Bestnya Kuala Selangor ada tarikan Eagle Feeding Tour! | Julia Johari
Booking.com

Bestnya Kuala Selangor ada tarikan Eagle Feeding Tour!


Sebut je Eagle Feeding terus teringat Pulau Langkawi betul tak? Sama lah dengan julia, tapi tak sangka masa berjalan sekitar Kuala Selangor ni ada kawasan tarikan tersembunyi di tengah-tengah sungai Kuala Selangor yang menghala ke lautan besar. Cantik bukan kepalang lagi. Nak tahu dimana kawasan ini baca semula entry lepas di SINI. Jelas julia dah cerita detail penginapan hotel bajet ni ada macam-macam aktiviti sampingan macam Paintball, ATV Adventure dan Bicycle Ride dan nak langgan Eagle Feeding Tour pun betul-betul belakang hotel tu je. 

Best ke Eagle Feeding kat Kuala Selangor?
Apa tak bestnya, ada dua trip boleh pilih, nak tengok kelip-kelip waktu malam atau nak tengok banyak burung helang dibagi makan di sungai dalam masa yang sama boleh tengok bermacam jenis burung yang lain seperti burung bangau, burung layang-layang, burung camar, sarang burung, monyet, kalau kena rezeki leh tengok biawak besar dok bertapa atas pokok hehhehe, yang ni paling lucu sebab sepanjang pengalaman julia menaiki bot laju ni ada sekumpulan pelancong dari bot lain kemain bersungguh nak amik gambar dengan biawak atas pokok hahahha sampaikan biawak tu tak lari sebab jinak sangat hari-hari orang dok mai lawat dia kan kahkahkahkah. 

Ala macam kita lah beb, kalau pi Korea ke mana-mana negara kalau ada panda ke ada kanggaroo ke sure kita pun esaited lebih nak ambil gambar dekat-dekat, tapi awas pakai tali hp dan tali utk kamera, kang terjatuh kamera dalam sungai hanyutttt. Jaga-jaga tau sebab bot laju ni MEMANG LAJU!!!!!!

Cantik kan kawasan ni bersih je, aku suka port sini, ada je banyak port lain aku nampak sekitar sungai boleh naik bot laju nak tengok eagle feeding atau kelip-kelip tapi jeti lain aku was-was lah sebab macam tak kukuh je, yang ini selesa sebab aku bawa anak kecik kan.




Harga berapa?
Murah je korang, nampak kan ticket price yang julia snap tu? Tengok yang Malaysian.Dewasa RM25, Kanak-kanak RM15. Murah gila, aku ingat nak naik bot laju ni mahal, dalam otak dah set mesti RM50 sorang ni, sekali tengok ko melompat la aku hehehe yelah pakej kat Langkawi pun satu bot ikut kepala mahal tau, kat sini dia kumpul dulu team sapa-sapa datang untuk 1 bot. Tak payah ikut pakej satu bot, kalau korang datang sorang pun okey just tunggu orang lain beli tiket dan leh terus naik bot dah.



Ada anak kecik?
Kalau anak korang bawah 3 tahun, sila mention ye kat kaunter. Aku mention anak aku baru 3 tahun lebih kena bayar ke? Amoy tu cakap tak payah... haaaa satu bonus untuk Qaiser ilman lagi lah aku suka, jimat banyak dah ni, so aku just bayar 2 x tiket dewasa sahaja. Total RM50 hooreyyyyyyy. 


Tenang je kan jeti ni, aku suka lah permandangan macam ni, redup dan tenang, jeti pun kukuh, sedap sikit aku nak percaya bawa anak kecik naik bot laju tengok burung helang.



