Apa Yang Menarik di Restoren Kari Kambing 40 Hari ! | Julia Johari
Booking.com

Apa Yang Menarik di Restoren Kari Kambing 40 Hari !


Sebulan sudah berlalu, scroll dalam telefon, baru teringat entry pekena lauk kambing belum up lagi. Pagi-pagi up entry makan memang mengundang perut berbunyi lagu salsa, sekejap dangdut, sekejap lagi rock haha. Kebetulan, julia suka menemani suami outstation kerja jauh-jauh di Johor tika ini selepas habis meeting di Desaru, suami pecut ke Yong Peng Johor Bahru. 

Kata Suami...
Dah lama nak bawa julia nak makan kat sini, kebetulan juga dalam masa yang sama pakcik suami Cikli pun ikut sama, mereka berdua kan selalu travel kerja, so memang diorang rekemen restoren ini kalau nak makan kari kambing yang marvelos.


Tak Tahu Ke...
Korang tak tahu ke julia bukannya pengemar kambing, sebab ada kes makan kambing je seminggu sakit badan. Pelik nak salahkan daging kambing ke atau aku je psiko diri jadi gitu. 

Okeylah aku cakap dalam diri, tibai je kali ini dah diorang cakap sedap sangat kan, masa sampai ni betul-betul jam 3.30 petang. Bayangkan kedai ni buka di waktu pagi sehingga jam 3 petang sahaja. DIULANGI sehingga 3 PETANG SAHAJA!!!

Rezeki orang jauh...
Orang kata, kalau dah rezeki nak dapat, pasti akan dapat, cikli yang peramah tu terus pi try tanya kat pekerja kedai makan tu tau, ada tak lebih kari kambing dengan nasi untuk 2 orang makan. Staff situ cakap ada, rezeki korang sangat ni. 

2 set menu kari kambing 40 hari, 1 set menu kari & ayam stim. 

Terus terang julia cakap ni, bau kari pekat likat tu memang meremang bulu roma. Yelah dari tak nak makan, mesti akan kena makan! Itu baru bau, bila rasa pulak, mulut aku ni tak habis-habis lah puji SEDAPNYAAAAAAAAAAAAAA....SEDAPPNYAAAAAAAAAAAA.....ya memang sedap. Aku puji ni sebab lidah terus bagi isyarat kat otak kata memang sedap sungguh. Kalau korang kata tak sedap terpulang, badan masing2 tak sama.


Tengok Lauk Kari Kambing 40 hari ni...aku pelik kenapa nama dia 40 hari. Hahahhahah tak kan lah buat kari ni kena peram 40 hari kan...takkan, diorang cakap lepas makan bau kari kambing kat tangan tu basuh dengan sabun pun tetap akan bau lagi tau, tu yang kata 40 hari kot. Memang ye pun, sampai balik KL pun bau kair tu melekat!!!!!! Pastu rindu nak makan lagi hahhaha


Lepas buat kerja masing-masing, nampak sangat diorang berdua ni lapar betul, kuah kari kambing tu memang display banyak macam ni, puas makan, harga pun tak mahal tau. Berbaloi la datang sini, kalau tak makan kambing boleh order ayam stim dia tu sedap betul rasa.

Tu lah cakap tak mau makan kari kambing takut sakit itu inilah, tengokkkk lah weh dia punya pulun, sampai orang belakang pun makan ko tak toleh toleh dah...mestilah fokus kan...lauk rezeki ni datang paling lewat, orang nak tup kedai dah ko suh buka balik, ko rasa hahhahahha.

Apa Yang Menarik?
Nasi dia panjang oooo, tak muak sungguh! Aku pelik pasaipa kena letak nasi banyak betul dalam pinggan, rupanya memang licin habis nasi tu tak rasa muak bila di gaul mesra dengan kari kambing gelap tu, rempah yang diadun dalam kari tu aku rasa WIN sangat2, memang rempah dia terbaik!!! Kawasan makan dan parking luas sangat sini, kalau lalu kat hiway ayer hitam johor bahru mesti nampak restoren ni di tepi jalan je, datang tau, aku rekemen sangat ni.



