CustomFit by Fitness First Memudahkan Senaman Di Mana Sahaja Dengan Hanya Satu App. | Julia Johari
Booking.com

CustomFit by Fitness First Memudahkan Senaman Di Mana Sahaja Dengan Hanya Satu App.


Let's workout ! Pasti ramai di antara kita yang bersemangat nak bersenam dan ada kalanya malas nak teruskan disebabkan tak nampak pencapaian kita sebelum dan selepas bersenam. Betulkan? Yes, julia pun alami perkara yang sama. Terkadang kita terfikir, nak bersenam kena pergi gym, kena ada jurulatih, kena beli CD workout, dan macam-macam yang kita fikir hanya kerana nak bersenam sahaja. 

Pening kan, tapi sekarang jangan risau lagi. Semakin mudah betul julia rasa nak workout, kini Fitness First memperkenalkan satu aplikasi App mudah dan efisien yang boleh di download melalui handphone. Selain itu, anda sendiri boleh melihat pelbagai jenis senaman melalui puluhan video secara percuma, menyimpan data jenis senaman yang anda sudah lalui, dan bermacam lagi.

CustomFit by Fitness First App
Sebelum nak workout dimana sahaja, mula Download App di Play Store & iOS handphone masing-masing, Taip 'CustomFit' . Lepas tu senang je ikut arahan selanjutnya untuk sign up kemudian korang boleh terus work out mengikut jenis work out yang anda nak buat. Dalam masa yang sama korang boleh workout sambil menonton video workout yang sedia ada di paparkan didalam app berkenaan. Wowww, tanpa perlu buang masa dan jimat duit, anda boleh bersenam di mana sahaja dengan bantuan jurulatih kecil ini.

Mari lihat cara nak download app ini dengan lebih lanjut. 


Kelebihan CustomFit App
  • Memotivasikan diri untuk bersenam lebih kerap dan teratur - benar, dengan app CustomFit akan direkodkan pencapaian kita dalam aktiviti bersenam. 
  • Rahsia bersenam hanya kita dan app sahaja yang tahu - yes, kita ada app yang boleh simpan rahsia aktiviti bersenam kita, berapa kalori dah dibakar dan sebagainya.
  • 800 contoh jenis senaman disertakan bersekali video - menarik! ada tutorial 800 jenis senaman yang boleh kita ikuti dan ada video, kini tak perlu beli CD senaman lagi yeyyy. 
  • Kurangkan berat badan dengan lebih menyeronokkan - ya, ramai dikalangan kita mengeluh tak ada masa dan tak cukup pelaburan nak ke gym, tapi dengan 1 app CustomFit semua masalah anda ditangani dengan praktikal sekali. 
  • Jadual workout tersimpan rapi - ada sistem rekod yang kita boleh simpan dan dicapai bila-bila masa sahaja. Tak perlu risau akan terlupa bila kita burn kalori dan buat senaman, dengan hanya 1 touch semua direkod dengan capaian ringkas dan padat . 
  • Boleh mereka pelan senaman sendiri dan berkongsi jenis senaman yang bersesuaian dengan orang lain.
CustomFit App
Nak lagi bersemangat nak lose weight, nak increase muscle, nak lagi berkeyakinan mari lihat dan dengar video introduction yang disampaikan oleh Trainer popular dalam Rancangan Fit for Fashion Mitch Chilson.

Video Klik: 

Beliau memang sangat berkeyakinan dan kata-kata yang julia ingat sehingga hari ini dari beliau ialah peluang kita ini seluas lautan, jika hari ini kita tak bersenam jangan rasa terlalu rendah diri, ada banyak lagi hari yang anda boleh mulakan dengan  menggunakan aplikasi CustomFit.

Kata-kata semangat dari Mitch Chilson.

“You should plan to workout every day, so if you miss one or two days you’d still have worked out five days that week.”


Bagaimana Nak Install CustomFit App?

Play Store search CustomFit kemudian install.

Klik Start.

Sign up atau login guna Fb pun boleh.

