Cheesenan Oh Cheesenan Leleh ! | Julia Johari
Booking.com

Cheesenan Oh Cheesenan Leleh !



Waktu petang dan dinner ke atas, aku lebih suka pilihan makanan bukan nasi, sebab bila bangun pagi perut tak rasa kembung sangat, suka pilihan menu berasaskan tepung atau protein, kenyang jugak malah lebih kenyang dari nasi yang hanya kenyang sementara dan kemungkinan akan repeat tengah malam, naya! Cheesenan, bukan setakat ada di RSMY je, berlambak dah sekarang mamak-mamak ye stall jual, tapi popular kat Danau Kota lah, masa kami datang tak ramai pun orang, tapi bila dah letak punggung, kemain rakyat jelata datang dari mana berpusu-pusu masuk konker bermeja-meja.

Macam biasa air favourite my hero, teh o ais dan air teh bunga. 

Masa datang ni, kami suka makan kuah dhal lagi, setiap orang suka kuah lain2 kan, so aku dan family memang kaki dhal, tok sah bawa lah kuah kema ke, kuah rendang ke, bukan tak jalan, kami suka yang simple2, so nak bayar nanti pun tak parok sangat kan hihi

Aku pilih cheesenan biasa, bukan double cheese tu ye, sebab yang biasa je cheesenan pun aku rasa dah banyak dah cheese tu hehehe, lebih2 kang meremang tengkuk susah.

Berkongsi lah kami bertiga, roti nan biasa dengan cheesenan, kuah dhal satu mangkuk.

Gelagat Qaiser ilman, dia ni memang suka makan dhal, sebijik cam umi dia, julia nak kongsi dhal dengan dia ni tau sebab dah nak habis punyalah marah tak bagi kongsi dengan julia wehhh....siap jeritttt umiiiiii ni Qaiser punya! Hahahhahah suami siap perli dengan anak pun nak gado hahahha saje suka nyakat budak bertuah ni gerammm tau tak tengok lah cara dia makan tu


Kami enjoy makan simple-simple cam ni...nanti nak datang lagi 
layan perut kami puas2 hehe.

7 comments:

  1. Kakak bukan rasa nak gigit cheesenan itu aje Ju
    Tapi tengok jejari Qi tu pun kakak rasa macam nak gigit aje - gebus betul:)

    ReplyDelete
  2. ha kalau semua cis, mmng muak/pitam nk bayar, anak-anak suka yg plain je (lega mak..hahah).

    fuh berselera ilman makan...

    ReplyDelete
  3. dapnyaa. tapi kan bukan semua mamak cheesenan nya sedap. ada yg tak rasa pun walaupun dh mintak double cheese. kalau kat RSMY tu memaang thick sangat. yummy yummy. last makan masa peknen anak pertama. la ni tgh peknen anak ketiga. bila lah nak pegi T_T malas nak menunggu meja

    ReplyDelete
  4. Cheese nan kat RSMY tu mmg famous la...wife saya pernah makan...saya tak ada kesempatan lagi...hahaha
    Kuah nan yg hijau tu yg masam2 tu nama apa eh?
    Kalau amik dgn pakej tandoori, lagi mantap...bil pun mantap jugak la...hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nani tak pernah try lagi. Hahaha. Terliur tengok :P

    ReplyDelete
  6. Sedap! Hari tu akak makan yg dkt medan tuanku. Teringat ingat lagi ni

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com