Kalau aku pergi dulu, dia tidak mungkin merempat. | Julia Johari

Kalau aku pergi dulu, dia tidak mungkin merempat.


Julia jarang hantar dan ambil abg Qi ke sekolah disebabkan tuntutan bekerja di KL ini memerlukan keluar awal waktu Subuh untuk elak kesesakan jalan raya, berikutan itu walid dia yang ambil alih tugas tersebut bila dia ada. Kebetulan walid dia outstation maka nya menjadi kewajipan julia untuk hantar dia ke sekolah, dua kali ulang alik pejabat, ke pejabat dulu thumbprint lepas tu baru hantar abg Qi, beli sarapan dan ke pejabat semula, rempuhan kali kedua biasalah kereta banyak, tapi tak mengapa dah lapor diri dulu kan lega. 

Ibu mana dalam dunia ini tak nak tinggal dan lepaskan peluang dapat hantar dan ambil anak ke sekolah kan. Kalau boleh nak tengok setiap inci dan macam pergerakan anak tu, saat dia masuk ke pagar sekolah, hati rindu menyelubungi...

Tak lama lagi hari jadi abang Qi yang ke-5 tahun, lahir hari merdeka, dia cakap nak kek. Memang dia suka kek, ingat nak belajar buat kek hari jadi dia, tapi umi dia tak reti buat kek atau dalam erti kata sebenar, malas nak belajar buat kek hahaha...tapi baru-baru ini rasa macam perasaan nak belajar buat kek tu membuak, at least la kan kalau tak jadi pun aku mencuba walaupun rujuk YouTube hehe...tengok macam mana kot nak buat kek kukus dulu ke kan.

30 Ogos 17, sambutan sehari awal, ingat nak buat sikit makan-makan kat sekolah abg Qi, nak beli kek dan nak dia di raikan dengan rakan-rakan dan cikgu-cikgu di sekolah tadika dia. Mesti dia seronok kan, pertama kali dalam hidup dia di raikan dengan kehidupan di sekolah tadika...bestnya!

Nak usya door gift simple dan kek hari jadi dia. Dia suka kartun Batman baru-baru ni...tapi nak tanya dia la paling latest suka kartun apa...kang order batman nanti xmo plak potong kek hahaha...bebudak kan...rini suka kartun tu...esok kartun lain plak kiki.

Pagi tadi tapaukan dia roti canai, teringin katanya. Memula sebagai ibu julia tak nak beli sebab ia jenis berkuahkan kena baju...tapi muncul dari hati kecil julia berkata...kalau kau teringin...tak ada orang nak belikan...dengan kau tak ada duit masa tu...apa kau rasa...terus aku ke kedai mamak tapaukan ke abang Qi bersekali dengan air kotak. Suka dia dapat makan roti canai kat sekolah hehe.

Kenangan dia pergi tadika ini aku kalau boleh nak sentiasa segar dalam ingatan...kalau aku dah tua-tua nanti, kalau masih lagi wujud blog ini, aku nak ulang balik baca puas-puas pasal kisah abg Qi...aku tak pernah rasa jemu...macam korang, mana pernah jemu kan citer kisah anak-anak...

Malam tadi, dia minta julia suapkan dia nasi putih dengan sambal sardin, berselera dia makan 2 kali tambah. Kenyang dia, pastu tidur pun senang. Dia cakap, umi suap lagi sedap Qaiser suka umi suap...korang...dari aku nak makan...aku tak jadi nak makan...aku suap dia sampai dia kenyang, sampai dia tak mau dah makan. Dia teguk air masak, sampai sendawa...Ya Allah macam ini ke rasa nikmatnya suapkan anak makan guna jari sendiri...tak terkata, terjentik hati halus mengatakan...anak ini amanah Allah...kalau aku tak jaga hati dan perasaan dia...aku berdosa yang amat.

Selalu berdoa, kalau aku pergi dulu...aku tinggalkan dia dengan rumah dan sedikit bekalan untuk dia teruskan belajar dan sara hidup. Aku tak nak dia merempat, merintih...walaupun dia ada sedara mara sekali pun, tapi dia ada maruah yang perlu di bela...selagi Allah pinjamkan nyawa kepada umi...umi tetap menabung untuk kamu sayang...amanah dunia akhirat. 

6 comments:

  1. nmpk susut abg Qi...smoga berselera balik lps xsihat aritu..eh sekolah Qi xtutup ke sbb juju kata sambutan wat kt sekolah 30/8 tu...bdk2 sekolah lastday 25/8 cuti seminggu smp raya haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sekolah tadika plus taska sis...so taska masih berjalan macam biasa wpun cuti sekolah. Cuma tak pakai baju sekolah la hehe...mungkin kena seminggu advanced birthday dia kot...sbb tak adil la kan kawan2 taska je diraikan...akan difikirkan nanti.

      Delete
  2. alolo..bertuahnya abg qi punya ummi sbaik juju..:)

    ReplyDelete
  3. Bagus Juju dah fikir & prepare untuk anak Juju

    ReplyDelete
  4. Kan...klau cerita bab ank..mesti sayu rsa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...