Tuesday, September 19, 2017

Cara Aktifkan Kemudahan ATM Debit Kad Luar Negara Sebelum Melancong !


Enam hari bekerja lagi! Hooreyyy! Julia sekeluarga nak ke mana la tu siap blurkan travel itinerary haha! Julia kan suka buat Surprise!!!! Sebelum ini julia dah share tips nak hunting AA baru-baru ini, ingat nak pi la awal tahun depan, yang tahun depan lambat lagi nak tunggu walaupun dah tempah tapi...

Bukan hati julia je memberontak nak naik kapal terbang, lama dah kot puasa tahun ini...suami dan anak serta keluarga lain pun sekapal sama haha...apa lagi jom la pi ramai-ramai yey!

Cara Nak Aktifkan Kad ATM Untuk Digunakan Ketika Melancong Ke Luar Negara 😍
Tips yang julia kongsikan ini hanya melalui Maybank2U ya, kalau bank lain julia tak berapa pasti cara nak aturkannya. Dengan Maybank2U tak sampai 1 minit semua urusan jadi mudah. 

Kalau korang rajin ke oversea, buatlah pengaktifan setahun terus senang kalau terlupa ke apa ke tak susah sangat.

Tiada caj tersembunyi masa aktifkan sesi ini tau, senang boleh aktifkan melalui telefon atau di PC, tak perlu ke kaunter bank. 

Caranya ikut seperti dibawah ya 😄
  1. Open website Maybank2U
  2. Klik Home
  3. Klik 'Card Management' 
  4. Klik 'Overseas ATM Facility'
  5. Klik pada petak '-Please select-' dan pilih 'Activation' selepas itu klik 'Continue'
  6. Masukkan tarikh mula travel sehingga bila - 'Request for TAC' (kalau kerap ke luar negara sebaiknya klik 1 Jan - 31 Dis 17.
  7. Status - Succesfull !


Senangkan, tak susah pun. Julia pun dah aktifkan kad ATM tujuan khas digunakan ke luar negara untuk satu jangka masa terhad. Tak aktif setahun sebab jarang-jarang ke luar negara. 

Nak guna kad ini pun ada pantang larang kena ikut jangan main bedal je nak guna sewenang-wenangnya.
  1. Guna bila betul-betul dalam kecemasan - contoh tetiba ada kejadian pick pocket (seluk saku) masa ni semua duit tetiba hilang tak tahu mana perginya, masa inilah kad ATM penyelamat untuk belanja secara ala kadar. 
  2. Kad ATM masa travel simpan di tempat sulit - Duit travel jangan di simpan setempat, simpan banyak tempat macam di dalam baju, sikit di beg, sikit di celah tepi mana-mana tersorok yang kita je tahu begitu juga kad ATM, sebab kalau kejadian seluk saku pun tak ada la hilang semua duit termasuk kad ATM...naya!
  3. Bila bajet terover - kadang-kadang terjadi kejadian over belanja bila jumpa barang yang kita idamkan...pastikan dalam kad ATM duit mencukupi untuk digunakan agak-agak kalau ada standby 2k dalam akaun lagi bagus, kalau lebih lagi lah bagus. Tapi beringat jangan membazir melampau, balik Malaysia kang muflis haha tak syok travel cm tu. Beringat.
Setakat ini perkongsian julia tentang cara nak aktifkan kad ATM untuk ke luar negara. Tak sabar nak fly 6 hari lagi waktu bekerja hahaha! 😁

Quotes kata-kata husband semalam, 
"Nanti kita fly hujung tahun ni lagi eh boleh" 😄😆
...hahahaha larikkkk! #juliasukajalan #juliajoharidotcom

Tak tahu nak pergi berjalan mana?...meh jemput baca lubuk sebelah travel bajet klik → TravelogueJulia

19 comments:

  1. Aritu buat ginilah. Taktau mana silap. X leh guna. HB buat dekat ATM berjaya. Sedih! Xdapat shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kredit limit Kad Debit kena perhatikan juga, kalau tak ubah kredit limit debit kad kadang2 tak leh keluarkan juga.

      Delete
  2. wow.. thanks sis.. nice sharing.. tak pernah tau pun cara nak aktifkan kad atm ke luar negara

    ReplyDelete
  3. Wah, senang sangat caranya... Thanks sharing juju.

    ReplyDelete
  4. Memang senang laa bila kita dah tahu cara yang betul kan Juju..Tq juju sudi sharing pasal benda ni.. kekadang ramai org yg tatau kan jadi bila ada emtri lagu ni dapat la sedikit pengetahuan camne nak aktifkan Kad debit ATM kat luar negara..

    ReplyDelete
  5. tq juju for sharing..tk pernh aktifkan..happy holiday ..tk sbr tgu juju update ke mana destinasi

    ReplyDelete
  6. selalu aktif guna mb2u jugak..sngkan juju

    ReplyDelete
  7. tudiaa siap countdown...sila update socmed bila dh smpi destinasi tu yeee...
    klu xde maybank2u boleh call je hotline maybank..dorg boleh tlg aktifkan utk kita..i dulu aktifkan by call sbb xreti nk buat online...hehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya nak pergi melancong. Terima kasih atas tips yang berguna ni.

    ReplyDelete
  9. info menarik dan berguna,selamat holiday juju

    ReplyDelete
  10. Hahaha...sekarang ni memang di hujung jari saja...alia pun pernah buat entry psal ni utk maybnk n cimb...
    Senang nk wat transaction kt oversea nnt

    ReplyDelete
  11. Okay nak buat ni nanti.. walupun tak la selalu travel but better tahu kan

    ReplyDelete
  12. baru tahu jugak..thanks for sharing this juju

    ReplyDelete
  13. Memang kena buat juju.dulu pergi phuket bukan main syok shopping.nasib baik dah activate.takdela teruk sebab cash dah abis

    ReplyDelete
  14. terima kasih kongsi ni. saya pun nak travel semula. lom boleh buat sekaran atm tu sebab tarikh belum sesuai.

    thanks.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)