Senangnya Order Online Barang Dapur Setiap Bulan Guna Khidmat Honestbeemy ! | Julia Johari

Senangnya Order Online Barang Dapur Setiap Bulan Guna Khidmat Honestbeemy !


Honestbeemy lagi? Harus lah! Julia kan pernah cerita dulu bulan lepas kat entry rujuk SINI julia beli barang dapur guna servis honestbeemy. Memang memudahkan kita yang bekerja balik tak tentu masa, lagi-lagi nak berbaris panjang kat mall nak cari barang, adoi malas. Ikut mood nak tawaf satu pasaraya nak cari barang tau, kalau tak sempat honestbee je senang.


Nak diskaun? 
Julia wants to give you RM15!
Sign up now and start shopping. 
Click Website  Honestbeemy
Don’t miss out on your coupon - you have 1 month to use it after signing up.

Pilihan gantian barang (out of stock) 😄
Setakat hari ini melanggan, kalau ada barang yang personal shopper tu pilih tak ada, dia akan mesej julia, bagi pilihan barangan lain. Macam hari itu julia order satu brand coklat tersebut, tapi out of stock, pastu personal shopper tu terus mesej julia bagi pilihan white coklat, julia tak setuju sebab julia tak gemar coklat putih (ini tahap customer cerewet maka hadaplah haha)

Julia minta dia tengok coklat lain harga yang lebih kurang sama, dia kongsi gambar beberapa coklat, julia cakap julia tak suka coklat perisa kopi, seterusnya coklat lain sampailah dapat yang dihajati terus kata setuju. Bagus gak mereka tekankan kepuasan pengguna yang bermacam ragam kan. Good job!

Eh macam ada orang gaji (ala-ala maid gituuu) tau hahahaha bila lagi nak rasa macam mak datin, dok saje mengarah sana sini kennn hehehe. 😆

Set masa dan tarikh bila nak minta honestbee hantarkan, senang 4 hari sebelum aku dah order awal-awal, sebab tengok tarikh 3 hari ke depan terlalu pack, so hari ke 4 tak pack. 


Servis macam mana? 😊
Gambar atas sekali tu la rider nama adik Izzul, bagus dia. Dah sampai terus call, julia cakap nak loading semua barang tu ke kereta terus. Dia tunggu kat lobi je, then julia tunjuk parking mana. 


Terima kasih juga kepada Encik Azri, bagus mesej dan layan pilihan cerewet julia. Itu yang kita nak, customer first. 


Settle loading, terus julia di minta untuk tandatangan digital guna alat dia. Amboi canggih betul, autograf penerimaan barang guna sign online tau kerlas. Barang beku dan basah macam buah ke atau sayur julia asingkan, tak letak dalam kereta. Tumpang peti ais ofis sekejap hehe. 




Barang basah macam mana mereka urus pada pelanggan. 🙂
Menariknya, barang basah macam nugget diorang letak ice pack tau untuk jaga mutu kesegaran. Sama rentaknya macam julia order minuman vitagen yang lepas letak ice macam ni. Terbaiklah!

Apa julia beli? Dah alang-alang dapat sponsor voucher dari honestbeemy, haruslah beli barang dapur yang makin surut di dapur. Telur ayam tak pecah pun sebiji, semua elok-elok.😍


6 jenis sayur, beras 5kg, air minuman, nugget, ubat gigi, sabun cuci baju, telur, tembikai (manis tau), coklat, roti, sardin, telur ayam gred A, santan kotak, tuna, meriahkan julia order. Kalau stok macam ini memang lebih 1 bulan tahan, sebab julia guna barang pun bukan selalu, almaklumlah bekerja. 

Syabas pada rakan pejabat julia yang sudah order online stok pantry menggunakan servis honestbeemy. Cayalah korang!

Bagi korang yang berhajat nak order online boleh layari laman web dibawah ya, daftar je dapat diskaun RM15 khas untuk korang.

Selamat membeli belah dengan Honestbeemy.

Klik Website ↦ Honestbeemy

12 comments:

  1. honestbee memang memudahkan kerja..x perlu nak pening- pening kepala nak fikir parking dan masa...klik- klik sampai dah...psttt...SA shopping kat Bens jugak...

    ReplyDelete
  2. Wahhh Juju memang setia dengan Honestbee ek, terbaiklah!

    ReplyDelete
  3. senang camni.. tade mase online je senanggg

    ReplyDelete
  4. wah bestnya..kalau ada service ni di kuantan..wajib order dah ni...

    ReplyDelete
  5. Akak pun nak repeat order gak ni, senang sgt tak payah keluar pergi beli sendiri. Klik klik ja dari rumah hehe

    ReplyDelete
  6. Tu dia.. puas shopping kalau dpt rm150. Kat Shah alam cover ke

    ReplyDelete
  7. Bestnya hope nnt ada plak kat kawasan rumah qaseh .. baru xpayah keluar rumah langsung

    ReplyDelete
  8. ada tgk psl honestbee ni...tgk2 juju plak update...syok la kn shopping online brg dapur pastu di antar trus ke dpn pintu rumah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...