SEHARIAN BERCUTI VISTANA HOTEL PENANG | Julia Johari
Booking.com

SEHARIAN BERCUTI VISTANA HOTEL PENANG


Last minit...ye last minit selalunya jadi...kalau plan meriah bagai nak rak mula lah sana sini tetiba sibuk, time tu lah telefon suami berdering tak henti-henti...orang kerja sendiri ni sibuk memanjang...satu perangai aku suka dengan laki den, dia suka last minit paksa...jom pi Penang cuti 1 hari semalam...bawak dua helai baju dah...jangan bawak satu lemari...

Huk alohhh...orang lelaki ni leh ar 2 helai...dia tak tau orang pompuan ni berperang dengan perasaan nak bawa baju mana....sekarang ni nak masuk kereta nak pakai baju mana...tudung mana...ehhhhhh kisah plak....hahhaa susah tau jadi pompuan...byk sangat itu ini...okey pengajaran aku dapat...aku dah leh grab 2 helai baju je bawak pi penang...aku yakin 2 helai baju jalan ni aku leh pakai cukup hahahha...kalau tanya hati besar aku mau 4 pasang bawak...mula ar pecah isi perut beg besor tu...

Penang Kami Datang!
Aah aku ada nenek kat Penang...tapi dia pun busy tak ada plak kat rumah...ada kerja kahwin kawan dia...so tak mau ganggu ar kan...len kali la cari nenek...sebab dia tak suka nak ada handphone...dah paksa nak bagi...dia tak mau...so memang aku tak tau dimana dia...makanya kami cam biasa...dalam kereta terus on booking.com...kalau korang dah terbiasa baca travelogue juju sebelum ini memang aku book hotel on the spot hari tu jugak untuk check in....no hal lah...senang!

Nak booking hotel? Cepat KLIK --->>>Booking.com


Harga semalam? 
Hotel Vistana Penang 4 bintang ini hanya bawah RM198.75 je (tertaktuk harga semasa) semalaman untuk Eksekutif Deluxe ...okey kan harga tu, hari Sabtu Ahad tau, tak include breakfast...sebab aku tak mau breakfast kat hotel, nak breakfast kat luar pekena roti canai ke, roti bom ke...haruslah mai penang kena makan puas-puas.
Kata Booking.com
Bilik-bilik luas yang berhawa dingin di sini dilengkapi dengan selesa. Bilik-bilik ini menawarkan pencahayaan hangat, TV satelit dan bilik mandi marmar yang moden. 
Tetamu boleh menggunakan peralatan kecergasan digym, berehat dengan urutan atau sekadar bersantai di kolam renang luaran. Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk dobi dan pusat perniagaan. Kemudahan mesyuarat dan jamuan turut disediakan.

Hotel ini mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pilihan hidangan Asia dan Barat. Bufet sarapan harian turut disediakan. 

Leh ar nak kata murah pun tak gak, nak kata selesa ya sangat selesa dan paling penting aku dapat ketenangan menginap di sini tak sesak...jadi ar kan. Pertama kali duduk sini santai-santai...jauh dari kawasan Bandar Penang...ia dalam kawasan perumahan di Bayan Lepas. 

Takpe suami nak belanja ikut kan aje...kalau ikut aku nak menginap di tengah bandar Penang hiruk pikuk dengan bunyi jem hahaha aku adaa satu wishlist yang aku nak menginap di Bandar Penang...sebab ternampak satu hotel baru di Penang tengah gah naik wehuuuu harap dapat one day tu nanti...

1302 bilik kami...jom rehat-rehat...time ni jam 4 petang...bertolak dari KL jam 11 pagi...apadehal hehe

Deluxe Eksekutif
Ewah-ewah! Melanding sedap abam Qi hahaha.
Kawasan sangat luas, ada penunjuk arah kiblat, awas ada buku Bible...nanti sorok atas almari ye untuk elak anak bermain-main. Hormat agama orang lain juga kan. 

So jom tengok sekitar bilik ni.

King size...empuk gila katil dia, selesa sangat sangat haaaaaaaa....cadar dia fresh gitu...tu sebab tidur hotel banyak bintang ni kepuasan ini yang tak boleh kita cari...mesti syok punya...lena kakak ko berdengkur tido hahaha

Kettle, air mineral dan kopi corner set, peti ais, WiFi laju...

