Korean Makeup Nude Looks with SHEKKU CHU CHU TONE UP SUN STICK & NEW FACE DUO STICK

by - Tuesday, December 12, 2017


Setiap hari julia kalau ke pejabat julia mesti nak pakai pelembab dulu, primer dan baru nak makeup, tapi baru-baru ini disebabkan tekanan kesihatan dan kerja overtime bertambah, mula la timbul bintik hitam kat hidung, kadang-kadang naik bintik putih...ahhhh stress! 

Pernah beli pore pack tapi sakit tau nak tarik atas hidung tu, pastu lepas tarik sah lah pori-pori kat hidung jelas kelihatan dari jauh, kalau tengok dekat-dekat pitam korang hahaha.

Bila nak makeup ke acara macam kenduri atau event besar baru julia nak gayakan makeup bedak yang padu, mestilah nak guna liquid powder untuk base makeup. Tapi ada masalah, pori kat hidung tu besar-besar, bila sapu bedak aduhh dia punya lubang pori tu tetap tak boleh cover. Malunya!

Suka barang made in KOREA !
Julia dari dulu memang suka barangan buatan produk dari Korea yang diluluskan oleh KKM sahaja. Sedia maklum, kulit orang Korea kan putih mulus, pori tak nampak kat wajah, lepas tu mereka makeup gaya nude makeup...itu yang julia idamkan. Nampak tak makeup looks natural.

SHEKKU 'CHU CHU TONE UP SUN STICK' SPF50+ PA+++

Jenis: Creams, emultions, lotions, gels and oil for skin

Jumpa webpage Shekku, ada promo Krismas. Wah! Kebetulan julia memang suka jenis makeup yang 2 in 1, ada brush dan sekali dengan natural Chu Chu Tone Up Sun Stick. Dalam sun stick ini ada 7 jenis vitamin yang menjaga permukaan wajah kita dari ditembusi pancaran UV yang boleh merosakkan kulit. 

Kelebihan 'CHU CHU TONE UP SUN STICK'
  1. Diluluskan oleh KKM - NOT170907199K
  2. Kulit nampak natural - nude makeup
  3. Mencerahkan dan anti wrinkle
  4. 5 jenis plant based oil - kelembapan kulit
  5. 7 vitamin complex - membantu kulit wajah nampak bersih dan segar
  6. Brush di sediakan sekali - mudah dan praktikal.

Apa julia rasa setelah guna.
Lihat, di hujung dan kiri dan kanan produk ini saling melengkapi. Apa yang julia suka adalah brush dia, sangat lembut dan betul-betul mudah di blend di wajah. 

Tak rasa bertompok-tompok guna set ini tau. Tak payah nak campur guna oil untuk blend, sebab dalam produk ini sedia ada khas 5 jenis minyak natural semulajadi di masukkan untuk semua jenis kulit kering, berminyak ataupun jenis kombinasi.

Macam julia kulit jenis kombinasi, bila pakai tak rasa macam wajah ketat, rasa makeup tu crack, dan kelihatan sangat natural seperti tak makeup. Inilah Nude Makeup, persis makeup Korea!
Kandungan berat: 11.5g
Nampak macam tak sabar nak guna tu, riang sungguh haha, mari kita tunjuk gambar sebelum.
Ya, inilah kulit wajah julia sebelum, hanya guna lipmatte dan eye shadow, tak guna sebarang bedak muka pun. Kulit betul-betul bebas dari sebarang makeup base lain. Nak tengok perbezaannya, sila layari video dibawah. 

VIDEO TUTORIAL PLEASE !
LET'S CHECK IT OUT OHH YEAH
CHU CHU TONE UP SUN STICK
Nampak kan, betapa mudahnya julia guna, pertama julia sapu sikit primer, tak kisah primer jenis apa anda nak guna sebab itu adalah penting untuk bagi base makeup tahan lama sebelum nak apply Chu Chu Tone Up. Nanti di akhir sekali juga kongsi gambar selepas menggunakan set ini. 


SHEKKU 'NEW FACE DUO STICK BLACK HEAD PORE TIGHTENING ICE BLACKHEAD STICK'

Masalah bintik hitam dan bintik putih ada perkara yang sangat merisaukan julia, semua wanita selalu cerita hal yang sama, susahnya nak jaga pori-pori kat hidung. Besar dan nak bagi kecil paling susah.

Bila julia apply sebarang bedak di hidung, jelas kelihatan pori hidung sangat besar. Bintik hitam tak banyak sangat kelihatan, tapi bintik putih kadang-kadang timbul. Geram nak picit, tapi jangan cari pasal, kuku kan kotor nanti timbul masalah reaksi lain dekat kulit...eeeee takut. 

