Wednesday, November 1, 2017

Malu tapi nak kongsi, pastu delete !

Jangan malu nak kongsikan kejayaan pada orang lain, kejayaan anda akan beri sumber inspirasi kepada orang lain untuk berjaya seperti anda

Korang pernah rasa tak macam aku rasa, nak kongsikan satu info. Siap taip semua, pastu delete! Kenapa ek?

Aku mengalami permainan perasaan, sama ada orang akan cakap aku terlalu menunjuk atau mungkin orang akan rasa annoying terhadap sebarang posting aku. 

Dulu aku suka kongsi info-info apa yang aku baca melalui internet, melalui pengalaman orang tua dan pengalaman aku sendiri. Tapi semenjak ini aku jadi macam takut pada apa aku nak kongsikan. Why julia why! Dah rasa macam banyak benda awak skip julia.

Contoh macam baru-baru ini aku aim nak kongsikan hajat aku lg setahun lebih nak kumpul info tentang pelaburan interior rumah, kira macam deko-deko bajet la...aku siap tulis pastu aku delete...permainan apa kah yang sedang aku lalui...nak kongsi info tapi dalam hati terdetik...'orang mesti kutuk aku cakap nak menunjuk, walhal sebenarnya aku kongsikan impian aku, cita-cita aku, selama ini aku menabung dari pelbagai sudut, tak ambil duit dari orang, ambil duit dari gaji sama macam korang jugak, cuma aku menabung je lebih.'

Pernah aku terdengar orang berkata 'Orang yang bahagian dia macam ini mudah bahagian dia di bahagian itu, melancong sana sini, orang yang ramai anak pun berdikit duit nak makan apatah lagi nak melancong jauh sekali'. 

Faham tak maksudnya...aku nak citer lebih pun risau korang fikir macam-macam. Aku still lagi positive side beb, jangan risau...cuma aku perlu kuat kembali untuk sharing apa aku rasa. Aku sebenarnya nak cerita aku aim sangat-sangat nak kumpul duit nak deko rumah idaman aku beb. Ya itu lah hajat aku selama ini. Rumah aku beli tu tak besar mana, tengah dalam underconstruction. InsyaAllah dalam awal tahun 2020 aku rasa aku dah leh jejak 2 kaki bersama family disana...

Rumah aku beli tu Allah permudahkan jalannya...tak sangka beb! Aku dengan CTOS nya tak ada rekod pun leh lepas loan rumah...aku rasa nanti aku nak share cara aku berjaya lepas loan rumah...sekali hantar lulus. Maksud aku hantar pukal banyak bank sekaligus...jawapan pun berbeza-beza...tapi lulus sekali hantar di bank berkenaan. MasyaAllah...syujud syukur beb!

Inilah aku...aku nak cerita lebih lagi...please doakan julia...jangan di tahan rasa itu...aku nak kongsi sebab aku rasa orang Melayu macam kita ni kena fikir...rajin menabung...korang dapat hikmahnya...percayalah!

Lagi satu...aku selalu dengar orang Melayu sendiri cakap sesama sendiri...
"Yelah, gaji ko besar, suami ko keje gaji bagus boleh lah ke sana ke sini, beli rumah sana sini"
Mereka terlupa nak tanya, tips menabung apa kami amalkan?

 Jawapannya 'Istiqamah' buat, amal dan tawakal. Yakin, jimat hari ini, 5 tahun akan datang korang pasti rasa kemanisannya. 
Nanti julia kongsi lagi ya...rasa lega kongsi ngan korang walaupun sikit je. 

13 comments:

  1. Manusia memang camtu, kalau kita nak pikir pasal orang teruk kita jadinya.. Stress kan. Niat lain orang tafsir atau manipulate jadik lain pun ada.. Anyhow.. Thanks for sharing juju

    ReplyDelete
  2. Manusia memang camtu, kalau kita nak pikir pasal orang teruk kita jadinya.. Stress kan. Niat lain orang tafsir atau manipulate jadik lain pun ada.. Anyhow.. Thanks for sharing juju

    ReplyDelete
  3. Pernah juga alami situasi macam Juju tu. Nak kongsi tapi macam2 fikir..takut dengan penerimaan orang. Tapi kan, tak salah pun nak kongsi ni Juju.. mana tau apa yang kita kongsi tu rupanya berfaedah pada orang lain juga..

    ReplyDelete
  4. Bersakit sakit dahulu kan...yg pahit akan manisnya jua...kipifap juju.m

    ReplyDelete
  5. benda bagus patut dikongsi..atleast kita bole tau pengalaman org...apa tanggapan org tu biarkan sbb kita tahu niat kita utk apa...mcm dlu akak share pengalaman bli umh lelong atleast kita bole bertukar pandangan ngan org yg ada tips ke...kdg2 org yg anggap negatif tu mayb die tkleh tgk org bahagia...nk sesuatu kena usaha menabung..insya allah apa yg kita nk dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. salam sis...sama cam saya masa berblog dulu... mula2 tu segan jugak bila semua benda kita share dalam blog..tp skrg dah mula rasa yakin bahawa kadang2 apa yg kita share tu mungkin ada manfaat kepada orang lain..contohnya pasal kejayaan cam yg sis cite tu...pasal sakit.. kdg2 bila kite cite pasal sakit dlm blog, org ingat kita meraih simpati tp org yg berfikiran negatif tu x tau tujuan kita share adalah utk bg info or langkah3 pencegahan kepada org lain..

    so skrg senang ckp, lantak apa org nak fikir pasal kita.,.janji apa kita buat, kita simpan buat kenangan kendian hari... nak layan org negatif, sampai bila2 x kan bahagia hidup kita... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ juls...anda membuka mata juju sekarang...i need some sokongan padu...supaya mood tidak merudum...dan hati tidak berbolak balik utk kongsi apa yg kita rasa baik utk di kongsi...tanggapan manusia hmmm mungkin ini permainan syaitan yg masih diawang awangan fikiran saya sahaja.

      TQ...pertama kali anda komen di sini ya...terima kasih banyak2.

      Delete
  7. Lantak kan ja juju...mulut orang kan...tpi tu la..kdang2 bila hati ni jadi tisu...remuk jugak dia..pujuk hati sendiri...xpa lah...dia tak suka...ada ramai lagi orang lain yang suka. So kipidap...dongibab

    ReplyDelete
  8. Bab menabung tu memang betul, saya pun tak boleh nak istiqamah lagi

    ReplyDelete
  9. Kongsi ke cerita juju, yang penting niat baik.

    ReplyDelete
  10. dulu pun ws-was nak kongsi cerita ntah apa-apa. Tapi elpas dapat nasihat abg ben tulis je apa kita suka, orang baca tak baca tu belkng kira. Janji jangan hal yang merepek.

    ReplyDelete
  11. i is kagum..xsemua org mahir bab kewgn ni..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)