Kemain banyak port charger...meja menulis ni selesa...kalau nak buat entry blog bawa ideapad je...lega!

Haruslah ada serika board...cantik! 

TV dia besar, semua channel ada...haaa dok diam-diam dalam bilik...sat gi kita turun mandi pool.

Bilik air pun besar...ni bilik paling murah tau...kalau duduk mahal sikit macam mana la deko dalam dia kan...


Eh korang, syok mandi shamppo badan dan rambut hotel vistana ni...bau wangi dia wauuuu...memang puji melambung2...sampai ke anak juju pakaikan sabun mandi ni...selesa wangi...huh! Jimat sabun mandi ai tau haha

Jom tengok kemudahan lain di tingkat 2. Nak pi sebarang tingkat kena masukkan kad hotel dalam lif tau...so privacy disitu...tak ada kad tak boleh naik.

Wah besarnya gym & Executive Lounge...kerlass kan...merelip2 juju tengok perabot hotel ni...lawa!

Dah kenapa abam Qi tu berlari-lari jauh meninggalkan umi dia...huhhhhhhhhhh laju nau lari...apa lagi nampak pool lah tu hahha

Cakap banyak sangat...nah setempek muka tuan tanah...lebaq sungguh muka...x muat masuk blog hahaha

Abam Qi paksa juju suruh mandi...ayoyoyoyoooo....kita santai2 je ni...esok pagi lah mandi...punya ar dia jerit2 sabor nak sabor


Keesokkan pagi jam 8 pagi sanggup budak ni bangun pagi nak konker baby pool...memang berkubang lah dia sorang-sorang tanpa gangguan orang lain lagi...

KLIK VIDEO!

Seronok dia! 
By the way untuk pengetahuan korang, aku mandi pakai tracksuit je tau...tak yah baju mandi proper tu...lagi satu tuala mandi disediakan...korang berlenggang kangkung je turun mandi ye...

Hahaha... i dah ada junior blogger cilik...hahaha gelak aku sampai nangis keluaq ayaq mata...tiru tiru tiru titew angat... pastu nak tengok hasil gambar sambil kena puji dia tantik tak gambar dia amik, kalau ko tak puji abam Qi sampai ke sudah la dia amik gambar sampai ko rasa fitam nak hp balik...ko rasa?  hahaha memacam abam Qi korang ni haha

Vistana Hotel
213 Jalan Bukit Gambir
11950 Bukit Jambul

Tunggu gambar Jalan-Jalan Cari Makan di sekitar Penang ye...tunggu!

15 comments:

  1. sronok dpt tdo hotel slalu..qi lg sonok dpt mandi manda pool..ada gaya mewarisi mama tu nk snap gmbr hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh memang selesa nampaknya hotel ni. Nani baru cadang2 nak ke sana hujung tahun ni. Heheh. Boleh lah nginap sini ke nanti. Amboi dik nak ikut jejak umi ke ambik2 gambar. Haha ! Comel je dia :D

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh best nyer Vistana ! Kat KL pun best macam nie gak cuma pool je la tak puas kecik sangat unutk budak.

    ReplyDelete
  4. bestnya tdo hotel . hehehe pandai si Abam Qi nak amek gambar ye. tengok mak dia la ni =p

    ReplyDelete
  5. 'mn tumph kuah kalau tak ke nasi'
    ikut umi dia la tu suka bergambar
    hahahha comel sgt Qi

    ReplyDelete
  6. Wah cantik biliknya, baru ja.. abam nak mandi nak mandi ye. Bestkan quick cuti ni tak risau nak minta cuti :)

    ReplyDelete
  7. kite pn ske plan last minit.. rsa lgi best.. tpi xpnh lgi buat otw nk pegi bru cri hotel juju.. huhu

    ReplyDelete
  8. Selesa sangat sangatttt... Bagus Qi, nanti boleh tolong mommy dia buat kerja nanti..

    ReplyDelete
  9. tidur lena lah dapat katil macam ni

    ReplyDelete
  10. Wahhhh.. Untunglah dapat bercuti di hotel2 mahal

    ReplyDelete
  11. Marvelous tempat die..bila dapat jenjalan macm kak juju

    ReplyDelete
  12. Syoknya juju asik tido hotel ja. X penat ke pegi 1 hari ja.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com