Kelebihan 'NEW FACE DUO STICK'

  • Black Head Stick
  1. Diluluskan oleh KKM - NOT170907076K.
  2. Ia di buat dari Charcoal powder & Cornstarch.
  3. Menghapuskan bintik hitam (blackheads) dan bintik putih (whiteheads).
  4. Memperbaiki lapisan paling luar epidermis. 
  5. Mengurangkan rembesan sebum. 
  6. Menyediakan pembersihan yang mendalam. 
  7. Mempunyai fungsi pengetatan pori jauh ke dalam kulit.
  8. Melegakan kulit yang merengsakan.
  • Ice Pore Stick
  1. Di buat dengan air glasier Iceland. 
  2. Menutup pori-pori dan melegakan kulit anda. 
  3. Meningkatkan keserataan kulit. 
  4. Menurunkan suhu kulit. 
  5. Mengurangkan bengkak muka. 
  6. Bila di sapu terasa seakan berais (dingin).
Kandungan berat: 16g

Cara menggunakannya:
  • Black Head Stick
  1. Buka penutup di atas dan dibawah New Face Duo Stick.
  2. Kenal pasti permukaan bintik hitam putih itu adalah langkah pertama yang perlu di sapu di sekitar hidung, sebelum itu basahkan sedikit hidung dengan air suam untuk memudahkan bintik hitam dan putih senang di tanggalkan.
  3. Kemudian, lap hidung sehingga bersih.
  • Ice Pore Stick
  1. Mempunyai kandungan Xylitol yang berperanan besar untuk mengetatkan liang pori terbuka dan memberi kesan sejuk di sekitar hidung.
  2. Blue Complex H adalah ekstrak penting yang terkandung didalam ice pore stick kerana ia bertindak sebagai agen pelembab kulit.
  3. Selepas guna black head stick, akhir sekali sapu ice pore stick di sekitar hidung. Ia bertindak sebagai toner ice yang cukup beri efek sejuk dan melicinkan seluruh permukaan kulit hidung.

VIDEO TUTORIAL PLEASE !
LET'S CHECK IT OUT OHH YEAH
NEW FACE DUO STICK 

Sangat praktikal, sebab ia berbentuk stick yang mudah dibawa ke mana sahaja. Boleh selit di handbeg dan travel tanpa membebankan. Julia simpan dalam porch beg makeup kecil. 


Rating kepuasan: 
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang. Tadaaa! Kepuasan hasil maksima yang julia rasai, lihat wajah jadi cerah dan natural. Seakan tak pakai makeup pun. Hidung pun nampak pori tertutup, yeyy anda nak milikinya? Jom julia kongsikan info harga dan website Shekku. 

Harga: 
Promo harga setiap satu ialah RM149.
Jika beli 2 set → Chu Chu dan New Face = RM249 
Diskaun banyak tu, jangan lepaskan peluang keemasan sempena Krismas Gift. 
Pembelian boleh dilakukan disini beserta info lanjut klik : https://www.shekku.com/home-dh

You May Also Like

27 Komen Sini [Click]

  1. Suka yang nude dan natural look jugak untuk makeup. Cantik juju..

    ReplyDelete
  2. Wah..nampak.cantik..glowing gitu..macam org korea..mudah makeup kan..

    ReplyDelete
  3. best yer produk ni. berkenan plak nak beli satu

    ReplyDelete
  4. menariknya set kosmetik ni. nak jugalah cantik mcm juju

    ReplyDelete
  5. pergh.. rs cm nk jugakkk.. 😍😍

    ReplyDelete
  6. Wow sangat2 menarik set ni juju. Seronok nampak juju enjoy memakai produk ni. Ada keserasian ler tuu.. Mmg best kan kalau kita dah suka..

    ReplyDelete
  7. ada tgk video juju smlm...black head stick tu menarik

    ReplyDelete
  8. Suka laaa SPF50+ !!
    tahan lebih lama sunscreen dia!

    ReplyDelete
  9. Menarik ni..senang je nampaknya pakai tu

    ReplyDelete
  10. macam syok pulak tgok akk pakai set mkup ni.. teringin pulak

    ReplyDelete
  11. berkenan pulak dengan duo stick tu .....

    ReplyDelete
  12. first sebab dia bentuk stick, senang guna.. biasa produk2 buang blackhead guna masker..tapi produk ni berbeza dan lain dari lain

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba produk kosmetik Korea, nampak menarik ni!

    ReplyDelete
  14. kiutnya dia punya bekas...senang nak bawa ke mana-mana..

    ReplyDelete
  15. suka tengok video kak juju tu, serius, menarik! macma mudah je nak pakai

    ReplyDelete
  16. Memang nampak kelainan lah julia selepas pakai makeup shekku chu chu tu

    ReplyDelete
  17. Aaaaaa best nyerrrrr lagi-lagi black head stick tuuuuuu

    ReplyDelete
  18. salam..
    wahh cantik dah tu..hehe
    hi sis julia...yaya ni - new kbba9.hehe..
    baru 1st time singgh sni n follow sis julia ^_^

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER