Hunting Promosi Susu Dutch Lady RM1 di 7 Eleven | Julia Johari
Booking.com

Hunting Promosi Susu Dutch Lady RM1 di 7 Eleven

Gambar diatas julia snap telah dapat kebenaran dari staf 7 Eleven terlebih dahulu, gambar original snap by Julia.

Malam tadi balik dari seminar perghh penat, letak handbeg, mandi segala rehatkan badan. Tengok Qaiser ilman ligat tengok kartun dekat TV, saje scroll instagram dan facebook sesambil tu sebab 2 hari tak tengok posting kawan-kawan, haruslah yang mana nampak posting masa tu julia mesti like atau komen.

Terkejut Baca Status Promosi 7E
Scroll punya scroll nampak blogger kak azrine post di FB ada promosi di 7E - RM1 untuk satu kotak kecil susu Dutch Lady, perghh tetiba macam nak pi 7E malam tadi je tapi tak larat plak...so anggap esok macam tak ada lah kot rezeki nak grab banyak susu kegemaran abam Qaiser ilman ni hmmm

Bangun pagi jam 4 pagi weh tetiba mata macam segar bugar, hmm buka intagram kebetulan posting blogger rara masa tu, dia beli susu dutch lady juga di 7E banyak pulak tu, perghhh terus bingkas bangun mandi sesiap nak pi kerja, lepas solat Subuh doa dengan azam mana tahu masih ada lagi rezeki Qi.

Bawa kereta terus hantar Qaiser ilman ke ruman pengasuh, terus menuju 7 Eleven, kat kawasan julia ni memang ada dua 7E yang berdekatan. Tapi lain cerita setiap kedai...tau sebab apa meh sini nak story...

Kedai 7 eleven pertama...
Matikan enjin terus bingkas dari kereta menuju kat pintu 7 eleven, tanya dua adik yang kerja di kaunter, "Assalamualikum selamat pagi, adik tumpang tanya betul ke ada promosi susu Dutch Lady RM1?"

Jawab diorang, ye ada, sini. 
Boleh beli sekarton tak?
Oh tak boleh kak, seorang hanya 2 kotak susu kecil ni saje.
Hmmm macam mana ada kawan saya boleh beli sekarton ye?
Maybe kawasan 7 Eleven tempat diorang tu banyak stok, stok kami tinggal banyak ini je kak.
Ohhh, kalau macam tu akak beli 2 lah, 4 boleh tak? Alaaa 4 je pun.
Tak boleh kak...2 sahaja untuk 1 orang.
Hmmm okeylah beli 2 je (dalam hati hmmm kalau tau bawak Qaiser ilman tadi baris beli, tapi masih tak puas hati)


Menuju terus ke Kedai 7 eleven yang kedua...berdekatan sangat dengan 7 eleven pertama tadi tak sampai 500 meter pun.

Masuk-masuk ternampak seorang ladies beli sekarton susu dutch lady...terus rasa hati berbunga riang...weeeee lepas ladies tu dah beli susu, baru tanya.

Assalam adik, akak nak tanya betul ke ada susu dutch lady jual RM1
Yes ada kak ni.
Oh nak tanya, boleh ke beli sekarton macam kakak tadi?
Boleh...saya tak kisah, siapa cepat dia dapat.
Oh nak tanya lagi...kalau beli 2 karton boleh tak? Kalau tak boleh tak apa akak faham.
Boleh tak ada masalah.

Terus rasa, Ya Allah terima kasih luaskan rezeki anak ku...memang susu ni susu kegemaran Qaiser ilman, setiap kali pi mana pun dia mesti nak minta belikan susu ni...harga asal mau dekat 2 ringgit kot satu kotak kecik ni...

Tengoklah, banyak lagi rupanya...rezeki.


