Belajar Bahasa Korea, Mudahnya! | Julia Johari

Belajar Bahasa Korea, Mudahnya!

Indahnya Bumi Korea, lagi indah pelajari bahasa mudah Korea...boleh ke sana suatu hari nanti.

Annyeong haseyo!

Hai semua, tertarik berkongsi disini tentang ayat-ayat mudah bahasa Korea. Kenapa julia pilih bahasa Korea untuk dipelajari, sebab utamanya keunikkan dan keistimewaan mereka tonjolkan dari segi budaya seharian dan percakapan seharian yang sopan dan penuh gaya kelembutan.

Selain suka melihat gaya kehidupan masyarakat Korea, julia suka lihat kecantikan negara Korea sendiri, teknologi yang canggih dan tidak ketinggalan unsur nilai-nilai murni yang baik kita boleh tiru. Macam penggunaan public toilet disana, itu satu contoh baik yang kita boleh terap di mana kita berada.

Okey, julia kongsikan beberapa ayat formal yang julia lampir disini dari gabungan carian Google dan buku rujukan. Semoga bahasa Korea yang mudah ini kita boleh belajar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan...jom belajar dan hafal.

Bahasa Korea (Simple)

안녕 하세요? dibaca “Annyeong haseyo” ertinya (Apa khabar?).

안녕히 계세요 dibaca “Annyeonghi kyeseyo” ertinya (Selamat tinggal).

안녕히 가세요 dibaca “Annyeonghi kaseyo” ertinya (Selamat jalan).

고맙습니다 / 감사합니다 dibaca “Komapseumnida/Kamsahamnida” ertinya (Terima kasih).

죄송합니다 / 미안합니다 dibaca “Choesonghamnida/Mianhamnida” ertinya (Maaf).

네 dibaca “Ne” ertinya (Ya).

아니요 dibaca “Aniyo” ertinya (Tidak/Bukan).

만나서 반갑습니다 dibaca “Mannaseo pangapseumnida” ertinya (Senang bertemu dengan Anda) Formal.

어떻게 지내습니다 ? dibaca “Eoteoke chinaeseumnida ?” ertinya (Bagaimana khabar Anda ?) Formal.

잘 지내습니다 dibaca “Chal chinaeseumnida” ertinya (Khabar baik) Formal.

또 만납시다 dibaca “Tto manapsida” ertinya (Sampai bertemu lagi) Formal.

Mudahkan! Belajar yang simple dan formal dulu, tambah ilmu dan kosa kata bahasa yang kalian minati, cari kelas bahasa dimasa lapang, kadang-kadang ada kelas percuma untuk belajar bahasa asing tau...macam julia, Korea Plaza di KL pilihan julia, percuma pula tu, akan datang julia kongsikan lagi ya.

Jumpa lagi!
Love❤,
Julia Johari 

8 comments:

  1. Berguna juga untuk belajar bahasa korea ni sikit-sikit kan. mana tahu nanti nak travel dekat sana at least tahu la sikit nak communicate dgn diorang hehe. thanks kak.

    ReplyDelete
  2. Berbelit lidah nak sebut. Hehehe.
    Tapi kalau dah semangat nak belajar, pasti boleh sebut dengan lancar.
    Juju boleh punya la.

    ReplyDelete
  3. Bertuah dan beruntung jika dapat menguasai bahasa2 asing termasuklah bahasa Korea.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat belajar bahasa asing ni at least kita ada skill lebih sikit daripada orang lain. Nani sikit2 bahasa korea yang basic tu tahu lah. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Terbaik ju..senang nk p korea tu..sbb kat sana diorg x pndang pun bhasa lain..at least dpt sikit2 n basic pun kira ok sgt2 dah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...