Singgah Makan Sedap dan Murah Johor Bahru di Restoran Sayam | Julia Johari
Booking.com

Singgah Makan Sedap dan Murah Johor Bahru di Restoran Sayam



Orang yang menetap di Johor pasti kenal restoren ni kan. Kebetulan julia dan sefamily bercuti ke Singapura tempoh hari selama 2 hari ulang alik masuk Singapura, selalu tiap2 malam baru balik dari Singapura. Berjalan penat seharian kaki sampai nak tercabut, apatah lagi perut berdondang sayang minta di isi, mata masih terbuntang sebab kelaparan maka Cikli suggest makan di sini. Dia kan senior tour guide, pasti tahu kedai yang selalu dikunjungi. 

Restoran ni ada banyak cawangan tau, so kat sini aku nak citer aku pi dua tempat makan restoran sama tapi kawasan berbeza, satu di Stulang, satu lagi di Tampoi...amboiiiiiiiii JJCM sangat hahaha.



Cara Nak Pi Makan Sini.
Kawasan ni berada di Stulang, alah kalau korang nak senang cari Berjaya Waterfront JB haaa dekat area tu je kedai ni bertapa. Mata aku terbuntang tengok deretan kedai makan kat sini. Ramai yer orang walaupun jam dah pukul 12 tengah malam. Macam pesta makan tengahari haaaaaaa ko. Hahaha kalau ramai sure sedap. Jom kita tengok menu.

Murah sangat menu pakej ni, dan menu yang datang sekejap je, tak sempat panas bontot haaaaaaa mai dah makanan, laju servis.

Muka sang penulis yang selebet gilaaaaa, penat tau balik dari Singapura pi Marina Bay seharian tengah malam naik bas berlambak stesen dalam Singapura nak kena berhenti adoiyaiiii kata jalan kan haaaaaaa amik kooo...budak ni pun lapar...ko tengok belakang aku tu ramai orang weh perghhhhhhh
Suami dan Cikli nampak sangat dah lapar, haaaaa tengok masing2 fokus ngadap lauk yang sangat sedap, best lah ikan tu besar sungguh, puas hati makan bayar murah. Patut pun ramai orang.




























Aku nak puji tomyam campur dia pekat dan sedap, memang power pedas dia tu haishhh berasap makan hahaha






Siakap tiga rasa ni memang win, taburan nenas dan bahan lain serta ikan yer sangat fresh dan ranggup buat mulut tak putus2 puji.
Rekemen sangat kat korang datang makan sini sebab dekat dalam bandar JB. 
Best lah. Restoren bersih dan layanan laju betul wpun ramai orang.

RESTOREN SAYAM
 Jalan Stulang Laut, Taman Stulang, 
80300 Johor Bahru, 
Johor, Malaysia



Hari kedua balik dari Singapura hari terakhir tu kami balik awal, so leh releks kt hotel tunggu malam hari baru singgah di Tampoi Johor. Nak ke sini dekat yang amat juga sebenarnya...kat sini lagiiiiiiiiii best, orang ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sungguh, kereta parking pun berlambak2...semua makan malam. Masa kami sampai meja full house, tapi jangan risau ada je yang dah selesai makan bangun.




Kami order menu ni semua. 4 orang makan. 42 je gilaaa menangis murah...ni restoren kedua aku makan tapi kawasan taman berlainan...ramai org tapi servis A++++++++ lajuuuu gila siap. Terkojotttt den...siap tegur adik angkat menu ni cakap lajuuu gila korang masak tak sempat nak marah sampai hahahha.


Somtam ni best, sedap!

Sup tulang...lembut je daging dia fresh 

Tomyam ayam putih, best kuah dan ayam memang banyak tak larat makan.

Sotong celup tepung ranggup dan kuantiti banyak

Kuewtiaw ladna dia memang banyak sayur, kuewtiaw sikit bijak, sebab kalau banyak nanti makan lemau, so bila buh kuewtiaw sikit letak sayur dan seafood banyak jadi sedap nak makan yeyyyyyyy

My happy small family.

RESTORAN SAYAM 3
01-01 block 13, Jalan Kenanga,
Taman Kenanga Tampoi,
81200, Johor Bahru, Malaysia

Persamaan, tiap kali makan mesti bagi bekas nasi macam makan kat rumah, senang nak tambah nasi sendiri ini julia paling suka, tak tak best tu tak de plak nak komen sebab dah best hahaha

Aku cukup puas hati cakap, dua restoran nama sama ni memang best dan murah, rasa berbaloi makan bayar murah tapi dapat banyak makan sampai senak perut hahahhaha, nanti korang plak terjah bye.

9 comments:

  1. Perghhh meriahnyaaa makanannyaa.. ena mai sana tempoh hari sokmo jumpa kedai tak best! Sabo jelah

    ReplyDelete
  2. murah betul setnya.siap ikan,ayam,sotong,tomyam..memang murahlah julia

    ReplyDelete
  3. servis bagus pasti ramai suka..jgn jadi macam saya selalu jer keciwa bila masuk restoran yg gah tapi servis lambat ! kuewtiow ladna tu nampak best !

    ReplyDelete
  4. wahhhhh...bestnyeee jalan2 cari makan..sume nmpk sedap..

    ReplyDelete
  5. mak aihh banyak gile laukkk.

    sodapppnyoooo

    ReplyDelete
  6. selalu sangat lalu lalang...singgah tak juga..hehe

    ReplyDelete
  7. perghhhhhh saja la buat kita lapar kan huuhuu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com