Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata Perdana Menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. 
- BERNAMA


Alhamdulilah RM500 tu banyak erti sangat-sangat. Boleh juju menabung lagi untuk masa depan, syukur kerajaan prihatin, itu sebab jangan berkira waktu kerja lebih masa, lebih dari cukup gaji yang diterima sesuai dengan status anda sebagai penjawat awam...

Bagi yang bekerja swasta pasti atau tidak mesti bos korang ada bagi insentif beberapa bulan bonus atau duit raya kan...at least mesti ada right...kecuali yang bekerja sendiri macam suami juju kena lipat gandakan usaha untuk grab rezeki di bulan Ramadan ni dengan usaha tinggi...itu bezanya dengan orang macam juju makan gaji...cuti pun gaji jalan...kalau keje sendiri tak keje sehari tak ada fulus masuk melainkan ada aset tetap yang boleh disewakan tiap-tiap bulan...boleh lah duduk senang lenang setiap hari kan macam my parents. 

Apa-apa pun ucaplah syukur alhamdulilah, lipat gandakan sedekah di bulan ramadan, banyak hikmah tersembunyi jadi sang pemberi.

Jangan lupa ingat-ingatkan berzakat fitrah ye...buat awal2 sebelum terlupa.