Kedai Jual Dekorasi Party Birthday Murah di Kuala Lumpur | Julia Johari

Kedai Jual Dekorasi Party Birthday Murah di Kuala Lumpur


Susah nak cari kedai murah jual barang dekorasi hari jadi nampak eksklusif di Kuala Lumpur, rata-rata kedai yang jual semua boleh juling biji mata, memang la cantik tapi harga mahal sangat. Bukan tak mampu, tak nak membazir, last-last benda ni semua masuk ke tong sampah juga kalau tak simpan elok-elok betul tak.

Niat asal datang Taman Melawati KL sebab nak beli goodies dan party pack hari jadi my son yang akan menyambut hari jadinya yang ke 5 tahun pada 31 Ogos 2017. Pertama kali kami sebagai umi dan walid semangat sungguh nak hunting barang hari jadi semua. Seronok, Allah yang tahu. 

Sekejap je anak merdeka dah nak 5 tahun, pejam celik pejam celik anak umi dah besar. Rindu zaman dia baby tak tau apa-apa tu hehe. Tak apa You Tube pengubat rindu semua video dia sejak baby hingga ke hari ini julia upload untuk kenangan macam sekarang la, sekurang-kurangnya terubat rasa rindu.

Pernah dengar nama kedai ini tak?
[Picture by screenshoot Google Image]

JM Toys & Party Decoration Sdn Bhd
226a, 2, Jalan Negara, Taman Melawati, 
53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

Joe Meng Trading ni lama dah julia suka borong barang macam jajan, coklat dan macam-macam lagilah, harga pun munasabah gak la. Nak kata murah sangat tak, nak kata mahal sangat pun tak, tapi kalau korang rajin pilih memang ada banyak benda murah dalam kedai ini...dan tak sangkanya masa pusing-pusing cari coklat dan keropok untuk party pack kawan-kawan tadika anak, ternampak ada laluan halus.

Laluan sempit, memang tak akan perasan punya la !
Ya, kalau korang sekali imbas macam kedai ini satu tingkat je kan? Sebenarnya ada 2 tingkat, aku musykil sebab laluan tu betul-betul macam masuk bilik stor dan kalau korang yang pertama kali datang memang tak akan perasan haha. Aku yang baru dua kali masuk kedai ini pun baru nampak ritu, sekali aku saje nak intai...mak aiiiiiiii terjerit aku!

Laluan ke kedai dekorasi birthday tu sangat cantik! Kau akan berjoget kat laluan tu sebab macam dalam syurga, apa kau nak semua ada. Ya Allah terima kasih dekat Allah bagi aku naluri suka hendap kedai orang hahahahah...bukan hendap pelik2, hendap rezeki serius best!

Korang, caranya masuk dalam kedai ini, terus ke belakang, cari laluan yang tulis nama JM Toys, masuk laluan halus tu akan hala ke atas ada tangga sikit, meriah dekat tangga tu pun dah rasa kedai ini memang syurga deko hari jadi dan apa sahaja nak sambut semua ada tau...geram!

Macam tau tau je aku tengah cari hiasan hari jadi. Mengena anak panah !

Wow! Topi, selempang, party pack, apa sahaja yang berkenaan sambutan semua sangat rare kat sini, dah la cantik-cantik, murah, murah, rasa macam nak jadi party birthday planner plak hahaha. 

Keras aku kat sini, sebab aku jenis suka belek setiap satu barang lama sikit, suami cepat je cari barang sasaran dan masuk bakul, kalau aku mau tak balik tidur sini...hahhaa


Tanya abg Qi, dia kenan party pack tema cars, tak silap aku harga untuk 10 pack RM3 lebih je, murah kan? Murah oi, kualiti pun best, rasa nak bukak kedai deko birthday la pulak hahaha

Nomey angat-angat, haishh geram, birthday tahun depan aku nak pakai hat ni bulan 3, tak kira, nak jadi budak-budak hahaha. Rasa macam kartun elmo plak berkaler-kaler ni hehe

Kedai ni ada jual belon helium dan gas, aku tengok harga tak adalah mahal sangat, just berbaloi beli kat sini aku rasa. Tapi target aku bukan nak beli belon pun, sebab sambutan sekadar di sekolah tadika anak sahaja. So korang leh la jejak kot nak kan.

Barang birthday anak pun boleh beli kat sini, tapi aku tak beli sebab aku ada port lagi murah dari sini hahaha syhhhhhhhh.

Play card birthday ni nampak sweet sangat, kalau nak sambut tema orang dewasa play card ni nampak cun dan ekslusif, tampak macam mahal dan ada value...okey next!

Woahhh! Banyak ye design belon helium, naik pening nak pilih, so aku snap semua hahaha. Best angat-angat ! Mana belon I love U Husband? Hahaha kot ada aku nak beli leh la ambik hati suami gituuu sekali buat kek sendiri (angan amboi)


Yang ini pencil case, memula kenan nak beli cm ni senang, tapi kena tau jantina kanak-kanak lelaki dan perempuan tadika anak plak, haish susah plak. Tapi yang ini harga dalam 20 pack lebih kurang RM19 gitu rasanya macam ada promo...eh ok sangat suami cakap...okey next lagi hehe

Luas kedai ni, semua berwarna warni, aku suka kedai dekorasi, rasa happy je. Abang Qi dok usya apa lah tu 

Ingat nak beli, tak jadi plak, gantikan coklat dengan toys ada sekali dekat kedai bawah. So 2 in 1 lah kawan-kawan dia dapat nanti.

