Lenovo Ideapad 100S Hadiah Terindah Seorang Blogger ! | Julia Johari

Lenovo Ideapad 100S Hadiah Terindah Seorang Blogger !

Bila kaji balik sejarah bila tarikh sebenar suami hadiahkan ideapad lenovo ni melalui gambar FB rupanya tanggal 1 Februari 2016, perghhh lamanya aku peram cerita disebalik tabir mengenai keseriusan daku menggunakan ideapad lenovo. Mujur dalam draf blog masih elok lagi gambar terdampar, dah siap edit cun-cun cuma aku terlupa nak menulis, kini sudah tiba masanya aku ceritakan pengalaman daku menggunakan ideapad ini sehingga kini yang sudah mencecah 9 bulan. Woww review yang paling lama aku siasat dan guna sebaik mungkin.

Ini kata-kata julia pertama kali upload di FB mengenai ideapad, so aku copy paste sini buat remind kembali betapa seronoknya aku dapat hadiah dari suami, dia support aku berblogging, dia komentator paling hebat...so apa aku buat semua dia baca dan semak...
"Dekat 1 minggu lebih julia guna Lenovo Ideapad 100s yang hubby hadiahkan, macam-macam julia kaji waktu malam. Dari segi bateri dia memang padu tahan lama, tak panas keyboard bila menaip, senyap, nipis, ringan, bayangkan ideapad ni macam test pad tapi versi keras dan nipis. Cuma satu je tak ada CD player tapi sekarang kan guna pen drive je kan.  
Bila julia bimbit tak rasa macam bawa laptop senipis kulit bawang...berat dia agak-agak 1kg je...okey jatuh cinta lemon lemon dah ni, sekarang julia boleh tolong kerja suami, up review, update blog, urgent email dalam masa yang sama kalau travel jauh2. Hooyehhh"
Keyboard yang sedap untuk menaip, tak berbunyi pun bila ketuk papan kekunci, senyap dan tak menganggu macam keyboard biasa di office. Diam-diam je ehhh dah update blog...tak dengar pun orang ketuk keyboard haha

Fuh, gambar dibawah ni pun dah lama aku peram, header blog tu yang terdahulu... aku pengguna U-Mobile juga, ternyata aku tak berpaling lagi, puas betul aku guna internet dan layari You Tube bersama anak belajar ABC, Alif Ba Ta dan tonton kartun teladan. Almost 9 bulan juga aku pengguna line U-Mobile...setiap bulan aku just bayar RM61-62 lebih kurang...murah kan...yes tersangat murah. Julia nak cerita dulu line yang julia pakai ye...

Kelebihan U-Mobile bagi julia
  1. Laju dan mudah akses di kawasan bandar dan di kampung
  2. Pelan internet yang sangat murah
  3. Mampu bayar
  4. Bateri WiFi yang tahan lama
  5. Boleh guna WiFi melalui ideapad, handphone 2 biji dalam 1 masa tanpa (- stuck)
  6. Mudah di capai sebab kecil dan comel
  7. Tahan lasak - anak campak atas katil pun okey lagi haha
  8. Senang selit dalam handbeg dan kocek
Apa yang best dengan Ideapad Lenovo?


Berat hanya 1kg dengan ketebalan sebesar 20,2 mm saja, skrin 11 inci, 1366 x 768 pixel. Ada pelbagai warna antaranya Biru, Silver dan Merah. Hadiah dari suami warna silver, yang paling julia suka uji ialah ketahanan ia berfungsi. Dalam masa 4 jam ia berfungsi elok je tanpa caj, maksudnya kalau bateri dia full boleh layari internet dan buat kerja tanpa rasa keyboard nipis tu panas. 

Tahan lasak juga ideapad ni. Kalau nak belek resepi dekat dapur guna ideapad ni pun boleh letak atas peti ais ke atau meja haaa leh baca resepi puas-puas siap ada ilustrasi bergambar lagi dan ia tak berat untuk dijinjing ke mana sahaja. Kagum. 

Anda boleh lihat banyak kelebihan ideapad 100S dengan klik spesifikasi Ideapad 100S

Ideapad 100S (11") Models
Please choose:
100S-11IBY
80R2001WMJ - Blue
80R2001TMJ - Silver
80R2001VMJ - Red

Menarik kan warna diatas, fuhhh sesak nafas tengok warna tu semua, julia suka warna merah, tapi suami dah hadiahkan warna silver siap surprise lagi tu pun dah cukup bersyukur sangat dah, warna silver adalah warna official, nampak korporat dan penampakan serius disitu :)

Lihat bagaimana julia jinjing ideapad ni, kalau di pasaran ideapad 100S ini yang paling murah dan permukaan layar yang luas. Ia bukan sebesar tab, ia lebih kurang sebesar macam laptop biasa cuma ia lebih nipis, slim dan ringan. Mudah selit dalam backpack atau handbeg yang besar. Yang penting julia rasakan ia adalah sebuah test pad (sebesar dan senipis kertas kajang).