Jangan risau, life jacket untuk budak-budak ada tau, dari baby sampai ke dewasa ada life jacket khas, my hero dah pakai life jacket elok-elok, todler pastikan korang pasang tali jacket tu dari bawah bontot ke atas, kalau tak pasang betul-betul life jacket pada budak-budak kalau ada emergency life jacket tu tak dapat apungkan anak kita betul-betul tau, yelah for sure budak-budak akan panik, ingat ye pakaikan jacket budak-budak dengan betul, jangan nak seronok je kita miss bab keselamatan ni, aku particular bab ni, nyawa kot.



Yeyy, group dah cukup, tunggu tak lama pun dalam 5 minit je lepas beli tiket leh naik bot laju dah, ini pengalaman pertama Qaiser ilman naik bot laju, super laju tau. Memang laju, tapi Qaiser ilman ni sikit pun tak takut, lagi berani dari umi dia plak tu, huhhh anak jantan sangat ni hehehe. Good boy! Senang hati umi dengan walid.

Haaa luas tau sungai Kuala Selangor ni, naik plak bot laju fuhhhhh terus rasa macam kami kat Langkawi dah dah, padahal ini Kuala Selangor ye. Feeling tu best gila sebab naik bot laju yang sangat selesa.

Tudiaaaaaa, merecik air hahahhahaha tapi tak basah pun, merecik luar bot je, laju ni tau aku kan gila snap gambar rare-rare ni, janji hp aku genggam kuat-kuat kang melayang nangis aku hehe.

Qi releks je, releks macam nai kereta, umi ye berdebar naik bot laju rasa nak terkeluar jantung dah, kemain driver press bot pelancong ni macam super bot, hahhaha mujur tak tercabut shawl gojes mak tau.

 Sepanjang alur sungai besar Kuala Selangor ni korang boleh lihat di tepi sungai suasana Kompleks LKIM Kuala Selangor. Cantik dan bersih view dari dalam bot.

Start dari sini korang scroll je permandangan yang julia snap ye...sambil pasang lagu hindustan Gerua hahahaha 



Lalu bawah jambatan besar Kuala Selangor.

Pass makanan nak tebar pada burung helang nanti.

Kami dok tonton biawak besor atas pokok hahahhaa, sebenarnya kami dok ketawa kat tourist dok sakan amik gambar biawak weh...kehkehkeh.
Tudiaaaaaa, besar-besar burung helang kat sini, dekat 5-6 ekor haaa dok amik makanan dalam sungai tu perghhhhhh, aku salute tengok kejaguhan eagle, cara dia ambil makanan tu dengan penuh gaya berlainan pula dengan burung layang-layang dan burung camar serta bangau, cara mereka ambil makanan tak berapa menarik perhatian, tapi helang memang aku kagum, itu sebab mereka ni juara di langit. Hebat!


Camar dan helang berebut makanan.



Kamera cap ayam tu sebab lighthing out hahaha takpe asal ada gambar 3 beranak snap sendiri

Ini paling win aku snap, aku tak sangka masa aku nak snap gambar suami ni burung camar ke burung layang-layang lalu secara jemaah. Wowwwwwwwwwwwww! Amazing, terus aku cop gambar ni paling win hehehe

Jom tengok sarang burung bangau, serius aku kagum cam mana burung bangau boleh buat sarang anak dia dok dalam sarang yang hanya ada kayu jarang2...huhhh hebat!

Close up!...ranting semata, nampak tak mama ke papa bangau dok sekodeng kitaorang atas pokok hehehe



Senja berlabuh, mau dekat 40 minit dok layan helang tadi tau, macam-macam jenis burung selain helang dapat tengok, puas hati, ni pusing balik nampak permandangan bot-bot nelayan.


 Allahuakbar, lihat ni, permandangan sunset yang sangat cantik, aku tak sangka kami semua dapat lihat senja berlabuh begitu cantik sekali, lama aku istigfar, cantik kejadian mu Ya Allah!


Paling win, sempurna!
Bertabahlah muka aku je banyak hahahaha.

