Monday, October 16, 2017

Family Hangout: Enjoy Meaty Mania at NY Steak Shack Mid Vally Megamall


Lama sungguh tak pi Mid Vally Megamall, maklumlah sejak banyak shopping mall bak cendawan tumbuh berdekatan rumah yang biasa di kunjungi seakan macam rindu nak pergi kembali. Sememangnya kalau julia sekeluarga datang sini, pasti suka hangout di outlet LG berbanding di aras lain.

Sebab di sini macam biasa food hunting tu banyak betul, mata dari dulu lagi nak cuba Ny Steak Shack tau tak, asyiklah dok fikir mesti mahal, mesti mahal, maka nya makan tahun la nak sampai menjamu selera kat sini haha.

Yelah, kalau mahal memang tak lah juju nak makan, juju ni jenis suka makanan yang murah, sedap dan jikalau ada promo je baru nampak muka. Terus terang cakap bukan tak mampu, tak nak membazir tu je. 

Tapi kan kali ini nafsu membuak bila lalu kedai ni, tak ada pun langsung nampak ada promo depan restoren ni...so masuk je lah. Janji nak makan burger besar tu haha (napsu setan mai dah kehkehkeh)

Service amacam?
Suka cara pelayan melayani kami, pantas ! Makanan sampai sepantas kilat, laju benor. Disarankan kalau nak ke sini sila la datang dalam pukul 11 pagi, memang selesa betul dan tempat pun banyak walaupun masa tu banyak meja sudah di reserved fuyoooooo (jeling tau tengok meja cecantik reserved hahaha).

Buka booklet menu, mata kami nampak salad creme, terus suami order salad creme dulu sebagai pembuka selera. Kami berdua ni memang hantu salad creme tau. 

Saat julia lihat salad creme yang creamy sangat tu terus bau, wauuu bau dia sedap mesti lagi lazat masukkan dalam sayuran ni. Lets go !

Cinta hati nan satu, julia bila sampai mood nak belanja memang juju paksa orang makan sampai puas, sampai kenyang, sampai taubat kena makan dan makan hahahhaa. Thats me babe, kalau tak jangan harap la julia nak offer belanja bukan senang ooo...tapi untuk my husband anything for you, so papa sila order apa sahaja yang papa nak, umi belanja no problem !

Hensem orang tu pakai baju t shirt baru, nampak macho angat-angat hahaha. 

Aku kalau tak buat perangai memang tak sah, sure selfie pelik-pelik. Partner sebelah meja asyik pandang-pandang kami yang sakan bergambar sana sini haha well ada kami kisah? Bahagia kami yang buat...so kami enjoy ! By the way my husband memang teror bab ambil gambar tau sekarang, dia dah jadi my super junior blogger to be...tapi tak wujud lah blog dia...hahaha

See! Salad cream dia sangat sedap wow dan tempting, rasanya kalau korang tak nak makan banyak kat sini boleh order ala carte cam ni, menyelerakan, lagi sedap dari makan nasi hehe

Memang bersih pun, selesa dok sini, mau sejam lebih kami lepak dalam kedai ni tonton orang lain bahagia menatap menu masing-masing. 

Meaty Mania Set  + include soft drink & ice cream setiap satu menu (mantop dah la murah sungguh!)

Sizzlin BFC (Beef +Fish+Chicken)
RM29.90 plus GST → RM31.69 
  • Save RM24.25
Husband julia order set ini, fuhh bijak dia! Semua jenis ada, ayam, ikan dan daging yang di marinated dan dimasak dalam gaya sizzlin. Menarik kan. Ingatkan jenis bentuk mi atau nasi di masak gaya macam ini, rupanya 3 jenis menu ini di satu nampak sangat menyelerakan dan digabung dengan sedikit jagung rebus dan kentang goreng.

Sos blackpepper tu pekat sungguh, puas hati la makan. Kenyang kongsi berdua.


