Percutian Menarik di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Perak | Julia Johari
Booking.com

Percutian Menarik di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Perak


Bulan Februari 2016 berderet-deret cuti umum dan cuti perayaan, boleh kata setiap Isnin je cuti hampir 3 minggu wowwwwwww. Niat je kata nak duduk rumah, tapi ada je projek last minit nak jadi hahhahaa. Husband julia terus cakap, jom kita gi jalan, pack barang sekarang. Whatttt!!!!!! Huhh aku lemah sangat nak pack barang last minit hahhaha sebab aku tak tahu sebenarnya apa motif hubby nak bawa kita orang ni, layan jelah simpan barang sambil mulut bebel kahkahkahkah.

Pecut ke UTARA...
Aku kabor ke hubby, nak balik kampung nenek ke ni lalu jalan Utara ni, jawab dia tak!...dah tu nak pi mana suh packing 3-4 hari pakai mentang2 cuti umum berderet 4 hari kan (jimat cuti rekod aku hahah). Penat aku packing ke hulu ke hilir...sebenornya malas packing weh renyah, renyah2 pun siap jugak akhirnya.

Dia cakap nak ke Hot Springs Felda Residence Sg. Klah, boleh je dapat rate murah sebab dia kenal dengan geng-geng Felda ni, tapi last minit walk in je datang apa boleh buat kan, hahaha len kali lah nak pi baru booking dengan pejabat Felda senang, leh dapat murah cikit. 

Ini bukan pertama kali aku datang, kira kali kedua sebenarnya, dulu pernah datang teman suami lawat tapak je tapi tak menginap dan langsung tak tengok kawasan hot springs tu, sebab ku punya persepsi dulu cakap alaaa bosan lah tempat ni, tak payah kot booking akan datang aku kabor gitu ke suami 2 tahun lepas rasa...tapi persepsi aku tu meleset sama sekali !!! Rupanya best weh sini, aku rasa nak repeat lagi...eh eh apa yang best haaa pi baca dulu sampai habis...

Pukul 5 Check In ada rezeki lagi ke?

Korang tau kami bertolak dari KL ke Sungkai Perak ni dari jam 3-5 petang tau, so kami walk in tanpa booking. Peliknya nak jadi rezeki kami dapat bilik Deluxe woahhhhh siap King bed dan termasuk breakfast sekali. Dah nama rezeki kan, aku tengok ada ramai yang datang walk in ni bukan kami je, lepas kami check in ada lagi yang datang ke kaunter tanya ada kosong tak, diorang jawab sudah FULL !!!

Fuhhhh nyaris rezeki mengena, len kali tak leh sangat amal cam ni hahahaha, tapi kita orang memang tak suka booking awal sebab suka layan angin kalau kena rezeki ada, tak ada banyak lagi port lain boleh terjah gitu...

Cantik kan suasana sini, hijau je, terus aku lupa pasal Kuala Lumpur sekejap...BYE!

Lobby area, cantiklah, baru lepas hujan ni, tengok deco kawasan lobby ni perghhh ngancam, rasa macam elit style je, padahal dalam kawasan ladang kepala sawit, aku pelik kenapa aku tengok segugusan kelapa sawit kat sini lawa sangat, aku tenung setiap satu pokok, cantik diorang jaga, aku bangga!

Pasal check in, check out last minit aku bagi suami settle hahhahahhaha, next time lah booking dengan kawan suami tu, mudah dan dapat rates anggota Felda.


Cantik suasana lepas hujan, sejuk je, dingin rasa. Banyak pokok keliling arghhhhhhhhhhhh hirup udara segar sangat, pertama kali lihat kawasan penginpaan ni aku terkedu, cantik sungguh!

Bilik 229
Walaupun walk in, bilik Deluxe (King) ni sangat eksklusif, serius sangat EKSKLUSIF ! Kami duduk tingkat 2, so dapat lah tengok view penuh dari atas, kalau duduk bawah okey jugak cuma view nampak kepada batang pokok kelapa sawit la kan hehehhe. 

