Mid Vally Megamall Kenapa Sweet Sangat Ni ! | Julia Johari
Booking.com

Mid Vally Megamall Kenapa Sweet Sangat Ni !


Semalam, Mid Vally Megamall buat something yang julia rasa sangat sweet buat kami satu keluarga. Ya, Mid Vally Megamall taja makan malam kami di Mini-Mini Cafe bersama Garret Popcorn Strawberry sempena Hari Ibu. Suami sangat bagi galakan sebab dia suka amik gambar mengalahkan blogger. Okey aku dah kalah, sekarang suami amik takhta bab gambar dan aku goyang badan posing sana sini, kena beli kamera dekat dia nanti...soon harap tabung kamera mirrorless cepat lah penuh hikhik...

Lawa kan Mini Mini Cafe tu kan, pertama kali sampai huwaaaaaaa terbuntang mata aku tengok dekorasi cafe ni, kenapa sweet sangat, kenapa lawa sangat, banyak anak patung comel erghhhhhhhhhh geram rasa! 

Tengoklah bunga2 kertas berjuntaian tu, aku rasa macam dating mula2 couple dengan suami dulu2...ekkk ada budak kecik sebelah hahaha Qi lah sapa lagi...sajeee kan tapi kedai ni memang comel, geram tengok...


Landmark dia dekat area GSC tu cafe di tengah2...nanti korang cari ek nombor kedai tu pun dah ada kat atas.

Mid Vally Megamall bagi voucher RM50, banyak kan? Aku ingat mini mini ni macam mini stokis kecik2 je kedai dia jual mini2 burger gitu, rupanya anggapan aku salah, ia sebuah cafe yang sangat comel dan romantik...sesuai untuk semua event...rasa nak sambut birthday suami dan anak plak kat sini omeyyyy!


Apa yang MENARIK!
Jom order...kita kena kira-kira dulu jangan over sangat RM50 tu tau hahaha, menu2 kat sini banyak western dan ada menu Melayu, hooyehh ni part best sebab tak semua orang minat makan western macam tekak juju...suami dan Qi memang tekak Melayu...so sini perfect!

Nampak tak apa kami order?
Western ada, Malay food ada, dessert ada....just nice!
Just bayar tax je 3 hinggit lebih tu okey ar...voucher 100% digunakan dengan cara hemat.

Clam Vongole
Kuah dia sedap, aummm, ni menu julia, tak muak dan best lah portion besar. Nak tengok harga semua kat atas dah snap.

Yong Chow Fried Rice
Suami punya, nasi dia lembut, sambal tumis tu wowww pedas, i like very much! ada kuah tomyam...kuah tu boleh request tau nak kuah lain ada pilihan.

Peanut Butter & Banana Waffle
Ini Qaiser ilman punya....tapiii siapa yang berebut makan? Umi dia lah hahahhaa...aku saje berebut2 nak makan dessert ni dengan Qi, sedappp oooooooooo siap ada aiskrim....mmg first class dessert dia siap ada bintang gitu alololo

 Dah kenyang, terus tebus voucher kedua semalam, padahal tarikh voucher tu sampai hujung Mei 2016, malas lah nak simpan lama2 kang terlupa naya, beratur amik Garret Popcorn Strawberry...ohhh new flavor rupanya...so dapat lah medium size, besar jugak, sedap rasa...tapi aku hadiah je kat suami bagi dia makan, Qi tak pandai makan popcorn ...aku benda manis sangat aku kureng sikit...tangkap anak tengkuk meremang manis2 haha

Total lost sambutan ibu semalam just only RM3 hehe itu pun only tax...yeyy!


Lagi sweet, pihak Mid Vally Megamall bagi hadiah last ni, berupa gambar 4R yang diprint khas dan ucapan yang julia kirim tempoh hari. 

Alolololololo sangat sweet tahap nak cium bangunan Mid Vally hehe, aku claim voucher ni dekat South Counter area, just present je mesej kat handphone, terus customer service tu cakap is it Julia Johari?

Congratulation, Happy Mothers Day Julia Johari....terussss rasa bertuah sangat jadi ibu kat situ hehehehe Thanks Mid Vally! ^____^

11 comments:

  1. sweet la dpt gmbr di print tu skali...sedap tk garret stawberry..flavour br tu..makanan and dessert yummmm

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan... Lima tahun dok KL x pernah pergi mid valley.. Hihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makan... Lima tahun dok KL x pernah pergi mid valley.. Hihi

    ReplyDelete
  4. cantik decoration dia..makanan pun nampak best jue..=D

    ReplyDelete
  5. Harganya memang berpatutan sebab portion besar n tempat pun menarik.

    ReplyDelete
  6. comelnya tempat dia..jeles i tau

    ReplyDelete
  7. Wahh super jeles ni. Hahahah. Lupa nk wish slmt hari ibu utk kak ju. Hugggsss ^_^

    ReplyDelete
  8. wah seronoknya Juju. memang cafe baru ek? dulu tak penah tgk pulak Mini Mini tu. btw seronokla suami Juju suka amek gambo. kalau Cici, Cici lah photographer family. selalu g mana mana tangan Cici yang laju nak amek gambo. yang lain buat derk je T_T kalau tak laju nanti terlepas moment penting. ehhehe

    ReplyDelete
  9. hari tu dh lalu sini. mmg comel giler

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com