Sebut sahaja Marriot Hotel, pasti terbuntang mata melihat betapa prestijnya hotel 5 bintang ini saat tiba di perkarangan hotel sehinggalah ke ruang lobi tak lekang mata melihat kecantikan seni bina dan susun atur bangunan hotel marriot ini begitu gah sekali ! Untuk pengetahuan korang, Julia menerima undangan khas sebagai #ephyradealers bertuah ke majlis gilang gemilang di  klik SINI.
Klik Blogger Hotel Hunter --> #rangkingke33
Bila semak, hotel ini jatuh rangking yang ke-33 setakat ini kami menginap...tudiaaa...leh masuk Book Of Record tak ni hihi kerana hobi dan minat, kami semakin menular....
Syukur ke hadrat ilahi, sambil dapat bersama-sama menghadiri majlis penganugerahan yang sangat dinantikan oleh Ephyra, suami dan Qaiser ilman bersama-sama hadir menyokong julia disebalik tabir. Berada disini dirasakan macam bercuti di luar Kuala Lumpur, siapa sangka Hotel Marriot ini semakin dipandang semakin nampak cantik luar dan dalam, terutama sekali hotel ini mesra alam sekitar, dimana sahaja kelihatan pasti ada pokok hiasan, air terjun buatan dan pokok bungaan yang sungguh menikam kalbu...sejuk mata memandang....alahaiiiiii tak terkata. 

Lihat harga klik --> Booking.Com


Kami tiba awal, dalam jam 1 tengahari rasa, masa check in jam 2 tengahari, so kena tunggu sementara diorang siapkan bilik. Sambil itu kami tak lepaskan peluang meneroka segenap isi alam Hotel Marriot...wah tangga tu sungguh memukau, kalau buat sesi photoshoot kat sini memang kerlas weh ! 

Mula ar kan nak berangan pakai baju kembang setaman sambil kibas-kibas dress atas tangga ko...haaaaa kerlas mimpi juju kan kikiki kuat berangan padahal kahwin dah 5 tahun, abam Qi sila keje kuat mak nak makan nasi minyak kamu dekat sini tau tauu ...julia suka Marriot...memang hensem hotel ni hahaha

Jangan risau, kalau tak larat nak naik dan turun tangga, ada ESKALATOR...hebat kan, sebelah tangga ni di hujung sekali ada eskalator perghhhh mudah sungguh.

Lihat kubah corak emas tu, nampak seakan macam padi emas, cantik tak terkata, cahaya suram dan ruang legar yang sungguh besar membuatkan sejam menunggu tu tak terasa.

Paling best, hotel Marriot ini mesra kanak-kanak, ada disediakan ruang riadah permainan ringkas anak-anak kecil disini, ada meja dan kerusi untuk mereka bermain, alahaiiii seronok lah abang Qaiser ilman, sekejap je dia main dah jumpa kawan baru geng bas sekolah hehehe.




Tepat jam 2 tengahari dapat dah bilik kami. Kalau berminat korang boleh semak harga dalam Booking.Com ye. Macam biasa laman web yang sangat memudahkan orang ramai booking dimana sahaja. 

Kelebihan Hotel Marriot Putrajaya
  1. Lokasi strategik - sangat berhampiran dengan IOI City Mall dan dekat dengan pusat bandar KL serta Putrajaya serta berhampiran padang golf. Boleh shopping dulu beli barang untuk makan di hotel.
  2. WiFi public - ya, tiada kod rahsia nak key in, wifi public sejurus memasuki Hotel Marriot, mudah dan senang tak perlu log in.
  3. Parking - luas dan basement, mudah tak kena hujan dan panas, banyak parking.
  4. Staf Marriot - sangat peramah dan selalu senyum dari jauh, nak ke kaunter berjalan dari jauh diorang dah senyum dah tau...alahaiiiii cair dengan layanan bak princess.
  5. Grand Ballroom - ya julia duduk lama dalam function grand ballroom tu tau, memang besar dan luas sangat, bunyi lagu kuat dari dewan utama ni kalis bunyi, so dari lobi tak kedengaran bunyi bising, sesuai la untuk sebarang event dengan kapasiti yang beribu undangan.
  6. Banyak pokok - ya, hotel ini julia kategorikan mesra alam sekitar, sejuk sangat mata melihat kehijauan pokok-pokok yang ditanam cantik sekitar kawasan kolam.
  7. Bilik - luas sungguh, julia pilih bilik untuk tujuan lawatan perniagaan, lebih sunyi dan ekslusif.
  8. Ada disediakan makanan ringan - ya ada disediakan makanan ringan dalam bilik, tapi kami tak makan dan ambil sebab kena bayar tau hehe jejaga.
  9. Non smoking room - julia pilih bilik macam ini sebab lebih terjaga kebersihan dan suami tak merokok. 
  10. Katil king size - empuk sangat alahaiiii....siap ada perabot sofa lagi...perghhh!
  11. Bathup - haaa leh la berendam puas-puas.
  12. Tahap kebersihan - bersih !

Lihat my son, Qaiser ilman teruja betul dia. Dari jendela dah nampak kolam renang, apalagi melompatlah dia tak sabar nak tukar baju mandi hehe. Sesambil tu jom scroll dan hayati keindahan sekitar bilik kami. 





Nampak tak jajan, bukan kami beli tapi memang ada kat situ disediakan...hahahhaha juju hampir nak ngap dah konon buat2 lupa...tapi awas, harga nanti sila bayar masa check out ye hehehehe


Bilik air yang sangat luas.........boleh la bergolek dalam ni hahaha...memacam barang hotel ni sediakan ada sabun spa tau amboiiii suka ler tu.

