Friday, August 11, 2017

Manjakan Diri Buat Relaxing di Salon Muslimah


Lama dah tak manjakan diri bersendirian, sebab nak tempah masa suami perlu kesabaran, dia sentiasa sibuk hahaha, bukan apa nak kena bagi dia jaga anak sekejap untuk 3-4 jam bukan senang tau. Suami restu bila julia cakap nak pi salon rambut nak set rambut baru khas untuk si dia...

Ala bertudung tak payah salon bagai, tak penting!
Jangan ingat kau bertudung litup, tak payah pi salon tau...tak payah nak set-set rambut sebab nanti pakai tudung bukan sapa nak tengok...ehhh siapa cakap, kalau kau anak dara pun kat rumah kena rapikan rambut, kalau kau isteri orang kau kena jaga penampilan bila berada di luar dan didalam rumah, takkan masa nak keluar rumah je kemain bergaya wangi sakan tapi balik rumah membusuk aje hahaha jangan marah aku cakap betul ni.

Aku suka melawa, kadang-kadang sememeh gak ikut mood swing aku, time aku melawa mau melawa kemain...tapi jangan time ko tak ada mood nak sememeh sangat, jaga tau jaga...sian husband korang nanti.

Okey, minggu lepas seronok aku. Ingat nak drive la pi salon tak nak susah kan suami sebab dia nak jaga anak lagi kan...rupanya dia siap hantar ju kat salon dengan kereta lagi...ohhhh terus rasa macam di hargai hehe. Terima kasih abang mmuahh...apa lagi terus masuk salon awal pagi.


Menunggu untuk di dandan, amboi rambut blonde ke hahaha #pitamhusband

Pengalaman lepas...
Bermacam salon aku cuba, baik salon Cina dan salon muslimah...semua okey...tapi ada some salon muslimah aku tak willing nak share kat blog beberapa tahun lepas...sebabnya hidden price, memula kata harga gitu...last nak bayar kemain batak harga dia hijack...terus rasa down gila...tak mau la ingat balik..memang tak pi dah...lantak kat situ.

Tapi tidak salon muslimah yang ini terletak di Sri Gombak. Terpalit tengok banner besar dia depan kedai, usya banyak kali dah nak pi, tapi tertangguh sebab sibuk apa tak tau haha. 

Besar salon muslimah ni, aku puji sebab bersih dan selesa. 

Gambar kat bawah ni aku berada dalam bilik salon muslimah, bercermin gelap, kat luar gambar atas tu khas untuk korang yang tak kisah public nak tonton rambut korang dipersilakan, selalunya khas untuk non muslim dan sesiapa yang tak suka terkurung leh la dok luar...

Dalam bilik ni ada aircond khas tau, selesa walaupun ada 3 tempat duduk je...cermin besar dan banyak majalah. So aku datang sini nak set relaxing. Selesa aku rasa.


Setlle dalam 3 jam lebih kurang, amboi lamanya set rambut, haruslah...kata nak cantik untuk suami kena la melabur skit....okey bagi yang tanya kat mana julia pi salon rambut muslimah itu dia D'Lynn Salon Muslimah

Dua ada beradik jalankan perniagaan ini, suka sembang dengan Lynn dan Sha sebab mereka sangat peramah, tak lokek ilmu pasal penjagaan rambut bertudung dan murah dengan senyuman.

Berapa kos...mahal ke?
Total aku buat relaxing RM153 (harga promo) plus aku beli serum rambut (RM30) yang mereka adun sendiri memang best, aku dah cuba rasa tak melekit dan rasa bermaya je rambut sebab rambut aku jenis kering melampau kan...

So korang, apa lagi, google maps atau waze la pi sendiri ya, dekat Sri Gombak je...senang nak parking banyak, tak silap julia sebelah salon ni ada dobi layan diri dan 7-Elevan...diorang cakap dibuka setiap hari sampai malam kecuali hari Isnin tutup.

# # # Suami puji rambut lawa angat-angat, puas hati katanya....kembangggggggg semangkuk lah aku hahaha sekian review ikhlas bukan berbayar ya...bukan senang aku nak share benda free...sebab aku suka aku share lah sebab orang Melayu kita niaga kena sokong kan hahaha...bye!

Pssttt....Tengah mencari salon manicure dan pedicure...haha aku rasa kt wangsa walk ada penah tgk dulu...nak try sekali...manjakan diri untuk suami kasi cantik2 weeeeee

14 comments:

  1. lama xmasuk salon...skarang dh ada yg utk muslimah ni senang skit kn....akak blk umh mak, mak yg tlg guntingkn rambut hehe

    ReplyDelete
  2. Best nyer dik! akak dah lama tak ke salon bagai nie

    ReplyDelete
  3. cantik salon dia. saya selalu pergi salon muslimah kat bangi ni, dekat ngan rumah saya. dah 3 kali potong rambut kat situ tapi ketiga-tiga tu tak memuaskan hati saya. stylist tu nak gaya rambut yang dia nak experimen bukan ikut kehendak customer. huhu.. so, for the next hair cut, saya nak cuba cari salon muslimah lain plak... huhu

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa , susah gak nak cari salon muslimah kat sini , tq sharing kak

    ReplyDelete
  5. bestnye ju...lama x pegi saloon...

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya dapat manjakan diri.=)

    ReplyDelete
  7. lama x dandan rambut gini...paling koman pi salon utk gunting and cuci rambut je...sbb i lg suka pi spa utk massage...giteww me time tu penting...xkisah la buat apa pn kan..haha

    ReplyDelete
  8. Wah... bestnya!
    Dekat ni ngan rumah kak Nina
    Nanti terjah

    ReplyDelete
  9. Nampak selesa saloon ni..saya suka saloon yang tak ramai orang...sebab kita nak rilek kan..saya pulak bukan kaki spa ke..memang salon la tempat saya rasa tenang..hahah

    ReplyDelete
  10. Wah puas Hati 3 jam memanjang diri

    ReplyDelete
  11. Bestnya boleh pi relax2 kt salon...
    Oh i need some me time too

    ReplyDelete
  12. Nani selalu pergi salon, cuci rambut. Best sangat bila siap diurut urut kepala kita. Heheh. Dekat Gombak ni, boleh lah pergi nanti :)

    ReplyDelete
  13. Waa..ada salon muslimah..bolehla try pegi salon ni kalau nak manjakan diri

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)