Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh Perak Percutian Bajet Ala Mewah ! | Julia Johari
Booking.com

Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh Perak Percutian Bajet Ala Mewah !


Meremang tak tengok gambar kat atas ini? Ini adalah satu gambar penyuntik semangat untuk korang rasai pengalaman percutian di Malaysia juga cukup menarik untuk diterokai bersama keluarga tercinta. Tambah lagi trip jalan-jalan bulan September hingga Oktober, group ipar duai julia bercadang untuk bersuka ria di Lost World Tambun Ipoh Perak. 

Kebetulan pakcik suami, Cikli kami bercuti, dia pun ikut sama sekali, paling best trip kami dapat direct diskaun berlipat kali ganda dengan menggunakan perkhidmatan tour guide daripada pakcik kami sendiri, maka nya trip kali ini menginap di hotel selama 3 hari 2 malam sangat murah dan cantik sungguh!
Klik Blogger Hotel Hunter --> #rangkingke31
Bila semak, hotel ini jatuh rangking yang ke-31 setakat ini kami menginap...tudiaaa...leh masuk Book Of Record tak ni hihi kerana hobi dan minat, kami semakin menular....
TERUJA !
Mulut tak habis-habis terbitkan kata-kata wowwwwwww, wowwwwwwwwwwww, WAUUUUU...hahaha, cantik sungguh Hotel Kinta Riverfront ni, pakcik kami cadangkan kami semua menginap disini, so kami tong-tong duit penginapan dan bayar. Syoknya! Yelah bila dah sampai bandar ipoh, buka waze dan terus set ke sini, bila nampak kepala banner hotel ni dari jauh, mulut julia dah say WOWWWWW....gahnya!



Harga semalaman?
Lihat harga klik --> Booking.Com dibawah tarikh dan hari sama contohnya, kenapa harga lain? Hari ini julia scroll dan search harga RM216 semalaman...inilah tipsnya...nak dapat harga murah, search la berfasa, pagi, tengahari, petang, dan malam. Mana tahu harga ia berubah jadi murah, so jangan assume cepat pada carian pertama kali, catit rekod harga terdahulu dengan tarikh yang sama macam contoh julia buat dibawah...moga dapat harga murah ye.

Kami tak booking melalui Booking.Com, kami bayar terus direct ke hotel melalui pakcik kami...senior tour guide uncle kami banyak keistimewaan tau, boleh dapat rate murah yang tak masuk diakal, WOWWWWWW lagi disitu...harga kami bayar biarlah rahsia ye.


Kelebihan / Tarikan
Kinta Riverfront Hotel
  1. Keluasan - semuanya luas, bermula dari kawasan parking, lobi hotel, lif sehingga ke bilik tidur semua luas. 
  2. Bersih - julia jenis pembenci kepada kotor, bau busuk dan habuk. Julia tak mudah percaya pada pertama kali melihat, tapi julia percaya pada penglihatan beberapa setelah menginap disini, ke semuanya bersih, kalau masuk toilet public hotel ini pun sangat kagum, cantik dan bersih, bau harum.
  3. Cantik - ya hotel ini sangat cantik, luar dan dalam hotel ini terjaga rapi, sedap je mata memandang.
  4. Tenang - sangat tenang menginap disini sebab ia bukan kawasan sesak walaupun ia berada dalam bandar ipoh.
  5. WiFi - laju 
  6. Seterika - ada dalam almari 
  7. Suis elektronik - capaian dalam bilik hotel nak buka lampu semua guna touch screen tau.
  8. Water heater - ada.
  9. Standard room - karpet ada dihamparkan.
  10. Exclusive - memang taraf dan tahap kualiti menginap disini anda akan berasa sangat exclusive.
  11. Kedai 7-Eleven - paling best ada kedai 7E dalam bangunan hotel ini tau, senang la nak beli barang-barang keperluan kecil dan snek ringan untuk makan dalam hotel, nak beli top up hp ke, syoknya !

Bersama adik ipar dan anak buah julia yang tersayang, kami kaki jalan tau, tengok tangga tu pun dah cantik, mai tengok keluasan gah hotel ini.

Woww lagi. 

Boom woww...luas dan sangat fresh bau hotel ni, selesa lahai...dekat lobi pun dah rasa seronok, apatah lagi belum masuk bilik lagi hehe.


Pakcik kami uruskan check in, best ada pakcik yang tak berkira ni, moga murah rezekinya.

Tatkala memasuki ruang legar lobi Kinta Riverfront Hotel, ada bisikan halus dari piano, rupanya ia bermain sendiri lagu sentimental, telah diset kan untuk meraikan tetamu yang hadir.

Abang Qaiser ilman syahdu pertama kali tekan piano, mujur staf hotel sini friendly kids hehe. 

Jom masuk bilik hotel jom, korang scroll je ye... amati keindahan dan keistimewaan kemudahan hotel kinta ipoh ini.

3 bilik hotel telah ditempah, kami duduk di aras 8.

Ini bilik julia sefamily, view bandar ipoh dan gunung ganang. 

