Nak Sihat, Tiru Macam Tok Noh, Umur 73 Tahun Maintain Sihat, Wow! | Julia Johari
Booking.com

Nak Sihat, Tiru Macam Tok Noh, Umur 73 Tahun Maintain Sihat, Wow!


Dua hari balik kampung mertua, ada majlis kenduri tahlil untuk arwah atok suami, alhamdulilah semua berjalan dengan lancar sekali, dua khemah juga naik, catering dari orang kampung je tempah, meriah dengan tetamu khas anak-anak tahfiz kawasan Balok Kuantan dan anak-anak yatim dari kawasan Penor Pahang. 

Gambar diatas adalah gambar nenek kepada suami kami panggil tok noh, julia suka bergurau senda dengan tok noh yang asal dari Terengganu ni, memang pekat cakap ganu weh. Paling aku suka korek rahsia kesihatan warga emas sepertinya...

Umur dia dah menjangkau 73 tahun, kaki masih kuat melangkah, siap masak kari daging, masak bubur kacang, periuk besar macam kenduri kahwin tau, perghhh hebat penangan tok noh kami ni masuk ke dapur....sesambil tu julia suka sembang dengan tok noh....korek rahsia apa dia amalkan pemakanan seharian, sebab dia duk sorang je kan kat kampung ganu.

Katanya, 'Tok tak makan gulai, dan bubur kacang ni julia...dulu muda boleh la...sekarang tok tak lalu...tok makan biasa-biasa je'

Korek lagi....korek lagi rahsia...."Tok masak apa ye kat rumah, maksud ju lebihkan apa dalam masakan?"

"Tok lebihkan asam, tak kisah la asam limau ke, asam jawa ke...buatlah ikan asam ke...tok suka ikan...tak makan ayam"

Ohhh dalam bahasa modennya...'ASAM' tu kategori DETOX la bagi bahasa sekarang...patotlah tok kuat, relaks je berjalan, leh masak menu berat di umur emas, memang betul lah...bila kurangkan makanan manis, dan berlemak...lebihkan asam dalam masakan buat panjang umur dan kaki kuat melangkah...walaupun beliau ada mild sikit darah tinggi...

Katanya cara nak kurangkan darah tinggi....jangan makan nasi banyak dalam satu masa...makan nasi ulang-ulang tapi sikit-sikit....cara tu tok kurang dah sakit darah tinggi...sekarang okey dah sikit...

Ohhhh terkejut julia...pernah terbaca dalam diet pemakanan seimbang memang gitu la sebenarnya cara perlu kita amalkan...tak sangka tok noh walaupun tak tahu dunia IT, tak tahu dunia internet, tapi beliau sangat bijak urus pemakanannya...

Terbaik tok noh...tok noh memang rajin memasak, gulai kawah daging dia masak dia campur sikit cili kering sebagai penambah rasa dalam rempah...sebab tu bila makan gulai kawah luar biasa...air tgn dia kaw kaw best...

Alahai rindu tok noh yang peramah sembang hehe tak lokek ilmu, suka senyum...julia sebagai cucu menantu mendoakan kesejahteraan tok noh...tok nanti kami balik Terengganu singgah rumah tok ye...rindu nak bertapa dekat Pantai Tg Bidara lihat ombak tinggi dengan angin kuat...

Jumpa lagi tok...terima kasih kongsi tips pemakanan sihat.

12 comments:

  1. walaupun umur dh 73thn tp nmpk sihat lg tu..org tua2 ni jg pemakanan kn

    ReplyDelete
  2. wowww.

    yelah kan Juju, orang lama ni jaga pemakanan semua tu yang sihat selalu

    orang muda muda ni dok makan instant food, fast food . semua nak cepat je . hehehe. memuda dah sakit sana sini

    ReplyDelete
  3. MIL pun dah umur macam tok noh ni jugak..alhamdulillah..still sihat lagi..cara pemakanan orang dulu dan sekarang ni lain kan..sbb tu diorang sihat...hehe

    ReplyDelete
  4. Itulah untungnya sembang dgn org veteran macam tok Noh ni Ju
    Ju pun pandai ambil hati waktu sembang itu yg dpt rahsia macamana dia jaga kesihatan
    Tapi kita ni kalau tak dpt makan ayam agak-agak boleh tak Ju? Seminggu-dua bolehlah tapi kalau berterusan rasanya memang tak sangguplah. Tengok sana KFClah, McDlah... Mary Brownlah, Pizzalah alahai...

    ReplyDelete
  5. memang penting detox ni na. tak sia2 la saya selalu buat detox

    ReplyDelete
  6. Wahhhh nak kena tiru tips dari Tok Noh ni...hebatttlahh 73 tahun gigih lagi memasak, nory nak goreng telur tak rajin..bukan malas taw..hahahaha...

    ReplyDelete
  7. Hebat Tok Noh ni... nak intervierw dia jugaklah! untung Juju masih ada nenek

    ReplyDelete
  8. Bagus Tok Noh.. Saya doakan Tok Noh panjang umur. Aminnn... :)

    ReplyDelete
  9. pandai ju bodek tok korek rahsia ye..hihi..anyway tq ju share kt cni..mmg nmpk awet mudah tau muka tok noh..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com