Ini jendela kami...arghhhhhhhh sejuknya mata, kat bawah tu kolam mandi...jom turun !

Di sini ada Spa Villa, kalau nak rehatkan diri sini memang pilihan bijak, jom ke swimming pool tak sabar dah ni

Nampak tak setiap kali keluar pasti akan nampak pokok-pokok di mana sahaja, itu yang membuatkan julia terpikat.

Air terjun buatan ni perlahan je mengalir airnya, ada kawasan istirehat macam pondok untuk menikmati kawasan sekitarnya...alahaiiii terus rasa hilang tujuan utama ke sini...hahahaha

Ya Allah !!!!!!!!!!
Lihatlah pool Hotel Marriot ni korang, cantiknya, terpukau dan bersih sungguh...orang tak ramai langsung masa ni, arghhhhhh rehat sekejap setengah jam.

KLIK LIVE VIDEO
Setelah video ini dihijack oleh abang Qaiser ilman...umi...umiiiiiiiiii....haish budak bertuah ni, orang nak live update video dia plak umi umiiiii...potong stim budak ni tau hahahaha mak baru bercita-cita nak jadi videografer woman terkenal...sekali suara umi sebalik tabir hahahhaa len kali kalau umi live update sebut kakak...ka ka k...kakak...haa baru mokcun! :p

Photoshoot dengan abam Qaiser ilman...abadikan kenangan terindah disini...besar dah anak umi...dah cecah paras pinggang tau...sikit lagi beberapa tahun sama tinggi dah ngan umi hehe...nanti gi jenjalan orang ingat kami adik beradik...hahhahahaha so mak kena minum ephyra dan guna ephyra skin care series selalu baru awet muda sama baya dengan anak hahahahhaa [mata ke atas tangan dibahu]

Amboiiiiiii terus tukar uniform swimming suit dah abam Qi korang ni...by the way kat sini ada slide tau...arghhhhhhhhhhh stress rasa bila suami cakap syok mandi tak ada orang, sedangkan orang tu berada didalam Grand Ballroom untuk private function hahahhahaha

Pinjam gambar dari Booking.Com...lihatlah betapa lawa yer 3 gambar suasana kolam Marriot Putrajaya...tak payah pi jauh...yang dekat ni pun dah macam ala-ala luar negara dah...perghhh


Luas kan kolam hotel ini...haaaaaaaaa puas lah mandi anak beranak...lepas stress...boleh anjur family day ni...syok!

Haaa tengok Encik Qaiser ilman, kemain nyenyak tidur ye...amboiiiii lepas swimming bantai tidur seround hahahaha dah tu mak nak tidur mana...ecececece mujur katil king, leh selit haha

Kembali ke niat asal, lihat para The 15th Asia Pacific International excellence Award 2016...itulah tujuan julia ke sini...makanya suami dan anak yang bersungguh menikmati kolam tadi ye...alhamdulilah diorang enjoy, julia pun enjoy...syukur!


Tadaaaaaa...bersama duta ephyra Memey Suhaiza dan Norman Hakim...kali kedua dapat jumpa live dengan diorang sama macam tahun lepas peramah dan tak nampak sombong diwajah...mudah didekati, sekali sekala tercuit dengan lawak bersahaja...

Testimonial julia:
Saya bagi 5 bintang untuk tahap kepuasan hotel ini, mesra pelanggan dan dekorasi yang sangat cantik serta memukau. Tahniah Marriot Hotel Putrajaya.

Marriot Hotel Putrajaya 
IOI Resort City, 
Sepang Utara, 62502 
Putrajaya, Malaysia

15 Comments

  1. bestnya..menarik hotelni. selalu nampk tepi jalan je

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa. bilik luas, bed pun nampak selesa.

    tu kalau Lihin tu dah ngap jajan tu -,- maknya terpaksa lah bayo. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Uikssss..
    Nampak sungguh kemewahannya JU..
    Patutlah 5 bintang ye..
    Sungguh gah sekali..
    Macam rumah agam..
    Ala2 omputih gitew..

    ReplyDelete
  4. cantik la juju...tgga kt lobby tu pn menarik...view pn...mmg bertuah la dpt stay sini...akak tk pernah smp yg putrajaya tp yg marriot kl pernah tp kecik je...syok bilik kt katil tu byk bantal

    ReplyDelete
  5. Terbaik Marriot.. Kerap gi situ juga.. Alhamdulillah bnyk pilihan makanan time buffet dinner...

    ReplyDelete
  6. Kalau dah selalu jadi kunjungan pak-pak menteri dan selebriti memanglah gah Marriot ni Ju
    Beruntung dpt undangan ephyra

    ReplyDelete
  7. Hotel 5stars selalunya mesti best kan juju...jarangla yg mengecewakan..teringin jugak nak stay sini...

    ReplyDelete
  8. julia dah bagi 5 bintang nampaknya memang tahap 5 bintang punya hotel la ni..entah bila nak merasa ni Ju..tunggu orang sponser la nampaknya..ahhaha

    ReplyDelete
  9. Luasnyaaaa bilik dia. Memang bets lah kalau macam ni.Peti ais pun siap ada isi. Memang lengkap sangat ni, syok lah kalau menginap :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Ju!

    Akak dapat tidur hotel 3 bintangpun dah rasa seronok sangat ni. Apatah lagi jika dapat tidur kat hotel lima bintang. Memang melompat sampai ke bintang la agaknya. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. cantiknyaaaa hotel ni,ari tu datang kursus tak menginap heheh

    ReplyDelete
  12. wah selesa nampak...n x sabar ni x stay sini

    ReplyDelete
  13. luas dan cantik bilik, view pun cantik

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)