Perghh! Aku ingat kecik je, rupanya dalam ni luas betul, kalau keluarga besar boleh bawa toto je dengan bantal sebab kawasan depan ni luas betul. Boleh duduk 5-7 orang dalam masa yang sama.


Puas hati lah, bersih dan katil king yang sangat EMPUK, start dari bantal sampai ke cadar tu memang bersih, aircond, lampu dan plug charger pun banyak. Hooyehhh...cuma satu je, kat sini tak ada WiFi. Kalau ada pun mungkin kat lobby je kot. Tapi bagi aku tak jadi masalah, sebab tujuan nak datang sini memang nak kurangkan dari belenggu internet tu, nak relax puas-puas ye dok, kalau tak rugi.



Kami beli permandangan!
Permandangan yang sangat cantik!!!! Lihat Qaiser ilman pun kagum, tak habis-habis tanya pasal pokok-pokok depan hotel ni, hehhehe.



Siaran Jelas
TV siaran astro dia jelas, tu aku pelik tu dok dalam hutan jauh dari kawasan pekan boleh dapat siaran sangat jelas, seronok lah juju layan cerita tengah malam hahhaha. Meja solek tu aku suka sebab comel dan luas.

Ada kettle, ada peti ais, ruang letak baju yang besar, cermin panjang pun besar. Puas hati!

Bathup!
Mai usya bilik air dia, eh aku perhatikan saje nak tengok ada daki tak kat dinding, kemain kan, sebab aku geli kalau hotel ada daki air kat dinding. Kat sini aku perhatikan bersih dan lantai pun sedap di pihak. Paling best tak sangka ada Bathup tau, yeyyyyyyyyyyyyy sangat-sangat relax ni.


Harga berapa?
Nahh tu dia harga dah tercatit, teropong dekat-dekat ye, sekali dengan pas masuk hot spring keesokkan harinya. Bagi aku yang suka percutian bajet, rate tu kira murah lah dengan service yang disediakan. Sekali dengan tiket masuk jimat what...budak-budak bawah 5 tahun FREE je...


Dinner Pasar Malam...
Nak percutian JIMAT?
Pastikan korang booking atau walk in hari SABTU. Di ulangi hari SABTU. Tak kisahlah pastikan hari tu tempuh hari SABTU sebab utamanya ada pasar malam. Aku siap pi temuramah kakak-kakak yang jual kat pasar malam kat dalam kampung tu, dia cakap setiap hari Sabtu je ada pasar malam.

Landmark Pasar Malam?
Korang keluar sikit dari felda residence ni, lalu jalan yang korang datang tadi mesti akan tempuh kampung kan, haaa kat area situ lah pasar malam tu bertapak mesti jumpa punyalah, kami pi dalam pukul 6.30 petang dah siap ada orang jual, paling syok air mango fresh tu murah je, aku tapau 3 bungkus minum puas-puas air manga fresh fuh...macam-macam lah murah plak tu semua tak sampai RM50 pun hahahhaha...makan sampai kembung!


Selamat Pagi Malaysia!
Tidur nyenyak kan semalam, katil empuk kemain, nengok la juju tak sabar dah nak ber hot spring pagi-pagi lepas subuh dah siap nak turun breakfast. Siap berskirt ko mampu nak berhot spring ber skirt bagai? Layan kan aje muslimah tu hahaha jom semua!

hijau, hijau, sejuk, sejuk, aku

Syok morning walk, layan kicauan burung, ungas, dan layan signboard. Kat sini ada private villa tau, kalau korang ada duit lebih, keluarga besar, aku suggest pi booking Private Villa tu, best ooooo...

