Tawaran Cuti Sekolah Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st #birthdaybash Sunway Lagoon ! | Julia Johari
Booking.com

Tawaran Cuti Sekolah Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st #birthdaybash Sunway Lagoon !


Sunway Lagoon, 11 Mac 2017 - Happy 1st Birthday Nickelodeon Lost Lagoon! Genap setahun sudah Sunway Lagoon memperkenalkan Nickelodeon Lost Lagoon yang merupakan tarikan pertama di Asia Nickelodeon. 

Sabtu lepas, julia sekeluarga di jemput untuk bersama-sama meraikan majlis ulang tahun hari jadi pertama di Sunway Lagoon. Bangga dapat meraikan hari penting Sunway Lagoon hoorey ! 


Pertama kali juga menjejakkan langkah di sini, senyuman meleret dirasakan kami sekeluarga kerana menerima layanan selamat datang oleh staf-staf bertugas Sunway Lagoon. Ini sekaligus memberi imej positif, impak baik, dan senyuman mesra bahawasanya Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema yang mesra "Kekeluargaan". 


Landmark ke Nickelodeon Lost Lagoon!

Anda sekeluarga hendak ke sini mudah sahaja, landmarknya bersebelahan dengan Hotel Sunway, parking di bawah hotel, perlu menuruni beberapa escalator dan sampai di sana anda akan temui keretapi mini The Lagoon Express yang akan membawa anda pusing satu taman Nickelodeon Lost Lagoon. 

History... ketahui asal usulnya.
Julia nak kongsi sedikit sejarah taman ini ya. 


Ia dibina dengan pelaburan sebanyak lebih RM100 juta, Nickelodeon Lost Lagoon adalah hasil daripada inisiatif bersama antara Kumpulan Sunway dan VIMN. Nickelodeon Lost Lagoon dibuka kepada orang ramai sejak 3 Februari 2016. Masa dibuka mulai 10.00am-6.00pm setiap hari Isnin hingga Ahad.  
Taman tema ini sesuai untuk semua peringkat umur, pengunjung dalam dan luar negara. Anda sekeluarga berpeluang untuk bertemu dengan pelbagai watak kartun Nickelodeon di Nickelodeon Lost Lagoon!

Memang besar kawasan Nickelodeon Lost Lagoon, nak menaiki tramp ini jangan lupa lihat banner pick up point ye untuk menunggu keretapi comel ini sampai...seronok!


SAVE THE DATE !
Menariknya bulan Mac 2017 ini, Sunway Lagoon akan menganjurkan 9 hari birthday celebration kepada semua bakal pengunjung mulai 18 hingga 26 Mac 2017 di Nickelodeon Lost Lagoon.

Anda sekeluarga boleh bermain pelbagai jenis permainan di dalam taman tersebut iaitu ‘Slime Dunk Tank’, ‘Colour Balls Bingo’, ‘Bubble Field’.


Antara sedutan gambar Majlis Hari Jadi 

1st #birthdaybash Nickelodeon Lost Lagoon !






Kami tak sabar nak raikan 1st Birthday Bash yeyyy

Persembahan tarian yang cukup gempak !



Ucapan oleh VIPs.


Berseri majlis dengan kehadiran watak-watak kartun Nickelodeon.


Sambutan lebih bermakna dirasakan, Sunway Lagoon telah menjemput 100 kanak-kanak dan penjaga mereka dari rumah-rumah kebajikan dan rumah anak yatim untuk turut serta dalam sambutan 1st Birthday Nickelodeon Lost Lagoon.


Antara yang diraikan bersama ialah Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan, Padmasambhava Kanak Loving Association Klang Selangor dan House of Love.


Mari tonton sedutan majlis hari jadi gilang gemilang yang telah dilancarkan hari Sabtu lepas...KLIK ↓



Tema 14 Tarikan !
Untuk info lanjut, Nickelodeon Lost Lagoon mempunyai 14 tarikan bertemakan dengan ciri Nickelodeon, termasuklah SpongeBob SquarePants, Dora Explorer, dan Teenage Mutant Ninja Turtles. 


Watak Nickelodeon.
My son tak melepaskan peluang bergambar dengan maskot pujaannya iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles...mata tak henti-henti memandang ninja dari mula majlis sehingga majlis tamat...seronok dia dapat bergambar hehe. 

Anak anda minat watak kartun apa ya? Nak tahu bawa anak anda ke sini pasti mereka seronok dapat meluangkan masa bersama watak kesayangan kartun mereka. 



Inilah dia peta Nickelodeon Lost Lagoon, pastikan anda terokai ke semua park yang disediakan puas-puas ya sebelum balik. 



Kek hari jadi Nickelodeon Lost Lagoon


Anda boleh lihat beberapa tarikan permainan yang menjadi kesukaan kanak-kanak termasuk orang dewasa pun boleh mencubanya sekali. 




