Membesar dengan PERASAAN YANG DINAFIKAN | Julia Johari
Booking.com

Membesar dengan PERASAAN YANG DINAFIKAN


Hai korang, hi my lovely silent readers ! Julia tahu anda yang jadi pembaca setia senyap julia pasti tertunggu-tunggu entry apa yang julia nak kongsikan hari ini. Untuk makluman korang, julia baru sahaja menerima parcel buku motivasi parenting yang terbaru (buku kuning). 

Perghhh seronok hari ini, macam terima hadiah paling hebat dalam dunia, perasaan itu julia sorang leh rasa, itu sebab kalau dah minat apa pun akan jadi tatapan utama nak hadap hari-hari. Julia ini bukan setakat suka travel, suka makan, suka tidur, tapi satu badan julia memang sukakan BUKU MOTIVASI. 

Aku tak tahu kenapa jiwa aku ni jenis macam ni...mungkin bagi orang alahhhhh buku motivasi boring, buku ni hanya untuk geng orang2 berumur, makcik-pakcik je baca...hello come on guys! Setiap hari korang hidup dalam dunia ini korang rasa semangat tak nak hadap hari-hari...ujian, rezeki, orang dengki, manusia macam-macam perangai...apatah lagi nak hadap perangai diri sendiri...siapa nak nasihat?

Orang?
Tak semua orang suka dengar nasihat orang...aku pun sama...kadang-kadang ada perangai degil aku tu beb. Biasalah aku tak sempurna...itu sebab aku suka motivasi...lihatlah gambar diatas...betapa banyak koleksi buku motivasi aku beli. 

Saban hari...
Aku mesti belek...at least satu buku...aku tak spesifik buku-buku mana nak dibaca pun...aku suka tukar-tukar...at least berkembang otak tepu aku yang suka mengelamun tu hahaha

Sebab apa aku beli buku tu !
How to talk so kids will listen...
Listen so kids will talk...
Sebab aku ni mak muda, mak yang berjiwa hatinya tak tetap, sekejap marah, sekejap jadi mak gorgon, sekejap menyinga....kadang2 jadi pembebel...ehhhhhhh mujur aku insaf nak beli buku motivasi kalau tak makin melampau hahaha, tu yang aku rasa buku parenting diatas sangat membantu untuk aku up motivation skills dekat anak dalam masa yang sama aku leh praktik kat orang dewasa juga termasuk suami tersayang.

Kagum tengok tulisan ini kat parcel...sejuk hati...patutlah buku motivasi ni sampai langsung tak berkedut, cun sungguh !


408 helaian muka surat, tebal !
Buku ini baru panas-panas sampai hari ini... terus julia baca sampai muka surat 14 fuhhh terus rasa kena penampar kt muka...memang tajuk pertama tu rasanya bukan julia je pernah buat...malah korang mungkin pernah. 

Sian si anak MEMBESAR DENGAN PERASAAN YANG DINAFIKAN.
Sekarang julia tengah hendak memahirkan dengan bahasa "menerima". 

Mungkin korang tak faham...anak-anak kadang kala suka beri alasan dan suka komen bukan-bukan...kita pasti berkata dan beri respons (ia tak benar). Seolah-olah kita merasakan mereka mengada-ngada...walhal mereka mahu kita mendengar cerita mereka, mereka mahu kita tahu yang diri mereka penting, mereka mahu tahu diri mereka sangat hendak perhatian.

Apa cara respons terbaik kita?
Sambil buat kerja lain, sambil mendengar luahan si anak ke?
Sian............

Mereka tidur keletihan pun dalam kekecewaan, lagi kena marah adalah.

Huhh hembus nafas. Bagi julia baca buku ni dulu...nak apply kat si anak. Harap ia menjadi. Walhal abam Qi adalah senang diurus...cuma julia yang perlu dibendung agar tak terus jadi mak tarzan hahaha.


Korang, inilah sebahagian buku motivasi julia, suka juga motivasi sifat keagamaan, tapi perlu digarap dalam bentuk motivasi baru seronok julia nak baca. Dekat rumah ada banyak lagi...tapi yang penting2 julia letak kat pejabat, senang nak capai setiap hari tanpa gangguan. 

Hidup julia setiap hari dibanjiri dengan motivasi...itu sebab bagi julia sunyi itu pun happy, pelik bagi orang...tapi tidak bagi julia...setiap hari julia warnakan diri sendiri dengan semangat dan alirkan pada suami dan anak serta rakan-rakan...

Jangan terkejut, nak hunting lagi satu buku motivasi dekat pasaran. Stay tune !

8 comments:

  1. rajinnya ju...akak malas kadang nak bc...bc blog je...hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus juju ni rajin baca buku tu semua. Nnt sharing ilmu kat blog ye

    ReplyDelete
  3. Wah! Dah ada dalam bm ye. Pernah jumpa di IoImall bhgian sudut bacaan tu
    Nasib jumpa entry ni, terima kasih ye!

    ReplyDelete
  4. Wahh banyaknya buku akak beli. Nani dah pernah baca buku mudahnya menjemput rezeki tu, memang best :)

    ReplyDelete
  5. kenapa akak pulak yang terharu ni :(

    ReplyDelete
  6. minat membaca ni kena tanamkan kat anak jugak, mcm mana anak nak minat membaca kalu takde moral support dr ibu bapa, bagus juju, zie sokong dgn apa yg juju lakukan, just do it.

    ReplyDelete
  7. Byk buku yg nk dibaca.. Xrmi yg suka membaca.. Akak pn tgk mood nk bc buku hehe

    ReplyDelete
  8. Byk buku yg nk dibaca.. Xrmi yg suka membaca.. Akak pn tgk mood nk bc buku hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com