Close up! Lihat cara grill sizzlin perghhh mantop! Daging dan ayam sizzlin tu sangat ohsem, sedap oiii...geram makan sebab ramuan rahsia dalam sizzlin tu tak boleh nak teka...rasa dia emmmpppphhh...rasa nak ulang balik la this weekend haha

The Empire 
RM19.90 with GST RM21.07
  • Save RM18.42
Set ini julia pilih, bila menu ini datang atas meja tanjat juju! Besarnya siap pacak pisau atas burger, ko mampu hahaha, rasanya mulut juju kena belah dua takut tak muat masuk mulut hihi. 

Burger dia tersangat lah sedap dan penuh sayuran. Lengkap rasa hidup bila makan penuh sayur dalam mulut. 


Garing dan ranggup!
Onion ring dan cendawan goreng ranggup dan besar di gabung goreng bersama, memang kenyang sampai tak boleh bangun dari meja bila melantak set ini, Insaf tau hahaha siap suruh paksa abang Qi dan husband makan, boleh plak diorang mengelak...mak marah ni hahahaha

Set ini harga dah la murah, besar betul portion, boleh order 1 menju je kongsi dua orang makan tau. Lihatlah daging yang di grill, memang bauan daging burger ni lain dari yang lain lah. Lazat sungguh bila satukan sekali salad cream tu gila lah!

Dah la dapat 2 air free, dapat 2 aiskrim vanila free ya ampun kat mana lagi celah perut nak masukkan semua makanan ni awak! Menangis ko kat situ...memang langkah kanan betul julia hari tu tau. Siapa cakap sini mahal? Hahaha 

Total RM63.80

Jimat awak, jimat!

Puas hati menjamu selera kat sini, husband juju suka sangat dan enjoy jamu makan kat sini tau, alhamdulilah seronok belanja makan dekat my kesayangan...nak lagi enjoy meh layan video julia buat ni. Pasti korang kecur ailio imbau balik hahaha. Nak pi makan lagi lah nak ajak mama abah plak makan sini, mesti diorang menangis nak habiskan hahaha bila lagi kan nak buli (notty punya anak) 😆

18 comments:

  1. Wahh sesekali belanja insan tersayang apa salahnya.
    Meriah makanan tuu.macam2 ada .. ayam ikan daging perfect sungguh laa dalam satu plate.Burger tu kan menggamit rasa nak g makan jugak laa..nampak sedap dan menyelerakan..kalau laa dekat kekya dah g dah ni hehehe..naper takde gambar abg qi masa duk makan .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Qi masa ni bz main mainan dia kak...asyik gambar dia je, sesekali masukkan gambar walid dia plak konker, baru adil dan saksama hahahhaha

      Delete
  2. akak pn lama btul tk pi midvalley...sbb byk sgt dh shoppingmall berdekatan kn...kt aeon shah alam ada juga NY steak shack ni tp tk kesempatan lg nk try..mmg beso portion tu

    ReplyDelete
  3. Haa kak min mmg suka NY steak Shack ni pd kak min sedap n murah

    ReplyDelete
  4. Kenapaaaaaa sedappppppp.... Nak gi try la Nanti... Hehehehhe.... Tq Juju...

    ReplyDelete
  5. HUISHH, nasib baru naik lunch. kalau takk terliurr jee. huhuh
    nanti boleh terjah sini ni dgn mak, harga pun quite ok

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar , baca entry akk rasa cam nk mngis. Br niat nk workout.. tp cm mgoda btl menu akk mkn skluarga.. mo Ty terjah ni...

    ReplyDelete
  7. Wahhh semua nampak menyelerakan, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  8. isy...mak sangat teruja! nanti nk try juga lah! hahha

    ReplyDelete
  9. wahhhh...nyum..nyumm..nak try makan sini jugak lah..

    ReplyDelete
  10. Fuhh nampak sedap sangat ni :) Nanti nak try jugaklah.

    ReplyDelete
  11. Yup, nad pun kalau ade duit lebih belanja keluarga ..lepas tu orderla nak makan apa..hahaha..sebb kita akan jarang datang lagi..

    ReplyDelete
  12. Okeh masuk list...lepas gaji boleh pi hehehe

    ReplyDelete
  13. sedapnya makanan dekat steak shack! ok, nak pergi!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)