Thursday, October 19, 2017

Kalau dah sedap, mesti datang lagi !

 
Pantang ada cuti sehari, pasti petang atau seawal pagi mungkin menyelit di mana-mana aje lawat tapak kawasan projek haha. Projek juta-juta sangat tau, projek hunting makanan lah, kami kan suka makan, selain mata dok window shopping je pun, pasti ada acara makan. Wajib. 

Dua kali dah kami makan kat restoren Ah Cheng Laksa, bukan setakat jual asam laksa yang mengiurkan, ada macam-macam rupanya. Abg Qi dan husband suka makan mi kari ah cheng, perghhhh mantop! 

Lihatlah bagaimana abg Qi korang santap mi kari bowl besar sampai tak bagi umi dengan walid dia jamah sikit hahaha abg Qi abg Qi, dia kalau dah nampak benda yang dia suka makan jangan harap la nak cuit-cuit, baik pi order tambahan.

Badan je kecik, tapi perut dia portion orang dewasa tau jangan tak percaya 😛

Suka asam laksa kat sini, rasa kuah ikan dia penuh dan tak terlalu masam dan tak terlalu pekat, just nice wallaaa lega anak tekak, dua kali ulang pi kedai yang sama tapi dikawasan berlainan, satu di Setapak Central dan baru-baru ini di Melawati Mall. 

Side dishes lain kami order kepok lekor dan abc, haa pun terangkat kepok lekor dia goreng panas-panas, abc tu pun 3 orang boleh kongsi makan.

Total campur air semua baru RM38 aje...murah sangat dan berbaloi-baloi. Nanti nak pi makan lagi la bulan depan haha.

pssttt...lama juju tak berAidijuma yang design terkini, puas hati dapat pakai rindu haha

13 comments:

  1. Tetiba rasa nak makan laska plak dah hehe

    ReplyDelete
  2. Sis selalu makan kat dalam Ampang Point kt tingkat atas. Sedapppp

    ReplyDelete
  3. xkesempatan nk try lg kt ah cheng laksa...nanti nk try la

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa! Nanti nak try jugaklah :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa! Nanti nak try jugaklah :)

    ReplyDelete
  6. Ai pun suka mee kari ah cheng laksa.. dulu masa tempat kerja dekat dengan ah cheng laksa, hampir tiap2 minggu ai pergi makan.

    ReplyDelete
  7. murah sesangat...eh..kita pun dah lama tak ber aidijuma tau

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya.. asam laksa memanglah fav mama

    ReplyDelete
  9. Sesekali layan anak tekka best gak ni.

    ReplyDelete
  10. hebat Abam Qi. Maira suka makan jugak, tapi benda yang tak pedas lah. kari ke laksa ke semua dia tolak awal awal. hehee, Nanti one day boleh food hunting together ye Juju

    ReplyDelete
  11. Sedapnya asam laksa, boleh pekena sebelum bersalin

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)