Ada ruangan untuk selit pendrive, kekurangan ideapad ini adalah tiada pemain CD/VCD. Memang tak ada. So kalau nak install software yang berat mahupun nak mainkan cerita video melalui CD di ideapad 100S gunalah aplikasi pen drive atau cara lain. Zaman sekarang CD dah tak banyak digunakan, so itu mungkin salah satu sebab ideapad ini hanya sesuai untuk kerja-kerja yang mudah seperti update blog, clerical works dan bermain game yang ringan sahaja.

Windows 10 yang terkini nampak lagi mudah di gunakan dan difahami, kekurangan kedua masa beli ideapad ini kita kena beli software Microsoft Office berasingan, yang ada hanyalah basic Windows 10 sahaja. Sebab itu harganya cukup murah harga bawah 1k, RM800 ++ sahaja. Mampu milik la bagi pelajar, pekerja atau blogger. 

Bagi julia tak ada masalah bila kaji faktor kekurangan itu, boleh update software di kedai yang terpilih. 

Yang membuatkan julia jatuh cinta dengan ideapad ini ialah ia cepat on (InstantGo) dan cepat shut down.
Technologies like InstantGo* let you boot up and resume quickly, everything runs fast and smooth, and Windows 10 Home devices now have Battery Saver to automatically conserve power — so you can work longer and play harder. For total confidence, Windows 10 Home helps you stay up to date and has more built-in security features than ever for helping protect against malicious software. *Hardware-dependent

Bila tekan button start ia terus paparkan dengan segera, tak macam sesetengah laptop lain kena tunggu loading dulu dalam beberapa minit...tapi ideapad mudah di capai dengan segera, kalau kita ada gangguan seperti panggilan telefon atau nak ke tandas, klik sahaja icon Sleep, ia akan save bateri dan lindungi data anda dari gangguan anak atau orang lain yang secara tiba ambil alih ideapad anda.

Ya, 9 bulan bersamanya memang benar apa yang dinyatakan di bawah gambar ni....bateri sangat tahan lama...kebanyakkan gadget yang punya bateri disatukan di body gadget nampak lebih tahan lama berbanding bateri yang boleh di buka dan ditukar...nampak beza disitu.


Kini, dimana sahaja ia menjadi mudah nak dibawa, dah la ringan, nipis, cepat on, cepat off, tak stress handle sebuah mini ideapad yang pintar ni, guna sarung ni untuk lindungi ideapad, sekali pandang tak macam kita bawa sebuah laptop, tapi orang mesti kata buku apa ni, bukan buku...inilah ideapad lenovo, kemudahan canggih zaman kini dengan harga yang cukup berbaloi...terima kasih suami hadiahkan, akan digunakan sebaik mungkin untuk bisnes part time ephyra, cikgu tuisyen abam Qi dan berblogging. 

Sekian.

21 comments:

  1. Huhu.. hampir terpengaruh dah ni. arghhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9 bulan punya review pengalaman...bagi julia ia sahabat paling ohsem sebagai seorang blogger...nak update blog tak yah guna microsoft office pun kan hahaha

      Delete
  2. K.juju kalu tulis xpernah xberantu n merasuk orang....arghhh ideapad lenovo akak dah merasuk kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen paling win setakat ini, terima kasih officemate yang sudi berhantu merasuk bersama...9 bulan baru teringat nak cerita...so ini paling jujur untuk merasuk sehabis mungkin hahahhaha TQ NIK ! :)

      Delete
  3. banyak manfaatnya. bagus betul. teringat zaman study dulu usung laptop berat turun naik public transport. hehhehe

    ReplyDelete
  4. akak pengguna umobile juga tp prepaid..ideapad..nipis..sennag nk bw especially time travel..tkde la berat

    ReplyDelete
  5. Tgh survey lappy gk ni...yg ada skrg dh buat hal..

    ReplyDelete
  6. Macam berkenan la jugak Ideapad Lenovo nie Juju..

    ReplyDelete
  7. Juju,
    ai simpn satu impian utk get this,go go suzie..
    tggu jugk juju tak up ke cerita psal ni, cari2 takdak, now baru up ye
    hahaha

    ReplyDelete
  8. macam best je ni..saya pun guna u mobile je sekarang

    ReplyDelete
  9. Bagus kalau ringan..boleh masa travel pakai ni

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa kak Juju. Senang nak bawak ke mana mana bila ringan macam ni kan :D

    ReplyDelete
  11. Nak jugak! Nak kumpul duit nak beli ni...marilah kita menabung hehe

    ReplyDelete
  12. lawa la....berkenan plak kite hihi

    ReplyDelete
  13. saya guna umobile..yang sama macam ju pakai ni tapi sangat mengecewakan..
    lebovo tu cantik..smart..bergaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar, ikut kawasan umobile tu...tak semestinya umobile je ada..banyak lagi rangkaian line yang mar boleh cuba...ikut citarasa masing2...bagi pengalaman julia sekeluarga yang julia share diatas kami suka guna umobile...jimat!

      Delete
  14. Replies
    1. Saya beli baru...bawah 1k...tak berbaloi beli second hand sbb ni pun dah murah baik beli baru

      Delete
  15. Tengah survey2 gadget yg sesuai utk update blog..rasa cam dah terberkenan ni..hehe..harga pun berbaloi! Tqvm juju..ju punya sharing paling best!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com