Connect Goggle Fit

Klik start

Disini korang boleh pilih nak senaman jenis apa, julia pilih basic.
Kalau masih baru macam julia, leh pilih leaner.

Nak workout tanpa peralatan pun boleh, so klik no equipment
Pilih nak senam berapa minit, okey jom cuba 15 min dulu

Ruangan ini kena pilih jenis video mana nak cuba, caranya...

Klik tanda [:] kemudian klik watch video
Video ni pendek je, kita ikut cara contoh senaman yang dipaparkan dengan kiraan jam secara automatik.

Bila dah habiskan masa yang anda pilih, kat sini kita boleh lihat keputusan kalori yang dibakar.

Mudahkan! Kalau nak ke dashboard dan ulang semula senaman boleh pilih dari direktori yang disediakan.

Lihat contoh diatas Julia sendiri menggunakan aplikasi CustomFit, anda boleh nampak jumlah masa, intensity, skill dan kalori yang telah dibakar dengan melakukan jenis senaman yang anda pilih dari beratus jenis senaman yang disediakan. Menarik bukan?


Fit for Fashion
Dari mana julia dapat info aplikasi terbaru CustomFit? 
Di media conference di Fitness First The Curve Damansara. 

Disini julia dapati banyak rupanya kelebihan CustomFit App yang anda boleh perolehi selain dapat mengekalkan lifestyle cara hidup yang sihat. 

Sumber gambar: Deena, the Malaysian contestant for Season 2, and next to her, Hema from Season 1

 Sumber gambar: Fitness First Malaysia

Media yang terlibat dari pelbagai rangkaian antaranya blogger, pemberita, magazine editor dan banyak lagi. 

Rakan media: Ben Ashaari, Cik Afikah dari North Point dan Miss Eunice dari Person Edge.
Okey tiba masanya untuk cabar diri anda sendiri untuk workout at least 1 minggu 3 kali sehari, trainer berkata lagi bagus hari-hari selama 30 minit sahaja. Carilah masa sibuk anda, dalam kesibukan ada peluang yang kita boleh miliki untuk bersenam. 

Info lanjut boleh layari website seperti berikut....
Happy Workout with Custom Fit App!


22 comments:

  1. tk brp rajin nk bersenam hehe...rajin mkn ada lah..camne bdn nk fit kn...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nanti boleh try di rumah guna apps ni sis, very interesting

      Delete
  2. wow... menarik apps ni... sgt membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lan careno, ada short video yang kita boleh ikut dan apps ni akan buat kiraan masa jumlah senaman kita pilih

      Delete
  3. biase buat lepas solat..huahuah..sebab biase solat sensorg tanpa gangguan!

    ReplyDelete
  4. boleh cuba download apps ni.. mana tau lebih rajin lg n workout dgn cara betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pcl, julia dah cuba mmg seronok lah...byk plak tu contoh senaman ringkas

      Delete
  5. dkna pun nak workout jugak, last week ada senamrobik kat opis...semput..hahaha.. tiba2 rasa dah tua, kena cari stamina ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha dkna yg kurus pun kata semput, apatah lagi julia yang comel sgt ni hehehehe jom workout dkna hehehe

      Delete
  6. suka mitch tu. hensem. huk huk. tengok dia sejak fit for fashion 1 lg. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, julia pun suka mitch tu...julia jumpa dia live mmg fit sunggguhhhhhhhhh!

      Delete
  7. Replies
    1. zarul...donlod kat apps store ye...

      Delete
    2. kena tggu tukar anset baru nnt..hihi anset ni xlart dh..

      Delete
  8. dah pernah cuba dlu.
    mmg snang aplikasi ni.
    workout di umah dh ckup.
    kena start balik ni

    ReplyDelete
  9. Kalau akak pun, akan pilih basic dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe sama kak nani, julia pun cuba basic dulu hehe

      Delete
  10. Mcm menarik ni.. Lelaju nak p install :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yien, best tau, boleh workout senyap2 dlm rumah dan dimana sahaja.

      Delete
  11. wowww menarik! nak install gak la ... nak try workout kat rumah je pasni :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com