Contoh belon helium yang menarik mata julia nak tengok lama-lama...alahaiii rasa nak beli nak deko kat rumah, pastu buat surprise kat suami dendiam...ajak ramai2 family say SURPRISE! hahahaha bila tu bila hahaha

Settle beli party pack dalam 60 set, pinggan kertas, terus ke bawah balik kembali ke niat asal nak borong keropok dan coklat nak masukkan dalam door gift. Senarai harga dah ada, senang nak cari dan masuk bakul. Hehe agak kelakar sikit tulisan tu kan, tapi aku suka sebab kedai ini dia ada usaha nak paparkan harga tau, bukan setengah kedai borong kena tanya je penat ulang-ulang tanya haha

Laluan sempit cam ni la aku laki bini ngan anak rempuh, almaklumlah kami ni kan kurus sangat hahaha...so jalan pun kena ala-ala ketam ajar anak berjalan hahahaha nak murah kena hadaplah

Malam tu jugak, suami cakap nak packing party pack birthday abang Qi, hoii rajin betul suami juju hahaha, aku dah nak baring kepenatan tau dia kerah tenaga tengah malam...tapi pasal anak semua jadi bertenaga, entah mana datang so jom pakat-pakat rewang jom !


Yang bakal di raikan pun rajin menolong, siapa sangka budak 5 tahun dah boleh diharap nak tolong masukkan barang dalam party pack, lajulah kerja dibuat untuk 60 pack...hoorey!

Khusyuk betul abang Qi, sampai berebut kerja dengan dia hahaha...

Akhirnya, siap sudah party pack birthday abang Qi yang ke-5 tahun sebanyak 60 pack! Puas hati sebab kembung party pack tu satu2...😍


Syukur alhamdulilah, bila tengok hasilnya dengan hunting murahnya terasa seronok sedekah dengan cara macam ini, macam mana lah nanti moment abang Qi di raikan di tadika nanti kan...tak sabarnya nak kongsi dengan korang. 

Tunggu next entry tau! Birthday Merdeka Raya Haji yeyy ! 😄

21 comments:

  1. Ala bestnya abang qi nak sambut beday kat tadika laaa ni ya.. takde lebih satu je utk anty lya..anty lya penggemar Cars jugak tau .. nnt kalau ada lebih simpan satu utk anty lya okey.. selamat hari lahir 31.8 nanti ya abang qi..anty lya ucap awal2 ni.. hehehe.. moga abang qi membesar sihat sempurna taat ibu ayah dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, nangis mak abang Qi baca...tak terkataaaaaaaa kata dah...amin doa kak lya mmuahhhhh!

      Delete
  2. Tq juju for sharing.. Akak penh share juga tp bkn yg ni la.. Sini nmpk byk tu.. Busday boy mesti happy sediakn goodies bag utk kwn2

    ReplyDelete
  3. Tq juju for sharing.. Akak penh share juga tp bkn yg ni la.. Sini nmpk byk tu.. Busday boy mesti happy sediakn goodies bag utk kwn2

    ReplyDelete
  4. Ok thanks.. dh ada port... tp thn dpn pulak sbb thn ni punya semua dah lepas..

    ReplyDelete
  5. ya Allah bestnya kedai ni. Mau nya duduk berjam jam sebab nak belek satu satu.

    selalu kalau google kedai barang party kat KL mesti keluar melawati. Tapi tak dapat baca review. thanks for sharing Juju

    happy birthday in advance budak handsome. semoga diberi kesihatan yang baik, belajar pandai pandai boleh tolong Umi and Walid

    ReplyDelete
  6. hepi bestday in advance abam qi..:)

    ReplyDelete
  7. OH baru tahu ada kedai party murah kat melawati. dulu2 saya selalu beli kat petaling street, kat sana ada banyak kedai jual borong macam ni jugak. btw, nice sharing. tq so much for info

    ReplyDelete
  8. Pakcu jarang ke kedai macam ni, hihi, tapi nampak macam happening jer, kalo gitew next birthday anak buah kena singgah sini.

    ReplyDelete
  9. Wah.. Bestnya.. Ini kalau mel g ngan anak2..mau mamanya yang melebih2..

    ReplyDelete
  10. Buat kat tadika mmg best. Meriah

    ReplyDelete
  11. Happy birthday in advance.. hihihi..
    syiok le pulak nengok kedai deco camni.. tahu tak kedai tutup kul bape

    ReplyDelete
  12. Wahhh menarik kedai tu, macam² ada pastu harga murah. Kalau akak pun sawan masuk situ, hehehee!

    ReplyDelete
  13. mesti bakal birthday boy tak sabar ni :D

    ReplyDelete
  14. Hehehe juju..ni kalau akak pegi bawak anak pompuan akk tu kan .. rasa2 ada yang duk bersila kat situ pilih pilih hahaha..

    ReplyDelete
  15. selalu beli kat cow kit je.. tak tahu pulak ada kedai ni kat melawati.. senang sikit gi kat sini.. tq juju share tau

    ReplyDelete
  16. Assalam, boleh tak share tempat yang lagi satu lagi murah tu...senang nak carik untuk anak-anak buah nanti....tq sis.

    ReplyDelete
  17. Ya Allah juuuuu..lamanya xsinggah sini..
    hishhh..murahhhhh..mau mabuk2 masuk cni..klu nk borong skali byk mmg ok sgt ni..

    ReplyDelete
  18. Macam-macam rupanya ade dekt kedai tu..memmag tak tau la sebb tgk kedai biasa je

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...