Lengkap 1 jam join Eagle Feeding Tour, aku puas hati sampai bontot pun sakit dok layan ombak sungai yang kuat fuhhh, puas hati beb, suami julia puji ke langit hehe. 
Nampak tak bumbung depan tu lah hotel bajet kami duduk. Dekat je.

Kenangan, nanti mai lagi nak tengok kelip-kelip plak time tu Qaiser ilman dah besar sikit, yelah nak tengok malam-malam kan takut gak budak kecik.

Terus kami naik lif tingkat 4, haaaaa leh nampak view ni.


Sunset tepat jam 7 petang, cantik sangat sunset manja berlabuh ni.



Esok pagi jam 8, pagi-pagi dah menapak tingkat 4, nak tengok cuaca pagi kat atas hehe, sinilah kawasan leh tengok view sunset tu best weh!


Hehehe Qaiser ilman suka tanglung, siap minta umi amik gambar dia amboiiiii sangat ni hahhaha


Nak rasa lagi feel, pasang earphone sekarang klik video kat bawah, mesti korang rasa korang dalam bot laju dah sekarang hooreyyyyyyy FREE percutian alam maya julia belanja korang tau hehehe

Kenangan tak bisa dilupakan oleh kami sekeluarga, bestnya short vacay di Kuala Selangor, tak payah pening-pening nak cari sunset ke sini semua leh dapat ketenangan yang aku nak overload happiness yipppiii korang pi tau, bawak family ramai2. Bye!


16 comments:

  1. julia dalam bot macam dekat langkawi pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea, kan sebijik macam kat Langkawi, hehehhe tapi ni versi sangat jimat banyak permandangan boleh dapat fuhhh puas hati! Balik hotel tersenyum sambil mandi hahahhaha

      Delete
  2. wah bestnya..bijak Julia spend time cuti ngan keluarga..memang kena cari percutian murah macam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA, nanti pi tau kalau ada masa dekat je, bawa dania mesti dia happy nanti

      Delete
  3. Wahhh menarik. Lepas ni tak payah ke Langkawi dah, dekat Selangor pun ada. Harga pun berpatutan :)

    ReplyDelete
  4. best nyerrrr tapi takut naik bot laju!

    ReplyDelete
  5. wahhh... ni lah tempat yg saya suka... teringin nak gi tempat mcmni... thanks bagi info... kat area situ ada hotel2? tak? bestnyerrrr.... yg kelip2 tu area situ jugak ke?

    ReplyDelete
  6. tgk eagle feeding tu dh mcm kt langkawi...slalu org p kuala sgor p tgk kelip kelip je tau

    ReplyDelete
  7. Wah dah semakin membangun Kuala Selangor ..
    Dulu akak pergi tempat klip-klip masih semak samun..
    dekat 17 tahun yg lalu kot..
    Bila tengok pic Julia ni..
    Teruja akak nak pergi lagi bawa anak2..
    Biar dia orang explore sikit alam semulajadi :)

    ReplyDelete
  8. akhirnya tenkiu kak ju..
    nti nk tunjuk dkt ayh rania. hope dia setuju.. hikhiks :)

    ReplyDelete
  9. Orang kuala selangor dah tak payah pi langkawi la kalau macam ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Perghh...!
    Kalau akak la yang naik bot laju macam ni, mau menggigil tangan pegang enpon.. ahaha...

    ReplyDelete
  11. bestnya! kalau bawak si kembar ni mesti depa excited. Okeh nak plan next holiday pi situ ja hehe

    ReplyDelete
  12. senang kan..... kt selangor pun ade eagle feediong...x payah p tmpt jauh2. :)......boleh terjah ni next time. dekatttt jer

    ReplyDelete
  13. bestnyeee..ook la dpt becuti mcm ni ju..dekat pun dekat..xyah kuar duit byk..
    *ju....xnmpk pun biawak tu..cer zoom sket xpun wat arrow ke..xpuas ati plak..nk tgk jgk cmne biawak besar bertenggek tu..hihi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com