...ada lagu JLO aku masukkan. Layan!

13 Comments

  1. sronok juju ke GPO..yg best bila dpt bw blk hasil shopping tu kn..hehe...akak cite GPO pn xupdate lg..yg sign i love GPO tu xjmpa plak..aritu pn kejap je singgah so tk sempat nk pusing2 sgt

    ReplyDelete
  2. best kan juju.. ari tu zie naik cable car.. dah bnyk perubahn cable car dia.. tp smpi atas banyak benda dalm contruction.. tggu berpa tahun lagi macam2 thempark ada.. kat GPO pun tak shopping pun.. jalan2 cuci mata je ahaha

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat pergi. Akak pun dah lama dok azan kat husband tapi tak berjaya lagi. Kena azan lagi ni, hahahaaa!

    ReplyDelete
  4. syoknya ke GPO, ntah bila nak smpi..sebab kite takut, jalan ke genting tu... kite ni memang penakut.. hiih.

    ReplyDelete
  5. bestnya..tak pernah pergi lagi..memg kalau nak ajak suami kene azan bagi betul..ahhaa

    ReplyDelete
  6. tu diaaaa shopping sakan mommy abam qi i hehehhe,alaaa ai lalu balik kamung pun tak singgah2 ,en somi tak mau konar keta naik atas hahhahaha

    ReplyDelete
  7. Wahhhh shopping sakan kak Juju 😜

    ReplyDelete
  8. sakan shopping kak...haha
    saya dok dengar orang cerita jer
    tak pernah sampai sini lagi

    ReplyDelete

  9. Baca entry ni berkobar nak pergi.  Seronoknya bershopping dalam keadaan sejuk. 😃😃

    ReplyDelete
  10. Akak dah pi, paling suka sbb cuaca sejuk tu. Selesa nak window shopping lama lama haha

    ReplyDelete
  11. Bestnya boleh shopping kat Genting Highlandds tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)