FOOD TRUCK PARK Tapak Urban Street Dining Paling Ohsem! | Julia Johari
Booking.com

FOOD TRUCK PARK Tapak Urban Street Dining Paling Ohsem!


Jumaat belah malam tu suami cakap nak bawa julia dan Qaiser ilman try makan kat food truck yang terletak di kawasan sebelah Hotel Corus KL, berdekatan dengan KLCC tau. So julia always say YES kalau tempat yang belum pernah jejak, lagi pun tak pernah beli makanan version by food truck ni, selalu tengok mat salleh omputih je femes kat luar negara amalkan budaya perniagaan food truck, rupanya kat KL ni pun hebat juga ye.

Lepas solat maghrib, terus speed dengan kereta kat sini, dari Gombak ke KL belah malam mujur tak berapa jem sangat, pi waktu hari bekerja nampak tak berapa sesak kat sini...tapi hampir jam 9 malam ke atas perghhhhhhhh berduyun umat Melayu dan pelbagai bangsa ke sini juga ye...

Parking dulu
Melilau cari parking...nak dijadikan rezeki, tak sangka ada plak parking kat dalam Hotel Corus tu, kebetulan, bayar pun tak mahal per entry RM5 je, itu ikut nasib, kalau tak nak cari parking tepi jalan food truck ni masyaAllah bersusun kereta, lagi satu juju tak nampak keliling pulau food truck park ni disediakan parking hmmmmm...pepandai nak hidup.

Terkejut!
Masuk-masuk terus mata terbuntang, wauuuuuuuu meriahnya kat sini, food truck disusun secara bulatan, best lah nak pusing satu-satu tak termiss mana-mana kan...kebanyakkan orang melayu kita berniaga, so jom suppport orang Melayu berniaga kat sini lah port sesuai...


Suami & anak mendahului jalan di depan dari julia, melilau cari meja, julia macam biasa blogger hunter gambar dulu hahaha dia dah faham dan suami memang kenal julia suka kan gambar, terima kasih abang mmmuahh...

Rezeki kedua, jalan punya jalan dengan ramai orang ni kat meja, tetiba suami ternampak satu meja berdekatan food truck ni kosong, perghhh rezeki lagi..orang lalu lalang pun tak perasan ke meja tu kosong....rezeki Qaiser ilman, dapat meja dekat food truck jual air mango...bingo!



Terus julia beratur, haaaaaaaaaaa yang ni paling ohsem, kami anak beranak suka minum air mango, big cup RM5 sahaja, puas hatilah...beli 1 share 3 orang. 

Bihun sup daging + Sup tulang bersama kuih cili kicap dan sejenis pes cili merah, di gaul bersama makan dengan bihun sup perghhhhhhhhhhhhh lagi...dengan dagingnya yang lembut, kuahnya yang sedap sampai rasa ke urat keting puji melambung-lambung tau...serius puas hati makan sini...sedap belaka...harga?

RM7-RM10 lebih kurang gitu satu mangkuk plastik sini...terbaik...portion pun besar kenyang terduduk hahaha

Air Dr Brew dengan Air Big Cup (pink) tu paling menawan hati julia kat sini, Big Cup Pink tu menarik, beli bekas RM5 dan dia top up air tambah RM5 gitu lebih kurang...Qaiser ilman nak air strawberry, sedap betul...bekas tu tahan sejuk weh...owner tu cakap lepas ni datang bawa je bekas ni nanti top up air bayar RM4 aje...okeyyyyyyyyy ni paling menarik!

Antara food truck yang julia sempat snap...kebanyakkan kat sini memang banyak tema western, ada juga menu nasi tu tapi tak banyak lah...so kalau nak makan macam-macam dan tak nak bayar mahal kat sini port sesuai seisi keluarga.

Seronok betul Qaiser ilman, menikmati makanan di Tapak Urban Street Dining ni....

Perut dah kenyang tapi mulut tu gatal nak rasa menu western plak...suami beli chicken chop...sedap ada kuah blackpepper dengan sos cili...layan makan dengan menu sampingan,..harga RM12 gitu kata suami...not bad...banyak tau isi ayam ni...jenuh nak habis kongsi 3 orang.

Konsep makan disini bagaimana?

Self service, dari saat kita beratur nak beli makanan sehingga pilih tempat duduk dan habis menjamu selera di meja dan kawasan sekitar, kita kena pastikan kutip semua bekas dan cawan yang digunakan dan buang ke dalam tong sampah yang disediakan berdekatan anda, selalunya di tengah-tengah food truck park tau banyak tong sampah ada.

Lepas tu ambil tisu lap meja makan tu bersih-bersih, memang budaya disini begitu, sebab kami dapat meja dan bawah meja pun dalam keadaan yang sangat bersih, hebat korang tau, memang hebat sebab julia perhatikan kawasan sekitarnya sangat bersih dan tak berbau asap rokok. Good job!

Sampai sekarang teringat nak tapau air mango RM5 kat sini tau...kena pi lagi lah jawabnya hahaha suami kemaruk nak cuba mango susu plak sama sup tulang yang ohsem tu...perghhhhhhh happening malam tu kami pi...korang bila lagi...jom terjah sesama lagi nak...open table jom!

Landmark Food Truck Park:
Sebelah Hotel Corus KL, berdekatan KLCC

18 comments:

  1. Hari tu pn zaza kita share
    Hari ni juju plak..
    Wajib terjah ni!!!

    ReplyDelete
  2. Hari tu pn zaza kita share
    Hari ni juju plak..
    Wajib terjah ni!!!

    ReplyDelete
  3. Wahh menarik ni konsep mcm ni. Kena pi try lah nanti

    ReplyDelete
  4. mmg tiap2 mlm ke juju...ke utk mlm minggu je??akak pernh try mkn food truck ms pegi event kt karangkraf, menarik...ni tgk juju mkn pn nmpk menarik

    ReplyDelete
  5. Wajib terjah jugak macam ni. Meriah dan macam macam ada !

    ReplyDelete
  6. was there also on the same day.. heeee

    ReplyDelete
  7. best2! belum sempat nak terjah lagi..padahal dekat jer dengan tempat keja.hehe

    ReplyDelete
  8. Fuhhhh. Kalau Fiqqq, istighfar dulu sebab banyak betul gerai makanan. Rambang mata terus. Hahaha

    ReplyDelete
  9. alahaiiiiii..bestnyeee..tp parking la plak masalah..kene gi awal sket kot br senang parking..

    ReplyDelete
  10. tak kisah makan kat mana,janji sedap dan bersih...sekarang ni berniaga menggunakan food truck lgi untung...hehe

    ReplyDelete
  11. food truck ni dah jadi trend kini...ramai yang cari rezeki kat sini.

    ReplyDelete
  12. Sebelum minggu Juju pergi situ sis fah pergi dengan membawa perut yg kosong. Mmg best lah. Bnyk makanan situ.

    ReplyDelete
  13. nyum3... lama jugak rasa tak jmpk kedai lepak gini. nice.

    ReplyDelete
  14. parking ada disediakan. rm2 per entry selepas pukul 6 petang. masuk ikot plaza osk. harap membantu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hasrizal, tq sgt sbb bantu part parking sebab melilau cari parking tak jumpa...tu pun kebetulan hotel tu nak kasi...yey lepas ni kawan2 dan juju boleh parking ikut osk nanti...murahnya. Thanks a lot :)

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com