Nak Letak Mana Barang Terpakai Masih Elok? | Julia Johari
Booking.com

Nak Letak Mana Barang Terpakai Masih Elok?


Sudah lama julia nak kongsikan perihal penting merujuk gambar diatas ni tau. Asyik terlupa je, pagi ni scroll dalam hp ternampak gambar ni, kemain susah payah julia dahulukan snap gambar ni dulu untuk korang semua tau, masa ni kami anak beranak nak ke Tesco Selayang nak beli barang rumah la macam biasa, sampai-sampai je mata aku terus terbuntang dengan tabung kitar semula ni yesssss!

Suami aku tercengang...
Ya, macam mana dia tak tercengang...abam Qi pun sama hahaha patutnya masuk terus menuju amik troli...ni tak yer aku tinggal kan diorang di depan, aku patah balik belakang pi snap tabung ni...pentingggggggggggg sangat bagi aku gagah amik gambar depan ramai orang semata untuk KORANG...ye KORANG tengah baca ni...nampak tak aku dahulukan KORANG, tak sayang lagi tak tau arr hahahha...

Ye, betul kat rumah aku ada tabung kitar semula ni tau. Dah lama aku menabung dalam tabung ni, best. Sebab tak ada lah kita simpan yang masih elok tapi tak pakai dok terperuk dalam almari buat beban almari kan...so why not kita sedekah kat sini. Ramai kawan-kawan tanya tak pernah nampak tabung macam ni. Tu julia nak kongsikan.

Sekarang tabung kitar semula ni dah ada kat TESCO SELAYANG. Betul-betul depan pintu masuk...aku kan tinggal area ni so aku utamakan rakan-rakan sekitar ni lah menabung kat sini....

Pastikan sebelum nak let go barang terpakai buat saringan dulu macam juju buat:
  1. Masih elok dipakai
  2. Tak koyak
  3. Tak luntur warna lagi
  4. Tak bau kepam/busuk/bekas tak boleh hilang
  5. Tak remuk/rosak/retak
  6. Basuh/lap dulu sebelum sedekah
  7. Niat ikhlas - jangan ada niat 50-50 kang dah masuk susah la nak dapat balik barang.



Korang, aku pernah kongsi dalam instagram kan aku dah letgo semua 45 shawl dan tudung aku yang masih elok di kotak macam ni tau...basuh dulu, lipat elok2 bagi wangi...haaa baru letak dalam ni elok2...tak kisah lah kasut, handbeg, cadar, baju, tali pinggang dan patung mainan (soft toys). Masukkan dalam ni elok-elok jangan campak. 

At least korang dah buat sekali, mesti akan buat banyak kali tau, dah rasa selesa nak sedekah barang terpakai yang masih elok. 

Tu je juju nak kongsi, kalau kawasan korang tak ada tong kitar semula barang terpakai ni, call nombor diatas gambar tu ye, mudah dan menyenangkan. 

Selamat beramal dan teruskan beramal. Buat depan anak dan suami...bagi mereka lihat cara kita kitar semula. Pelan-pelan diorang automatik akan cakap, nak join! Kan best hehe

15 comments:

  1. kat putrajaya pun ade tong nieh..salah satunye kat area rumah akak..dah 2 kali gak akak menderma kat tong nieh..baju2 kurung...baju budak2 nieh..mainan yg elok2...hope dpt di gunapakai balik oleh org yg lebih memerlukan...

    ReplyDelete
  2. tpt i keje and perumahan i xde lg tong gini...rsnya lah...haha stress tgk almari dh xmuat sumbat baju T_T

    ReplyDelete
  3. sekrang dah banyak tong mcm ni ada kat tepi jln,baru minggu leps kemas mn yg tak paki..
    huhuu

    ReplyDelete
  4. tq juju. mmg banyak sgt nak sedekah ni.. yg sebelum2 ni pun dah banyak dah..

    ReplyDelete
  5. haah akak selalu letak kat tong tesco tu..

    ReplyDelete
  6. Bagus charity yg dibuat begini bagi ramai org nampak
    Tempat kakak macam tak ada lagilah Ju. Kalau ada memang bagus boleh diagihkan
    NGO atau ada jabatan apa yg mengurus ini agaknya ye?

    ReplyDelete
  7. Kat area rumah nory banyak tong mcm ni..skrg dah senang da taw mana nak tuju...

    ReplyDelete
  8. Kat area rumah nory banyak tong mcm ni..skrg dah senang da taw mana nak tuju...

    ReplyDelete
  9. kat sini belum nampak lagi la ju..harap2 ada la nanti..

    ReplyDelete
  10. Kat area kampung ada tong kitar semula untuk 3 jenis tu je. Jenis macam ni rasanya takde lagi.

    ReplyDelete
  11. ida banyak baju dah xpakai. tudung segala la. tapi umah ida xde tong cmni. huhhuuu.. sudahnya duduk la baju baju itu dlm storr jeee

    ReplyDelete
  12. La ingatkan kat tesco tu recycle kertas plastik ja, kalau macam tu nak bagi juga la pakaian anak2 yang boleh pakai lagi ni..cuma tak muat dengan depa ja

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com