Ramai yang suka mengunjungi slide Spongebob, kat sini macam-macam anda boleh main, air pun bersih...jom splashing!

Selain itu, disini ada menyediakan aktiviti face painting dan temporary tattoos...kalau nak kelainan cubalah, bukan selalu kan dapat buat aktiviti macam ni bersama keluarga dan teman.


Splish Splash dengan anak-anak kecil, kolam air tak dalam, boleh main air puas-puas bersama anak-anak.

Meet & Greet !
Aktiviti highlight watak kartun Nickelodeon ada dicatatkan dibawah, rancang masa anda sekeluarga untuk bertemu dengan mereka serta jangan lupa dapatkan kek hari jadi pada masa yang ditetapkan...sedap cup cakes tu tau hehe

Untuk pengetahuan anda, Sunway Lagoon ada 5 taman tema utama iaitu:
  1. Water Park
  2. Amusement Park
  3. Extreme Park
  4. Wildlife Park
  5. Scream Park.

Nanti julia share next entry apa yang kami explore more about this parks okey. 
Stay tune!

Tawaran Cuti Sekolah !
Jangan lupa dapatkan tawaran hebat tempahan tiket online untuk cuti sekolah ini dengan pakej FAMFun pada RM390 untuk 2 x Dewasa dan 2 x Kanak-Kanak atau pakej 4-To-Go RM 456 untuk 4 Dewasa. 

Dapatkan tiket anda di sini klik www.sunwaylagoon.com atau di Facebook www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.


Let's Nickelodeon Lost Lagoon guys ! See ya !

25 comments:

  1. best kan berjimba di nickelodeon uuhuhu... x hingat nk balik

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Siap ada Spongebob and TMNT. Menarik. Confirm pergi tak nak balik

    ReplyDelete
  3. Meriah nya...!! Kalau bawak anak-anak ni pasti depa sakan gembira

    ReplyDelete
  4. Fuhhhh!!! Seronoknya... Best nya.. kalau bawa anak anak ni mau lupa daratan.. kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Lama tk pi sunway lagoon. Last pi 2009 hahhaa rasa nk pi la tp kena bawa budak2 ni baru seronok

    ReplyDelete
  6. dah macam universal studio lak kan hehhehe lamaaaaaa sgt tak dtg sini,last zaman dok u rasanya hehhehe...tggu la humaira besar2 skit baru berbaloi hehehhe

    ReplyDelete
  7. sronok juju...nk2 cuaca panas skarang..dpt mandi manda sunway lagoon heaven...lama gile tk p sunway lagoon mandi manda...rasanya last pegi sebelum kawin...skarang tiket pn dh mhl sbb byk area dh kn...tisya pn belum kesempatan lg mamanya bawa hehe

    ReplyDelete
  8. Pwrtama kali datang juga, teruja.excited..lama dah aim sunway lagoon ni..alhandulillah dapat jejak juga..happening nickelodeon lost lagoon..sesuai untuk budak2

    ReplyDelete
  9. 18 hingga 26hb.
    boleh dah save date ni pergi.
    cmbest je tgk gambar

    ReplyDelete
  10. Nak mandi sepanjang hari boleh? Bestnyaaaaa

    ReplyDelete
  11. hurm..bla la blh sampai sana jgk..:)

    ReplyDelete
  12. wow, macam-macam ada, best pulak tgk.. hihihi

    ReplyDelete
  13. Kalau p sunway ni, kena kuat stamina. Seharian tak puas duk dalam ni.. Dkna kena tunggu pas bersalin nanti la p sana huhuuu

    ReplyDelete
  14. Kak Sue singgah juga sini hari tu..memang seronok anak-anak, lain kali boleh datang lagi

    ReplyDelete
  15. Tak puas enjoy kat Sunway Lagoon hari tu, besttt sgt! Nak kena repeat lah hehe

    ReplyDelete
  16. meriahnyaaaaaa.. shehan suka tgk baju juju tu. hehehehe

    ReplyDelete
  17. Memang seronok bawak anak² datang Sunway Lagoon ni, mereka enjoy sangat!

    ReplyDelete
  18. wah seronok la anak2 kalau dtg sini

    ReplyDelete
  19. Bestnya. Rasa macam nak bawa anak2 pulak.

    ReplyDelete
  20. Wahh seronok sgtt nihh!! Huuhu last pergi time zaman skolah dulu je hehe

    ReplyDelete
  21. Wahhh.. seronok laaaa kan dapat pergi..anak2 pasti gembira..nampak abg qie pon happy jer tu

    ReplyDelete
  22. aaahhh kan tak nampak pulak juju ritu.. jue pun kelam kabut dengan anak2. heheh

    ReplyDelete
  23. best nyer ju.
    bertuah la dpt gi event tu.
    memang kalerful.
    penuh rasa gembira !

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com