Hari DIA | Julia Johari

Hari DIA

Hari ini hari jadi my pemimpin. So 'Selamat Hari Lahir Pemimpin' 19 Jun. Dia...dia tak banyak cakap berbanding orang kanan dia yang kuat cakap haha. Sebab itu lah pemimpin dengan orang kanannya boleh jadi seteru sebab sorang cakap laju...sorang lagi jadi pendengar. Kadang-kadang penat si orang kanan cakap, bagi pemimpin turn cakap just say 'dua patah perkataan'.

O...key. 
Haha!

By the way, almost lagi 1 bulan lebih je lagi...kami dah nak genap 6 tahun perkahwinan. ENAM TAHUN...hmmm hmmm hmmm tahun ke enam rasa macam comfortable sikit part financial. We all usaha menyimpan setiap tahun untuk capai misi. Menabung untuk kutip dividen pelaburan tahunan dan belanja holiday dimana kami nak.

Seriusly!
Ingat senang ke lahir-lahir je tabungan dah penuh...No lah...cuma anak zaman sekarang bernasib baiklah, mak ayah ada effort sikit nak menabung awal untuk diorang. Tak macam zaman dulu mak ayah mana mampu, itu pun lepas buka buku bank anak-anak untuk simpan duit raya. Selebihnya pepandai la anak-anak nak menabung sendiri kalau dah bekerja.


Sempena hari DIA hari ini,
Malam tadi sempat belikan baju kemeja raya dia sepasang. Suka dia! Sebab dia nak apa yang dia nak pakai. Aku bukan tak nak buat surprise hantar coklat bagai, rasa macam membazir haha last-last aku beli kt dia, aku sendiri yang balon makan sorang...tak pun berebut dengan abam Qi...

Tak baik cenggitu kan...macam buruk siku plak...memasing punya kreativiti lah nak kasi hadiah cam ne korang pun tau...bagi aku baik aku hadiahkan sesuatu yang betul-betul khas untuk dia guna...bukan sharing present.

Semoga dia senantiasa sihat, dimurahkan rezeki dan ampunkan dosa-dosa orang kanan dia haha...almaklumlah, orang kanan dia always nak win dalam semua perkara. Ampunkan saya ye mmuahh!

Ehh apa persediaan raya juju tahun ini...nanti next entry naa tunggu!

7 comments:

  1. ramai yg buat surprise anta-anta coklat & bunga ek, Ju.
    aida teringin, tapi awal2 mr.asben da warning, jgn anta :) ha ha ha...
    dia penyegan...
    tapi btol la kan, bazir!

    ReplyDelete
  2. happy birthday utk husband juju

    ReplyDelete
  3. happy besday to your husband,semoga di rahmati Allah selalu dan di murahkan rezki.

    ReplyDelete
  4. Tahniah rumah tangga hibgga je hari ini.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah juju, semoga ikatan suami isteri till jannah, hhpy belated birthday for ur husband

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)