Standard Room
Selesa dan empuk. Nak buka lampu dan aircond memang tak ada butang suis dan remote control tau, yang ada adalah semua di dinding touch screen, berkarpet penuh lagi, jarang bilik paling murah ada karpet full, lembut plak tu pijak....  perghhhhhhhhh hebat sungguh !

Meja berangan pun cun, ada hair dryer disitu. Plug pun banyak.

Kalau anak ramai, bawa toto bentang depan TV, luas sungguh siap berkapet, boleh tambah muat dalam 4 orang anak tau.


selfie sedas...walaupun hakikatnya tak muat cermin hahaha

Canggih hotel taraf 4 bintang ni, semua guna sistem touch-touch je.


Ada serika, extra bantal, peti ais dan nak puji keluasan bilik lah....best!

Bilik air pun luas, selesa guna sebab banyak sungguh sabun sana sini hehe

View waktu siang di aras 8, nak bagi korang seronok lagi, hotel disebelah malamnya penuh lampu ala-ala i-city tau, haaaaaaa kerlas tak...cantik view waktu malam sekitar jambatan riverwalk tu tau...kalau nak berhoneymoon atau shortvacay ke Perak disinilah port paling ohsem!

Makan Tengahari 
Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah
Selesai check in, rehat dan solat. Terus suami dan adiknya menderu menaiki kereta ke restoren ini yang tak jauh dari hotel kinta. Julia dan anak tak ikut bersama kami rehat jadi mak datin dalam bilik hotel, tengoklah bagaimana hebatnya nasi ganja ipoh yang ori kat sini...perghh ramai ye beratur, suami beritahu dia beratur dekat setengah jam untuk tapau tau, bayangkan kalau kami ikut sama dan nak makan dalam kedai tu, memang alamatnya tunggu la berjam lamanya.

Memang puas hati, kami bersila atas karpet makan ramai-ramai, ayam merah tu memang win, sedap sungguh garingnya dengan rasa rempah ayam merah tu menusuk hidung ke perut...gaul bersama gulai campur dan telur masin...

ehhh kenapa masa menaip ni tertelan ailio hahahhaa

Kenyang perut kami suka hati, relaks tengok TV, jam 4 petang abang Qaiser ilman dah tak sabar nak mandi kolam kinta riverfront tau...dia paling awal pakai baju mandi...dok asak bila nak mandi kolam aduyaiii anak...

Kat sini ada gym tau besar plak tu luas...tapi kami tak main gym...kami suka berenang berjam lamanya...jom

The Mermaid Pool - Infiniti Pool
Jangan alihkan mata anda, bukan dekat luar negara tau gambar ni, ni gambar dekat Kinta Riverfront Hotel & Suites taraf 4 bintang...fuhhhhhhhh kerlas tau. Tak puas mata julia memandang dan cakap wowwwwwww wowwwwwwwwwwwwwwwwwwww! Best weh...

Bukan setakat best aje, ada kolam khas untuk budak paras lutut diorang je, selamat dan paling penting julia dah cek ada lumut tak rasa kt kaki, tak ada...bersih tahap A. Puas hati.

Wowwwwww.
Best tak korang...sure lah best...depan ni pool kanak-kanak, sebelah sana infiniti pool paling panjang dan luas...dalam dia sampai paras tengkuk julia yang berketinggian 161cm. So korang leh agak tahap kedalaman tu.

Tak puas mata memandang, betul ke ni apa julia lihat...cantiknya infiniti pool kinta, lawa sungguh, julia bau airnya tak ada bau klorin sangat, bau air fresh, kawasan sekitarnya tak berlumut dan dijaga rapi, angin menderu masuk kawasan kolam, nyamannya!


Apa lagi julia minta suami ambilkan moment gambar julia menyelam dalam air. Tak perlu bawa gopro, kat sini jimat kamera mahal, guna handphone yang ada boleh dapat hasil macam julia menyelam, seakan-akan macam guna kamera dalam air kan...padahal suami snap dari luar infiniti pool hehe peace yo!

Hahaha, memacam aku berenang dengan adik ipar, best oooo korang datang sini tau.


Kenangan terindah!
Lama kami lepak mandi manda sini, cuaca pun redup je tak panas sangat, berjam-jam lamanya kami mandi manda, puas hati, Qaiser ilman dan anak buah julia semua gembira...sebab tak ramai orang, air pun berkualiti, puas hati !
Selesai Day 1 - sebelah malam kami jenjalan ke Ipoh Parade.

Day 2 - Day 3
Bangun pagi jom kita breakfast, breakfast kami 2 x FREE tau, kebanyakkan yang menginap disini memang dapat FREE breakfast. 
Jom kita ke Palong Coffee House.





Meriah menu breakfast kat sini, puas hati lah.

Kenyang sudah, terus kami keluar jalan kaki sekitar hotel. Husband dapat parking valet percuma, rezeki dapat park depan hotel hehe. Jom jenjalan sekitar Riverwalk.

Kalau korang kaki jogging, sini port terbaik, ada susur jalan kaki khas untuk korang jogging, kami jalan-jalan amik udara pagi yang sangat nyaman di sekitar jambatan riverwalk.