Meranti Coffee House
Kalau nak breakfast nama tempat tu inilah, meranti coffee house. Kami tiba jam 8 pagi, dah aku terkejutttttttttttttt....ramainya umat Melayu kat sini full house...pukul berapa diorang mangkit tidoq weh hahahahhahha aku ingat family aku yang terawal rupanya jam 8 pagi tu dah full hahhahahhahahhaa

Senyuman menawan suami...
Slumber je suami julia request kat staf cafe ni kami nak breakfast kat meja batu depan coffee house ni hahaha. Tabik spring aku kat suami sebab dia berani cakap gitu, yelah sebesar-besar cafe ni kami keliling FULL beb full...dah le aku tengok orang lain amik makanan berasak-asak, aku tak suka berebut, aku bagi suami je amikkan makanan. Aku dengan Qaiser ilman jaga meja batu hahhaa

Breakfast dia okey ar, nak kata sedap sangat tak lah, just okey leh makan. Jus pun sedap, nasi lemak tu Qi punya, dia memang perut orang Melayu sangat heheh.

Bila orang keluar masuk cafe ni semua perhati je kami breakfast kat meja batu, mesti diorang tertanya-tanya apa kerlassssss sangat ke korang leh breakfast kat luar bagai hahhaha, syok weh breakfast kat meja batu ni, feeling tu meresap sampai ke urat saraf sambil makan pagi tengok suasana mendamaikan, len kali nak makan sini lah lagi. Tapi pastikan lepas makan kutip segala pinggan dan cawan bawa masuk ke dalam. Pastikan meja bersih. Tu je ingat tau.

Hot Spring Time Yeyyyy!!!!!!
Kiri kanan, kiri kanan, kawad pagi ni tau walid dengan Qaiser ilman hihi. Permandangan yang cukup bersih dan cantik, ada kawasan jalan kaki dari penginapan terus ke kawasan hot spring, pakai selipar je tau.

Dekat je, tak sempat peluh jalan dah sampai kawasan kolam air panas, dengar kata leh rebus telur sampai masak huhhh tak sabor nak cerita kat korang...ada video...

Next entry nanti julia selit video ye, syok ye hot spring di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah Perak!!!!

14 comments:

  1. yong baru je pergi sana bulan lepas, tapi tak tidorlah..just singgah sekejap rendam kaki dalam air panas lepas balik dari kenduri kawen adik ipar di felda trolak.. cantiklah view hotel tu ;)

    ReplyDelete
  2. Kakak tengok gambar pun rasa happening betullah Ju
    Lega rasa dpt santai tempat macam ini. Nampak fresh & cool sangat.

    ReplyDelete
  3. aduh dik best nyer!! alahaiii..biler nak pegi sini nih~

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhh dasat ko jue yeak...mmg suke main terjah2 gitu.... kalo akak plak lain mmg kene book dari awal, siap sedia itenerary...ko nampak tak kehidupan aku ni penuh skema haahahahahaah....tapi ape yg pasti akak enjoy bace citer ko...

    not bad laa bilik tu...best...suasana laa win...alam flora gituuuu..tenang jek pagi2 tgk hijau2 bau harum embun..ecewaaaaaahhhhh.... paling syok akak tgk hasil soping pasar malam ko tu...seronok dpt jalan2 pasar malam kat tempat org nieh....dpt tgk menu yg pelik2 yg takde kat tempat kite kan....yg penting murahhhh dan sedap heheheehehe

    ReplyDelete
  5. waaa dah update,welcome to my hometown bestkan,bestkan !!
    kami pergi hot spring tak pernah check-in,pe pulak kata MIL padhal sekangkang kera je rumah MIL
    dah puas berendam perhambat balik..hahah tapi hotel nmpak cantik dan besar kan jue

    ReplyDelete
  6. seronoknya..nanti nak tengok area hotspring plak yer..ehehehe..best baca.

    ReplyDelete
  7. bestnya jue. dulu pernah pergi sekali.lama sangat dah. dekat snagat dgn kampung suami di Teluk Intan

    ReplyDelete
  8. dah lama sangat tak pergi sini, teringin nak rendam kaki dalam kolam air panas tu

    ReplyDelete
  9. Menariknya tempat die..pergh tanpa planning nak pergi..sukanya kita tengok akak jalan2

    ReplyDelete
  10. Nak pegi jugak la nanti. Cam best je

    ReplyDelete
  11. Akhamdulillah da 2 kali pergi sini tp stay kat villa punye. Tp breakfast tetap tmpt sama dgn akak. Untunglaaa mkn atas meja batu. Hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com