Nasihat Tanpa LIDAH ! | Julia Johari

Nasihat Tanpa LIDAH !

Picture Kredit: Google

Pengalaman setiap pagi kita tak terlepas berperang, PERANG !
Tau perang apa? Perang dengan perasaan bangun awal pagi !
Nak bersiap ke tempat kerja sambil memandu sendirian seawal jam 6 pagi tau

Ingat senang ke nak atur hidup orang bekerja...ada yang keluar seawal jam 4 pagi naik bas shutle, tukar lagi bas nak datang awal ke tempat kerja...tinggal lah anak bini. Kadang-kadang mereka tak bangun tidur lagi kita senyap-senyap dah keluar rumah (dah jadi macam Pencuri Masa)

Pun susah juga jadi suri rumah, mereka berperang dengan perasaan setiap saat, minit dan jam apa yang perlu dibuat dulu, nak ambil anak ke sekolah, nak memasak, nak itu nak ini, ehhhh memasak dari pagi ke malam...tak henti-henti, perlu melayan kehendak perasaan anak-anak dulu berbanding diri sendiri...PERANG besar tu.

So, setiap apa pun jawatan di rumah mahupun kerja sendiri atau makan gaji...kita tak terlepas dari PERANG setiap hari.

Serius, julia yang memandu sebelum waktu subuh nak ke tempat kerja, berperang dengan saban kereta-kereta yang punya niat yang sama untuk mencari nafkah. Mereka pun nak cepat, nak laju...semua nakkkkkk pantas !

Aku yang bawa kereta kecik selalu kena bertolak ansur dengan kereta besar...yelah PERANG dengan bagi signal pun tak semua yang bagi jalan....mereka nak second penghormatan...ko kena buka tingkap, signal lip lap memang orang buat-buat buta tak nampak...ko kena angkat tangan tinggi2...selalu gitu lah aku beb...aku perang dengan TANGAN tau haaaaaaaaa dan dan semua kereta kasi jalan...pastu aku tunjuk THUMBSUP kat orang kasi jalan...nampak tak...manusia suka diberi PUJIAN baru dapat apa kita nak.

Nasihat TANPA LIDAH !
Korang tau tak...manusia, tak semua lah kan...ada kala paksa diri untuk berasa malu bila terima nasihat secara lembut dan perkongsian tips secara lisan ...berdepan dan talk secara ramai-ramai.

Perkongsian tips dan nasihat adakala tika ini lebih kepada sifat sementara (lisan), nasihat TANPA LIDAH yakni penulisan motivasi berupa nasihat dan dicoretkan pengalaman lebih di dekati dan dijiwai secara senyap...

Ya, anak-anak muda zaman ini agak susah diduga...mereka ada persepsi kental dalam jiwa dan diri mereka...kita akui...tapi nak mendekati mereka ini agak bukan senang seperti zaman kita dulu-dulu dengan guna kekerasan akan ikut. Itu dulu...mencabar zaman ini. 

Adik-adik yang lebih muda 10 tahun dari julia pun dah kemain hebat berbicara soal hidup...tergamam bila mendengarnya...(hidup tak perlu komitmen...kena enjoy...setiap orang berbeza minat...saya tak suka terikat...)

Padahal tadi tanya macam mana (Sis buat saving sampai boleh habis bayar PTPTN)
Hahahahahahaha

Sekarang aku tak mau dah bicara lisan soal ini...sebab balik-balik aku yang kena hentam dengan orang muda cerdik cendikiawan baru tumbuh...mereka lebih mendabik dada...

Aku tak rugi...cuma rasa menyesal berkongsi tips yang aku praktik menjadi selama ini...baik aku cerita dalam blog...ramai yang menghargai dalam senyap.
Picture Kredit: Google

Bijak...semakin BIJAK pun risau.
Ya ini pandangan julia...bijak kadang-kadang perlu juga disimpan sikit...bukan apa kadang-kadang bila kita rasa kita tahu semua dan tahu apa nak buat pun akan wujud satu perasaan AKU TAK PERLU LIDAH KAU....gituuuu !

Belajar: Meraikan Perasaan.
Kadang-kadang aku pun pernah buat-buat jadi bodoh...sebab aku nak belajar jadi seorang penerima & pendengar setia pendapat orang lain...kadang kala cambahan idea buat kita lebih tersedar. Oh cara ini, oh cara itu...oh tambahan ini boleh dapat kepada ini...gitu...tak rugi menjadi seorang yang merendah diri...sebab sang pencerita tadi akan rasa lebih dihargai. Sharing is caring right, bukannya bila orang bagi tips... kau hentam dengan cara kau balik, kata nak tips... pastu bising kenapa aku macam ni...(rubbish)

Nanti sambung lagi...nak baca buku beli semalam. Bye

11 comments:

  1. sebelum subuh lagi dah keluar ke julia. semoga dipermudahkan urusan julia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes raihanah...sebelum subuh. Pengorbanan seorang umi mencari nafkah utk si anak. Ada ramai lagi yang berkorban keluar awal...mcm julia ni fenomena biasa hidup di KL.

      Delete
  2. tak semua orang tau susah kita kan juju.. good luck ye.. pssttt buku apa tu?

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan akak. memang banyak cabaran nak mendidik budak-budak zaman sekarang. Macam yang akak cakap tu, umur muda 10 tahun pun tapi bercakap pasal hidup seolah-olah dia yang paling hebat dari kita. Mungkin dia rasa macam dia hebat sangat kot. Merisaukan juga kalau macamtu. Bila rasa diri tu pandai sangat, nanti jadi angkuh and rasa dia saja yang betul.

    ReplyDelete
  4. i pernah rasa...kita sharing tips sebab nak orang lain esp BANGSA MELAYU sama² maju and berjaya tapi ada gak tak puas hati...paling koman dengar alasan, "rezeki masing²...ehh aku tak paksa pun kau follow tips tu..mana helok amek, ajar anak cucu...rasa xleh follow kau pi baca tips org lain pulak..ehh terbebel :p

    ReplyDelete
  5. awal nyer dik ju keluar rumahhhh...

    ReplyDelete
  6. aah mmg perang btul dok umah ni. kdg2 x smua perkara leh ckp depan2. luah je la segala kt blog. ada gak orang hargai. hahaha

    ReplyDelete
  7. Satu perkongsian yang hebat juju..kak lya tunggu sambungannya nanti..bicara santai best baca..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...