Tadaaaaaa lawa kan jambatan gantung Riverwalk Ipoh...belah malam lagi menarik sekitarnya ada lampu i-city...meriah.

Ini waktu malam, meriah tau lampu icity, cantik.




Selesai jalan-jalan amik udara segar...dimana kami nak pergi selepas ini?


Abang Qaiser ilman bersiap awal lagi nak mandi kolam hahahaha dia memang hantu air kolam, nak ke mana ni abam Qi? Muka serius bebenor haaa...

Kami nak ke Lost World Tambun Ipoh Perak, yeyyy ini kali kedua kami pergi, kali pertama buat ipar duai, jarak dari hotel kinta riverfront ke Lost World of Tambun hanya makan masa dalam 10 minit sahaja, dekat kan?

Yang penting jimat masa, bajet holiday dan tempat exclusive bak berbintang....tunggu entry sambungan abam Qaiser ilman bercanda sepuasnya di Lost World of Tambun. 

Rating
Julia bagi rating 9/10 bintang untuk hotel ni, berbaloi untuk seisi keluarga dan apa jua acara keramaian.

One more thing, nak ingatkan korang, ini pengalaman julia tika berada disana, jika anda merasakan sebaliknya mungkin itu nasib anda dan rezeki anda dan bukannya julia, so sila be positive dan hormat pengalaman saya tika membaca cerita ini, lagi best kalau korang tekan button share kat bawah tu share lah mana-mana medium korang nak, at least berjalan pahala sedekah tu pada korang dan kawan-kawan korang, amin. TQ.

Alamat:

Kinta Riverfront Hotel & Suites

Jalan Lim Bo Seng, 
30000 Ipoh, Perak, 
Malaysia

29 comments:

  1. mewah sangat nampak hotel ni,harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  2. meriah juju tgk gmbr pool tu..mmg dh mcm amik gmbr guna gopro...amboi qi main piano

    ReplyDelete
  3. amboi juju ketak lutut baca..hahha
    infiniti pool tu ajet2 mcm ambil gmbar paki gopro..
    tp yg tak sedap ye klu tarik sepender bolh nmpk dr luar kahkahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha win ! kalau tak mau bagi ternampak spender aummm tu pakai la suit muslimah...pakai baju renang barulah selamat hahaha...ni pun cover baik punya zie kahkahkah...mujur tak dak orang ramai...so asben je nampak dari luar kahkahkah

      Delete
  4. yang paling best dekat pool tuh..hehe.

    ReplyDelete
  5. teruja tengok swimming pool dia..haha

    ReplyDelete
  6. waaa... nak dpt harga diskaun jugak boleh x? plan nak g ipoh hjg bln ni... hehhee

    ReplyDelete
  7. wah menarik hotel nya.tambahan pula kolamnya..best tgk..

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya ditambah meriah dan seronok sebab pergi dgn family
    Layanan baik, hidangan tip-top, tempat cantik.

    ReplyDelete
  9. Bestnya juju tau..jeles akk..asyik tido hotel je...syiok sgt..akk suka kolam tu macam best je kalau org dewasa mandi..ish..lamanya akk xswimming..huu

    ReplyDelete
  10. Bestnya juju tau..jeles akk..asyik tido hotel je...syiok sgt..akk suka kolam tu macam best je kalau org dewasa mandi..ish..lamanya akk xswimming..huu

    ReplyDelete
  11. Alahai malu pulak kita kalau nak mandi pool kaca macam tuh.. Takut terselak yg bukan-bukan. Hak3.. ke situ pulak perginya.. ~_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai la baju muslimah renang dear...sure tak terselak pun...best ooo...lain dari yg lain...yg ptg x ramai org...air bersih betul.

      Delete
  12. Pool tu bestnyaaa! Kalau pi ngan si kembar ni mau berkubang sampai tak mau naik hehe

    ReplyDelete
  13. I love reading yours. Keep it up.

    ReplyDelete
  14. I love reading yours. Keep it up.

    ReplyDelete
  15. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. julia..suka tau baca kalau ju review pasal hotel2 ni . tq ju. banyak info yang dpt

    ReplyDelete
  17. infiniti pool tu menarikk...kalau bawak anak2 mesti seronok ni

    ReplyDelete
  18. Menarik juga disini.... Teringin pula nak ke sini nanti ;)

    ReplyDelete
  19. bestnya. ala ala Regalia kan pool dia. tapi murah .

    Cici pun macam tu. kalau bukak booking.com tu akan cuba search sampai dapat harga yang murah. pastu kalau dah book&bayar dah taknak bukak dah nanti menyesal. hehehe

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas riview...bolehlah try menginap lps ni...

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas riview...bolehlah try menginap lps ni...

    ReplyDelete
  22. cantikkk bilik hotel ni..bestnye swimming pool cmtu..tp tu laa..kene behave sket laa..hahaha

    ReplyDelete
  23. akak, kalau pakai track suite dgn blouse shirt boleh masuk dekat slide tu tak?

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com