10 sifat orang mazmumah yang dicela. | Julia Johari
Booking.com

10 sifat orang mazmumah yang dicela.

Kuliah ceramah agama 'Kesempurnaan Ibadah' 19/8/16.
Assalamualikum, hari ni julia berkesempatan menghadiri satu segmen ceramah di pejabat, sambil dengar ceramah sambil menaip info dan butiran di wassup hp dan share kepada suami dan kawan-kawan pejabat. Kini rezeki untuk kalian pula boleh dapatkan tips untuk menghindari dan cuba menjauhi sifat-sifat mazmumah yang dicela oleh Allah.

Terkadang kita terbuat tanpa kita sedari termasuklah diri julia tau, marilah kita ambil keberkatan hari Jumaat hari ini untuk mendalami sedikit pengisian ilmu yang julia catit dibawah.

10 sifat orang mazmumah yang dicela 

  1. Gemar banyak makan banyak minum...boleh makan banyak jangan makan banyak banyak...afdal lebih banyak berlapar...lebih bertafakur (berpuasa hari putih tengah tengah bulan Islam selain mengamalkan hari isnin dan khamis)
  2. Terlampau banyak tidur...(buat tahajud mulai 12 tengahmalam sehingga 3 pagi beri ruang kelapangan ketenangan, apa kita minta semua Allah makbulkan)
  3. Banyak berkata kata yang sia sia. (Cth mengumpat, sikit sikit nak bergaduh, memfitnah, mencela org dan mengaib orang) caranya diam.
  4. Marah. Berpunca dari orang kurang kesabaran. Tak boleh ditegur, ada ciri sombong. (Bagi salam & Senyum itu sedekah)
  5. Hasad dengki, iri hati dan kurang senang yang dikecapi oleh orang lain. (Terhapus nikmat Allah syukur itu) hasad itu boleh memusnahkan kebaikan yang kita telah buat. (Keluarkan hasad dengki itu supaya hidup redha Allah)
  6. Bakhil. Kedekut. Tamak haloba dibenci oleh Allah. (Banyakkan bersedekah)
  7. Takbur. Org yang suka menunjuk nunjuk apa yang dia ada. (Cth kelebihan ilmu tapi x berkongsi ilmu pada org lain)
  8. Bercakap manja manja.
  9. Sifat ujub. Sifat berkait rapat riak & takbur. (Rasa sederhanalah dalam semua perkara)
  10. Kasih akan dunia. (Rasa byk lagi masa didunia) 

Amal dan Buat 3 perkara setiap hari:

  1. Jangan lupa minta syurga (allahumanasalukka..) 
  2. Solat dhuha - sedekah untuk memantapkan ibadah dan digandakan apa sahaja...solat magnet rezeki.
  3. Ibadah muamalah - pakaian beribadah menutup aurat - perhiasan tak berlebih lebihan tabaruj


  • Wanita/ Isteri - Secantik cantik perempuan di dunia perempuan solehah.
  • Lelaki/Suami -menjaga amanah isteri & anak anaknya.

  • Susah doa pada Allah...
  • Senang puji pada Allah...
  • Dengan rahmat Allah...orang yg dicampak neraka tadi akan dimasukkan semula dalam syurga dgn rahmat Allah.


Terima kasih Ustazah Latifah.
Pengisian ilmu agama yang sangat berguna. 
Julia sebarkan.

7 comments:

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com