Kuih Lepat Inti Kelapa Gula Merah kuih tradisional di sukai ramai | Julia Johari

Kuih Lepat Inti Kelapa Gula Merah kuih tradisional di sukai ramai



Kebetulan suami outstation di kawasan hulu kampung, dijumpanya makcik tepi jalan jual kuih lepat, katanya dia beli rasa satu...terus rasa sedap yang amat, partner dia dan husband pun borong 2 plastik merah padat dengan kuih lepat inti gula merah. Katanya nak bantu makcik kampung tu niaga, at least dapat bawa balik bandar kuih tradisi air tangan orang Melayu ori dan isinya yang sungguh padat.

Terkejut juga hasil tuaian istimewa suami, bukan beberapa kuih tapi penuh satu plastik merah ni dengan kuih lepat kampung tau...malam tu juga julia rasa, terduduk merasai kenikmatan inti yang padat, berasa lah orang kata...beza sungguh rasa kuih di kampung dengan kuih yang jual di bandar. Besar-besar isinya, cara lipatan dan daun pisang pun dialas 2 kali, nampak jujur sungguh acik kampung ni jual...tak sia-sia mereka borong semua. Mesti acik tu happy kan hehe...rezeki dia.

Bila suami serahkan seplastik, berkata dalam hati kalau disimpan sahaja di rumah hanya 3 orang sahaja yang nak kena makan, selebihnya banyak maka nya minta izin suami...julia bawa ke pejabat dan kukus semula guna periuk nasi di pejabat...lihat gambar dibawah, bila di perangat kukus kali kedua harumannya satu opis boleh bau...sedap.


Dalam berbelas juga lepat ni dikukus, semua tak henti2 memuji kenikmatan sebenar kuih lepat. Alhamdulilah syukur nikmat, rezeki suami di kongsi dengan rakan-rakan pejabat, berganda pahala suami...lain kali beli lagi tau banyak-banyak husband...love u !

14 comments:

  1. alahai..sedapnya..jarang dah jumpa orang jual lepat ...skrg kuih macam2..tapi tetap rindukan kuih2 lama macam ni


    ReplyDelete
  2. Mcm2 jenis lepat..tp xbrp rmi org jual

    ReplyDelete
  3. Mcm2 jenis lepat..tp xbrp rmi org jual

    ReplyDelete
  4. sedap sis... mmg kuih tradisional yg x luput ni... xkira lepat apa pun mmg sedap

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa kak Ju. Nani selalu kalau nak makan kuih macam ni, balik rumah wan lah baru dapat. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Setuju tu kak, kalau kuih-kuih dekat bandar ni alamatnya berintikan oksigen jelah. nak kaut keuntungan sangat sampai mengetepikan kualiti. emosi pulak haha.

    ReplyDelete
  7. ouh xpnh rs lg lepat inti gula merah...kena cari ni...hihi

    ReplyDelete
  8. nsib kat opis ada piyuk, boleh kukus balik hihii

    ReplyDelete
  9. kalau makcik2 yang jual kat kg gitu, memang dorang tak kedekut inti ..puas hati..

    ReplyDelete
  10. Uishh sedapnyaaa. Dah lama tak makan kuih lepat, dulu mak akak selalu buat. Skarang dia dah malas kot hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)