Anak kurang makan mau tak sedih ! | Julia Johari

Anak kurang makan mau tak sedih !

Ya, ujian itu cabaran, tapi kau sebagai mak ujian terhadap diri kau sahaja rasanya cukup berat dah, tapi kalau anak kau dah menunjukkan tanda agak culas nak makan, asal makan muntah, asal makan luak, makan pun dah start memilih...aku rasa ada something wrong dengan dia.

Dah seminggu aku tak update blog, aku masih melihat anak aku. Saban hari aku selalu nak dia makan sedap-sedap, aku masak dia makan. Tapi dia semakin hari semakin tak mau makan...bila suruh makan dia geleng kepala.

Yelah aku ada share dia kerap demam (batuk selsema sejak sekolah). Hampir 5 bulan sekolah...tiap bulan tu lah ada je demam nak menyinggah. Dah tentu lah ganggu persekolahan tadika dia.

Mak mana lah tak risau...dia dah pandai makan nugget tahun ini, tapi seminggu ini dia tak menjamah dah nugget.

Semalam walid dia beli susu umur 6 tahun kembali, dia dah putus susu sejak beberapa bulan lepas. Sebab dia kurang makan, maka nya ramai orang cakap bagi dia minum susu kembali. At least walaupun dia kurang makan...susu penyelamat.

Huhh...aku ni kuat tahan sedih. Tapi nampak di wajah walid dia lah ketara sangat. Dia paling risau anak dia tak mau makan...macam mana nak suap ubat demam kalau tak makan. 

Huh baru aku terasa, macam ini rupanya rasa kalau anak tak ada selera makan...bahkan dulu dia lah kaki makan nasi dengan gulai dan kuewtiaw goreng umi dia masak...sedih beb...aku menaip ni sebab nak kongsi dengan korang la...anak aku tak mau makan.

Kawan-kawan cadang suh dia makan Scott Emulsion, aah dah bagi. Cuma nampak dia bertenaga je lah. Tak ada lah melepek je. Mungkin badan dia penat, selalu dan kerap demam setiap bulan so badan dia macam sesuatu je.

Sedih beb...aku ni mak bekerja... nak buka pintu keluar dari rumah pun aku dah rindu anak rasa bertahun...bila balik nak ambil anak sah sah la aku nak peluk cium dia...tapi lately dia semacam...x seperti dulu.

Mak mana tak risau dalam dunia ni bila anak mula tunjuk tanda macam ni. Balik ni aku nak singgah farmasi, nak try beli appeton multivitamin syrup. Anak aku tak reti kunyah tablet sebab dari awal tak ajar kunyah gula-gula so dia tak reti.



Korang...
aku tak mintak banyak...doakan my son kembali sedia kala. Minggu depan nak exam tadika dah. Kalau dia tak nak makan jugak, camne dia nak besar. Makin kurus cikgu dia cakap. 

Umi..........
(rasa jadi mak tak berguna sebab tak tahu nak buat apa, masih begrantung pada keajaiban Allah ! ) #sebak

6 comments:

  1. Allah juju, sebak baca, walau mcm mn pun mesti tempias rasa sedih, ibu kan..
    zie doakan Qi kembali ceria mcm dulu, sihat hendaknya..amin

    ReplyDelete
  2. Appeton lysine pernh bg.. Pernh share gk kt entry.. Scott elmusion pn bg.. Smoga qi ada selera nanti.. Tp ada certain bdk dh mkn vitamin ni still xbrp nk mkn juga

    ReplyDelete
  3. Appeton lysine pernh bg.. Pernh share gk kt entry.. Scott elmusion pn bg.. Smoga qi ada selera nanti.. Tp ada certain bdk dh mkn vitamin ni still xbrp nk mkn juga

    ReplyDelete
  4. Satu ikhtiar kan bagimdia supplemen,,harap cepat lah dia sembuh dan kembali berselera
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. Kan mesti sedih bila anak kurang makan..bila dah jadi mak ni, baru tau apa kena buat

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...