Tuesday, October 31, 2017

Bersediakah nak tempuh ujian.

Terima kasih cikgu besar kongsi gambar di atas. Nampak khusyuk abg Qi.

Dua minggu hibernisasi, membantu abang Qi menelaah mata pelajaran dengan pelbagai ulang kaji. Mulai semalam sehingga 2 minggu akan datang abang Qi sedang menjalani peperiksaan akhir tahunnya yang ke 5 tahun tadika.

Bunyi macam alaa baru 5 tahun, tapi mukadimah cerita macam anak nak ambil exam UPSR hihi. Ya, jadual peperiksaan sudah diagihkan kepada ibu bapa sejak awal lagi. 

Memang jadual examnya agak lama, ada hafalan surah lagi. Cuma perlu panduan dari cikgu untuk bacakan soalan, almaklumlah anak umur 5 tahun mana la pandai membaca lagi, cuma dia sekarang hanya pandai mengira dan menyebut huruf sambil menulis satu-satu huruf. Anak lelaki, memang sejak azalinya main-main, tapi dia serap apa dia belajar melalui permainan di sekolah.

Cara ujiannya. 
Bila di bacakan soalan oleh cikgu, dia tahu nak cari jawapannya, ya dia dah pandai menilai dan buat perbezaan kecil, besar, tinggi, rendah, sama dengan tidak sama. Untuk menyakinkan jawapan dia betul memang kena banyak buat ulang kaji berkala. (latih tubi)

Cuti sekolah nanti 1 bulan lebih, tak sabar nak beri selingan (Belajar membaca pantas). Julia ada survey di kedai buku baru-baru ini ternampak ada medium menarik untuk galak anak membaca cepat.

Doakan abang Qi ya semoga urusannya berjalan lancar dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang musim peperiksaan akhir tahunnya, mood nak update agak menurun sedikit beberapa hari ini. Sebab kami pun dalam ujian Allah. 

Umi dan walidnya dalam mode:doa. 

11 comments:

  1. semoga Abang Qi dipermudahkan examnya nanti ye..

    ReplyDelete
  2. tgh musim peperiksaan ni kan.. semoga dipermudahkan anak2 kita

    ReplyDelete
  3. semoga abg qi berjaya dunia akhirat ya

    ReplyDelete
  4. nampak dah abang2 sgt abg Q ni...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan menjawab soalan yer qi..zahirah demam plak

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, mudah2an urusan Abg Qi Allah permudahkan. =)

    ReplyDelete
  7. Abang Qi anak yang bijak dan soleh..

    ReplyDelete
  8. smoga abg qi dpt jwb soklan ngan tenang..ank akak pn minggu ni exam

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)