Kalau nak makan dalam dulang ramai-ramai leh request dok depan ni, syok jugak kan.


Lepas makan kari kambing tu, tersenyum je balik KL terus, balik KL pelik dok tanya-tanya husband, eh kenapa macam tak rasa pening kepala ke sakit badan ke lepas makan kambing ek...suami tersenyum....tu psiko je tu, dah pas ni kena percaya diri. Kambing tak salah, yang salah tu sebab tak percaya kat kambing hahhahahhahahahhahhhahhaha.

Nak alamat, tu haa kat atas julia dah bagi sekali, pi la cuba, memang awal pagi dah bukak kedai oooo...7.30am-3.00 ptg sahaja. Tapi kalau terlajak lewat petang sampai cam kami cuba berani tanya tau, mana tau ada rezeki macam kami jam 4 petang sampai pun tetap boleh makan. 

Nanti free nak update kisah ambil angin di Pantai Desaru....bye!

18 comments:

  1. akak mmg pencinta kambing...nmpk sedap ni juju tp kt johor plak ye...br je bc ada blogger p mkn sini gk...

    ReplyDelete
  2. Haritu balik Batu Phat keluar Pagoh. Nampak restoran ini tepi jalan. Memang ramai orang. Nak cuba juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Aaaaaa...sedap nyerrr teringt sama menganga nak makan!! aduyaiiii~

    ReplyDelete
  4. perghhhhhhhhhhhhhhh betul2 dogaaan dan cabaran ko bagi akak pagi ni jue oiii....akak puase nie...telan2 ayaqliuq tgkkkk hahhaahaha

    nasi die nampak menarik....kambing jgn ckp, akak mmg hantu kambing...asalkan masak berase mmg daku balun secukupnyer....

    ReplyDelete
  5. betul2 menyentap kalbu tengok gambar nasi + kambing tu
    tengok Juju bukak mulut kemain besau dalam gambar tu pun buat sis meleleh ailio.. ahahhaha

    ReplyDelete
  6. Adoi sedap kambing julia, kenapa sakit badan, kalau bole detect kerana permakanan tu bagus tu. pandai cari tempat makan sedap2 sempat pula dengan anak kecik tu :))

    ReplyDelete
  7. ini kalau basuh tangan pun bau kari kambing lekat lagi... nampak sangat sedap tu juju

    ReplyDelete
  8. Aduh duhh duhh. Lepas ni Nani pulak nampaknyaa termimpi mimpi nak makan dekat sini. Hahaha. Sedapnya kak !

    ReplyDelete
  9. Pagi-pagi nampak entry bergambar makanan best macam ni memang berbunyi perut.
    Teringin pulak nampak.

    Jemput singgah: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Perghhhh akak tengok pun dah terliur Julia..
    Memang nampak sedap tu..
    Laju jer menyuap ke mulut ye Julia..
    Rezeki tu Allah yg tentu kan ye Julia..
    Alhamdulillah ada rezeki korang hari tu..
    Kalau datang time nya.. tak rezeki tak dapat juga kan..

    ReplyDelete
  11. kali ni balik JB kena singgah gak le..duk nampak aje ni..aishh

    ReplyDelete
  12. sedappnyaa..padahal dekat je dgn rumah kat kampung..tapi xdan nak pegi.. huhu

    ReplyDelete
  13. ish...ni husband kompem suka ni tau julia...alahai...
    akk tgk ni nangis gigil nak rasa...hadusss...

    ReplyDelete
  14. Jauh la plak bak merasa kari kambing tum..sedapnya

    ReplyDelete
  15. memang selalu lalu tempat ni.

    tapi lom lagi dapat berhenti lagi. hehe

    ReplyDelete
  16. cik abe kita mmg suka kambing ni, pntang tnjuk tmpat comfirm ajak pergi..
    pengsan !!

    ReplyDelete
  17. Kusss semangat. Jauhnyee di johor. Ingt area kl. Klu x bole terjah

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com