Qaiser ilman baru-baru ini time cuti sakan betul nak menan konto, menan konto, menan konto. Punyalah julia dok translate dia punya pelat tu, " Apa Qaiser ilman, mainan kotor, nak mainan kotor buat apa", tetap dia sebut menan konto, menan konto...haishhh dari dapur sehingga dalam kereta pun still aku tak leh dapat tangkap apa yang cuba dia nak sampaikan...nampak kat situ aku fail.

Emmmm nak jadikan cerita lucu, suami pun ada dalam kereta sekali, sebelum tayar bergolek nak amik angin petang, si Qaiser ilman ni dok sebut lagi kat walid, nak menan konto, menan konto.

Aku tanyalah suami, apa yang dia nak sangat menan konto tu, tak paham lah umi....hahhahhahaha korang tau dua orang hero ni sakan gelak aku dalam kereta grrrrrrrrrrrr nak kena laukkan diorang ni tak baik tau hahahhaha

Suami lebih kenal bahasa anak!
Suami aku cakap, menan konto tu Kereta Control lah umiiiii....hahhahahhahaahaha punyalah aku ketawa berdekah2, manalah aku nak tau weh, aku ni kerja kat opis pun banyak betulkan ejaan bahasa tau, so aku jenis lurus sikit pasal bahasa ni, nak bengkok sikit pun dah pening hahhaha demm!

Qaiser pun ketawa perli si umi...walid pun sama hahhahahha aduyaiiii kena lagi bahan, redho jelah 2 hero lawan 1 heroin hehhee.

Pi lah singgah chowkit, pilih punya pilih julia suggest beli kereta control yang kecik so jimat bateri tahan lama main berbanding kereta control besar tapi kena recharge, leceh...so Qi dan walid pun setuju beli yang kecik sesuai dengan tangan Qi yang kecik je nak pegang remote control tu. Harga RM25 je satu set sekali dengan 5 bateri FREE, murah sangat, rezeki Qi beli hasil dari duit dia simpan dalam dompet dia tau...haaa nanti senang nak cerita kisah bagaimana Qaiser ilman menabung duit dalam dompet, usaha berjimat sebelum tuai hasil.



Ligat sungguh! Melompat-lompat dia dapat main sekitar Taman Tasik Titiwangsa....meriah dengan ramai family yang lain seronok!


Budak bertuah ni baru 3 tahun 5 bulan, ramai yang tegur kata tak macam nak 4 tahun, macam 5 ke 6 tahun sebab bentuk badan Qaiser ilman yang berisi dan tinggi dari biasa...apa-apa pun orang cakap, umi dan walid bersyukur sebab dia sihat walafiat, mudah tersentuh kalau umi menangis dia pun nangis sama, julia dapat rasa umur 3 tahun lebih dah boleh rasa apa rasa sedih, apa rasa emosi gembira, dia leh rasa dan dia turut sama merasai....

Dalam rencah bahagia dialami, ada mata-mata yang sangat cemburu dengan kami rupanya selama ini...nanti next entry julia kupas isu ini ye....serius menikam sehingga ke urat saraf....pedihnya sebab kita tak kacau orang langsung !

7 Comments

  1. Ju..sama la kita..bahasa budak2 yang pelat ni, adoiyai nak paham kemain payah..kat rumah, ada sorang anak buah saya umor lebih kurang Qaiser Ilman ni,bercakap pun pelat jugak..selagi apa yang dia ckp tu, kita salah sebut selagi tue la dia duk repeat..kadang pening nak paham apa la yang dia nak..hihi

    ReplyDelete
  2. Tula, ena tgok Qi macam umur 6-7 tahun.. Ensem boy!!! Nanti boleh main menan konto ngn acu ainaa eheks

    ReplyDelete
  3. Qaiser sado, saya pun igt dah 5 tahun...hahaha..
    Menan konto tu mmg elok jgn beli yg besar2, jenuh nak top up bateri...:P

    ReplyDelete
  4. alahai...kite baca memula pun bajet mainan motor.

    ReplyDelete
  5. mainan ni sy suka...nak sgt dpt dr kecik..tp xdpt..xpe...jimat..hiihii

    ReplyDelete
  6. comel je pelat. hehehehhehe...sekali sekala bwk anak berjalan2 main kt luarkan....best tu:)...hehehehhe spending quality time katenyer

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)