Rasa Serbuk Debunga Kurma Sedap Tak? | Julia Johari
Booking.com

Rasa Serbuk Debunga Kurma Sedap Tak?


Amboi! Laa ni kemain juju kan...dia pi up gambar madu tualang...habis lah habislah wehh...alaa ephyra tetap maintain amal, tapi kadang-kadang kita kan selalu baca kat media social, tak boleh lari rasa nak cuba barang viral ni...tapi bukan gambar diatas ni yang makan viral...dah lama nak dan cuba sendiri. Madu tualang tu korang biasa dah tau kan, macam-macam khasiat kan...

Aku sejak baru makan sesudu madu tualang tu asyik nak sendawa, asyik nak kentutttttttttttt je pesal eh hahhaa aku banyak angin kot hmmm...tu baru sudu makan semalam...hari ni jap lagi nak makan jangan lagi kuat kentut sudah hahaha pengsan! :p

Debunga Kurma
Korang dah biasa dengar buah kurma kan...haa ni serbuk debunga kurma, rujuk gambar diatas tu julia campurkan serbuk debunga kurma dengan madu tualang yang diberi oleh mama julia...dia join group dia lah tu beli produk kesihatan berkoyan-koyan hahaha siap bagi kat julia 6 botol madu tualang adoyaiii mama hahaha

ehhh nak buat apa debunga kurma ni...alaaa korang ni harus lah untuk kesihatan, lagi-lagi perempuan kan...macam aku ni dah nak menambah kaum keluarga, rasanya apa salahnya kita mencuba kan...jadi ke tak jadi ke letak belakang dulu...kita cuba dulu...

Cara Makan Serbuk Debunga Kurma
Kebetulan pakcik suami nak pi umrah masa bulan Ramadan baru-baru ni...dia tolong belikan serbuk debunga kurma ni 2 kotak dari Makkah...cara nak makan senang je letak sikit madu dalam sudu dan sedikit serbuk debunga kurma sebaiknya kacau dulu lagi bagus...tapi julia buat macam kat atas je.

 Kita kena baca doa dibawah ni dulu sebelum makan...


“QOLAROBBI RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIYYATAN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.



“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

 KHASIAT SERBUK DEBUNGA KURMA
  • merawat ketidaksuburan lelaki dan perempuan
  • menambah hormon lelaki dan menambahkan jumlah sperma serta memekat sperma
  • menambahkan tenaga seksual
  • menguatkan janin supaya tidak mudah keguguran
  • digunakan untuk merawat ketidaksuburan di kalangan lelaki & wanita.
Masyarakat Arab mencampurkan Serbuk Debunga Kurma dengan Madu di makan secara harian untuk memudahkan hamil dan mendapat zuriat.

Sebaiknya, serbuk debunga kurma ni julia baca baik bagi suami pun amalkan sekali...campur dalam minuman dia, air masak ke, air yang tak panas lah suami khasiat dia tak rosak.

Rasa dia?
Tak rasa apa pun, sebab ia rasa natural, lebih rasa madu je sebenarnya...kalau tak ada madu boleh campur dengan air minuman kosong 1 sudu kecil.

Julia mencuba...selebihnya kita berdoa pada Allah kan...eh bagi korang yang dah lama kahwin atau TTC tu apa kata cubalah kombinasi madu dengan serbuk debunga kurma...murah pun murah je...kalau tak okey yang ini baru cuba yang lain eh...cadangan je.

Muhasabah diri -----> Jika Allah tetapkan kita rezeki yang satu...kita kena redha...itu Allah yang aturkan...so kita ni jangan putus asa ye...setiap orang, lain rezekinya. 

Selebihnya yang lebih padu kita kena ingat dan lagi ambil berat bagaimana nanti amalan kita tu nak kena hisab akhirat nanti. Huh lagi takut.

8 comments:

  1. juju,kentut tu yg subur
    ehahaha

    ReplyDelete
  2. Buang angin tu yg bagus Julia. Badan rasa ringan dan selesa kan.
    Maaf ye dik kakak betulkan sikit ayatnya:-

    Sebaiknya mulakan dgn Qolarobbi (Wahai tuanku) Robbi (Tuhanku) dan zurriyyatan (bukan zurriyyatun). Jgn marah ye sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh TQ kak betulkan...juju copy paste dari internet juga ni...TQ kak

      Delete
  3. Ju..saya & suami pun tengah try serbuk debunga kurma ni..tapi saya makan gitu je, tak de campur dengan madu..ambil hujung sudu sikit (jimat..sebab susah nak dapat..hehe), telan pas tu baru minum air..masa suami balik dari umrah dah start amalkan..belum lagi menampakkan hasil..tak pe, tak pe..usaha tangga kejayaan.. ;)

    ReplyDelete
  4. ida pun minum serbuk ni kak. . MIL bagi masa die pergi umrah ari tu. buah zuriat pun minum. erkk xsedap. tapi minum jugakk. huhu

    ReplyDelete
  5. khasiat ad tambah2 mcm kurma jugak yak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbth

    Terima kasih sudi kongsikan serbuk debunga kurma ni...1st time JiwaTani tahu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com