Mana Nak Cari Ganti ! | Julia Johari

Mana Nak Cari Ganti !



Wanita bekerja...tak lepas dari ujian akan datang, ujian mengejut, ujian kau akan jadi panik bila masalah datang secara tiba ! Spontan.........

Kalau wanita bekerja tu sudah berkahwin, punya anak. Soal sakit anak, demam mengejut anak...hati berbelah bahagi lagi bila anak langsung tak mahu makan, tak mahu makan ubat langsung...badan menggigil....

Ya, stress! 
Mungkin orang fikir aku pentingkan diri...tak off day, el,  jagakan anak...pesan mamaku, hantar klinik...bagi dia makan dan makan ubat dulu...dia nak umi dia...lepas dia dah makan semua...bagi nenek jaga...pergilah kerja...jangan tak kerja...jangan risau apa2 mama bagi tahu ya.

Allah! Mana nak cari ganti...mama ku yang memahami. Aku bukan ambil kesempatan ya, tapi aku direzekikan dengan wanita bernama mama ini yang sanggup bersusah payah untuk aku! Untuk anak aku! Dia lah...moga Allah panjangkan umurnya.

Ya orang akan terus berkata...berkata dan berkata.

Masa ni kau dah tak hirau pasal orang kata bila kau stress, kau akan hirau 2 tanggungjawab. Sebagai ibu dan wanita bekerja.

Aku ni jenis workholic, tapi bukan jenis lepas tanggungjawab...tak suka ambil kesempatan...cuma aku kalau panik....aku akan tumpu satu benda sampai habis...macam anak demam. 

Lepas settle kilinik, bg dia makan dulu pujukk...pujukkk sampai aku kena buat-buat gembira nak bagi dia semangat bangkit utk makan...suami setia di sisi dan perlu bekerja juga...

Syukur, nenek dia ambil alih jaga baru pecut pergi kerja...orang tak rasa apa aku rasa...sedih...kalau perlu nak pm, pm lah tanya secara privacy, tak semua orang suka cara orang lain ya...terkadang aku tak sempat nak buka hp pun time kecemasan...yang penting dua dua tanggungjawab aku tak lepas tangan dan tak menyusahkan orang.

Doakan moga my mama panjang umur dan my son segera sembuh. Amin

8 comments:

  1. respek ngan seorang juju,sangat positif suka tengok.semoga terus "gagah" jadi iron lady hehehhe.

    ReplyDelete
  2. Suka dgn kata2 motivated dr juju, membuatkan kita sentiasa positif dlm apa jua bidang

    ReplyDelete
  3. semoga your mom & your son cepat sembut, ameeen

    ReplyDelete
  4. dah sihat ke jue ... moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah beruntung ada mama yang sangat memahami. Moga abam Qi cepat sembuh, musim cuaca panas sangat ni kena banyak minum air kosong.

    ReplyDelete
  6. semoga your mama dan son ceat sembuh JJ.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah ada mama yang sangat memahami. Biarkan apa orang nak kata sebab kita sahaja yang tahu situasi kita macam mana kak. Semoga anak tu cepat sembuh ya :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)