Monday, October 23, 2017

Kisah di sebalik tabir urus majlis nikah dan sanding adik julia.


Abang ipar dan kak long bergaya sakan 2 jam sebelum resepsi persandingan adik ita. 

Hi korang, rindu gila nak berblog πŸ’‹, padahal baru 3 hari cuti dah rasa macam seminggu tak berupdate haha banyak cerita nak kongsi tau. Almaklumlah adik julia yang terakhir dalam family nak buat persiapan kahwin sebelum dan sesudah nikah. Hari ini julia kongsikan sikit gelagat abang ipar dan kakak sulong dia bekerja keras untuk persiapan nikah dan sanding si adik ita.

Adik julia si ita ni dia adik kedua julia, adik ketiga dan adik keempat semua dah kahwin. Dia sorang yang jadi penutup majlis kenduri kahwin untuk keluarga anak Pak Johari. Tunggu cucu pak johari pula nikah dan sanding punya giliran. πŸ˜‹

Sekejap je adik-adik juju ni membesar, bekerja dan semua sudah menempuhi alam perkahwinan. Padahal rasa macam baru lagi sekolah sama-sama, jalan kaki sama-sama pi mengaji Al-Quran, sekarang semua dah jadi hak milik orang... (sebak).

Sebagai kakak sulong, julia memang terasa sangat, apa yang juju rasa tu tak dapat nak diungkap dengan kata-kata, entahlah...sebab si ita ni dia seorang yang sangat rajin membantu mama dan abah di rumah, kira tanpa dia tak berseri rumah parents kami tau. Dia jenis tak berkira buat kerja rumah. Mana nak cari adik macam ni...murah rezeki dia dapat pasangan hidup yang melangsungkan perkahwinan dengan gilang gemilang.

Barakallah! Syukur sangat rezeki si adik ita. 😊

Gambar di bawah julia kongsikan secara rawak ya, nanti julia up entry kisah nikah dan sanding adik juju ni secara detail. Saja nak kongsi orang kuat di sebalik tabir hahaha...kuat la sampai hari ini masuk kerja tau, suami dan anak masing-masing tak cuti...sekolah dan bekerja macam biasa...

Kaki melecek Allah yang tahu😝...sebab rasa ikhlasnya kami hanya Allah juga yang tahu. Lagi mendalam, suami juju pun banyak sponsor dalam diamnya... untung ita dapat abg ipar macam ni tau. 

[ Tuan tanah blog lama tak beraksi di red karpet, habis jeles semua orang tengok haha ]

Sanding - Kakak sulong jadi penyambut tetamu resepsi persandingan si adik ita, kemain haa dia posing, memang over shadow gila dengan adik pengantin, sajeeeeee sangat kan hahaha juju pakai warna rona peach terang yang pekat, itu sekali imbas macam warna merah tapi bukan. Lighthing tu yang kemain sangat haha.

Dewan ini lah menjadi saksi pernyatuan dua hati...cantik dewan ni, soon juju review detail.

Dewan ni kami usya dan intai jam 4.30 petang, seriusly tak ada majlis persandingan di sebelah tengahari, semua tersusun, kami ketuk la bilik dewan ini, ada dj dan emcee yang jaga dewan ni syukur, minta kebenaran nak susun door gift dan susun bunga pahar awal-awal. 

Lega sangat dapat loading barang seawal mungkin. Yelah hakak dan abg ipar nak balik rumah mandi, bersiap dan makeup lagi kan...hahaha.



Nikah - pre nikah, orang datang pasang pelamin nikah adik ita, suka tau simple dan nampak kerlas blink-blink tu...nanti juju share next entry. 

Deko hantaran - semua julia deko khas untuk si adik ita. Ya, 100% by julia. Malu nak kongsi gambar bagi korang tengok hahaha. 

Persandingan semalam ramai yang nak tengok abang Qi, ni pun ihsan gambar dari kawan suami, terima kasih ye sharing, julia kongsikan di blog abg Qi dengan kawan-kawan dan sepupunya seronok atas pelamin, masa ni before sanding lagi diorang dok sakan happy2 hahaha...

Memang tak ada dalam kamus nak dapat gambar cantik tersusun anak-anak...redha jelah mak ayah hahaha. 

Gambar fresh pagi ini suami julia kongsikan, abg Qi berjaya bangun awal pergi sekolah. Well done abang Qi, umi tahu malam tadi abang Qi penat sangat tolong umi edar door gift kenduri dekat kawan-kawan Qaiser...umi ingat jasa Qaiser tau. Love u.

Gambar sarapan pagi hari ini, geng julia makan meriah, macam-macam kami story. Lapar tau, juju semalam tak makan sangat masa majlis resepsi adik, 100% jaga majlis dan jadi penyambut tetamu dengan suami serta mama dan abah, seboleh-bolehnya kami nak orang datang dan tetamu yang balik di hargai dari awal sehingga akhir. 

Tak sabar nak cerita kisah adik kahwin ni tau, banyak kenangan manis yang julia pelajari. Terima kasih tetamu yang hadir, bagi pembaca blog julia maaf tak jemput anda semua, kad undangan sangat limited. 

Hanya keluarga dan jiran tetangga serta rakan-rakan adik yang banyak hadir. InsyaAllah ada rezeki julia dan suami berhajat nak buat majlis makan kesyukuran. 

Doakan juju di murahkan rezeki ye boleh undang korang pembaca setia. 

Take care dan selamat bekerja. 

13 comments:

  1. Alhamdulillah .. majlis berjalan lancar..selamat pengantin baru buat adik juju Ita..

    ReplyDelete
  2. untung yer adik juju, kak buatkan hantaran. InshaAllah semoga juju murah rezeki, buat kenduri jgn lupa jemput yer

    ReplyDelete
  3. Untuk Ita dan Imran, Tahniah dan Selamat Pengantin Baru. Untuk Juju sekeluarga juga tahniah dapat anggota baru dalam keluarga. Semoga berbahagia hendakNya

    ReplyDelete
  4. Teringat masa kak Ti uruskan majlis adik dulu.. Dari majlis tunang sampailah ke majlis besar kak Ti uruskan.. Seronok kan Juju..

    ReplyDelete
  5. Kakak sulung sure bz bila adik nk kawin..akak dlu pn sama.. Wah juju yg gubah hantaran.. Nanti sharela

    ReplyDelete
  6. Kakak sulung sure bz bila adik nk kawin..akak dlu pn sama.. Wah juju yg gubah hantaran.. Nanti sharela

    ReplyDelete
  7. eh..terujanya baca..nak tunggu next story plk..:)

    ReplyDelete
  8. sebagai kakak memang kita akan all out kan juju. Walaupum end up rasa tak larat tapi itulah yang best sebenarnya. Kenangan adik beradik.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah Juju dah dapat adik ipar last..hehe

    ReplyDelete
  10. terus rasa macam nak kawin lagi hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)