Menjawab pertanyaan rakan Facebook.
  • Expired date pertengahan tahun 2017
  • Ada perisa Original, strawberry, coklat
  • Limit bagi sesetengah kedai 7 E, nasib.
  • Last promosi 5 hari insyaAllah 28 Ogos 16
  • Stok berapa lama? Sekejap ye Qaiser ilman minum, tapi sehari julia bagi sekotak kecil je la...yang lain simpan by day.


Promosi 5 hari 7 Eleven, insyaAllah tamat 28 Ogos 2016
1 karton = 24 kotak susu
2 karton = 48 kotak susu
Total RM48
abaikan 49 tu sebab julia beli roti bun ikan bilis hehehe.

Terima kasih 7 eleven, Dutch Lady Malaysia dan kawan-kawan yang menghebahkan promosi best ni, seronok bila rezeki hari pertama gaji hari ni julia dapat beli 2 karton untuk Qaiser ilman...bagi yang rasa julia ni tamak, alhamdulilah.

Cuba FAHAMI sebentar.
Konsep Welfare dengan Konsep Perniagaan
Terima kasih berfikiran begitu, sebab anda tak tahu perasaan seorang ibu yang mempunyai anak kecil walaupun seorang anak, tetap berusaha untuk dapatkan harga murah. Inilah konsep perniagaan, siapa cepat, dia dapat. Kalau duduk dan berkata nanti orang belakang tak dapat merasa, itu konsep kebajikan, kena faham konsep welfare adalah barang yang kita tak perlu hunting keluarkan duit, itu barulah dinamakan kena ingat orang belakang.

Konsep perniagaan, siapa laju, dia dapat untung, siapa lambat, siapa banyak songeh sangat satu kotak pun tak dapat, tak apa kalau anda pergi ke satu kedai berkata eh bukan terhad ke...cubalah ke kedai lain, mana tahu nasib menyebelahi anda macam julia...satu perkara lagi...

Rezeki anak jangan dipersoalkan...itu Allah dah catat, jika bukan berpihak kepada anda hari ini, Allah sedia rezeki yang lain. Yang penting usaha pergi cari, hunting keluar keringat, bukan duduk dan bebel tak ingat orang belakang, banyakkan membaca kisah perniagaan.

Semakin banyak mengeluh, akan terkebelakang sebab tak berani nak cuba...khas bagi mereka yang berfikiran diatas. Selamat hunting.

16 comments:

  1. Nad pun nak terjah 7e harini..takleh tahan tengok

    ReplyDelete
  2. wah untungya si hero. dapat minum air fav dia. mommy pun untung jugak ye tak. ish kalau bukan dalam pantang dah terjah dah 7e T_T mommynya nak minum

    ReplyDelete
  3. betul tu juju,rezeki Allah nak bg jgn dipersoalkan, tu semua kerja Allah nak tentukan

    ReplyDelete
  4. Ohhh my!! Tak tahan dahhh.. nak pergiii beliii... Murah sangatt

    ReplyDelete
  5. rezeki dpt bli smp 2 karton..mmg promo 7e slalu cpt abis sbb certain org borong byk..certain outlet tk byk...akak pn suka susu dutchlady

    ReplyDelete
  6. kat putrajaya pun sama juju, dorang limit stok.. pernah pergi, stok untuk hari ni dah habis jual...datang esok awal pagi baru kami letak stok baru katanya..huhuu

    ReplyDelete
  7. Nak gi serbu juga lah. Woot woot

    ReplyDelete
  8. husna pernah jumpak 7E mcm tu sebab 7E rajin gak buat promosi..

    ReplyDelete
  9. bagus ini namanya maknya yang untung dan dapat bagi anak-anak merasai minuman kegemaran mereka sepuasnya.

    ReplyDelete
  10. Semalm dah borong 10 kotak..hari ni nak borong lg dengan harapan masih bnyak la air kotak di 7e tu..

    ReplyDelete
  11. wahhh..untung ju..mmg kt cni pun ade limit..satu 7e tu bole beli 3..ade yg bole beli 1pek yg ade 6 tu..kene pegi awal pg mcm ju kot br dpt borong 2 korton trs..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com