Tudiaa aihh roti canai pesen apa ni ceq oi? Haaa inilah Roti Canai Hawai paling rare di Restoren Warisan Ayah 3Q yang terletak di Selayang Height Selangor. Nak makan pagi sampai ke malam jangan risau, restoren ini ada menyediakan 31 jenis roti canai yang memungkinkan anda tak dapat tidur siang dan malam hahaha. Banyak sungguh kan, sat lagi julia tunjuk banyak gambar kat bawah jangan risau, pasti buat perut anda berkeroncong kembali yeah!

Sarapan, Tengahari dan Makan Malam di Warisan Ayah 3Qs
Satu restoren saji semua hidangan, istimewanya disini tentulah makanan roti canai yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Ramai pelajar-pelajar mengunjungi kedai ini untuk menikmati makanan dengan harga khas untuk pelajar. 

Nak ke sini mudah sahaja, pastikan anda sampai ke Kolej Komuniti Selayang, naik atas bukit sikit terus belok kiri nampak deretan kedai baru dibina, jalan depan sikit haaa nampak dah restoren warisan ayah 3Q ini.

Anda mesti terfikir, apakah menu-menu yang disajikan disini, haaa jom scroll lagi dan nikmati pesona dekorasi minimalis yang cantik di kedai ini.

Unik setiap dinding ada dipaparkan Loghat Negeri, syok sambil makan sambil layan loghat-loghat yang jarang kita ketahui langsung, hahahha lapaq ayaq !

31 Roti Canai
Tak percaya???
Percayalah ada 31 jenis roti canai di Warisan Ayah 3Q, fuhhhhhhhhh harga pun berbaloi dengan potion hidangan yang sangat besar. Ada harga pelajar dan harga pelanggan biasa, beza pun tak banyak mana, still murah tau. 

Jom julia nak selongkar beberapa roti canai paling favourite disini, sila lap air liur korang tu ye, setiap gambar pasti buat anda menangisssssssssss kelaparan!

Beratuq panjang !
Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari nak testing semua roti canai disini, haishhhhhhhhh berbunyi dah perut

Model Roti Canai hahahha ada berani nak cuba menu rare ni silalah datang ke sini, bau pun dah semerbak harum.

ROTI CANAI HAWAI
RM4.80
Pertama kali melihat roti canai hawai ini terfikir, nak kata murtabak pun ada ni, siap ada deko mayonis spiderman atas roti ni, ada kuah kari dan sos cili di tepi, makin tertanya apa yang ada didalam.

Tebal bukan sebarang tebal, tebal tebal ada kepingan sosej besar, telur cincang dan ramuan khas yang membuat roti ini sekali hadap boleh kenyang sampai ke malam. Jika anda tak tahu nak makan apa, julia rekemen cubalah Roti Hawai disini, boleh makan kongsi untuk 2 orang sebab sangat besar isi padunya. Harga? Murah dan berbaloi !

ROTI CANAI JEPUN
RM3.80
(SUSU + TELUR + CHEESE + PLANTA)

Ranggup rasa roti ni, anak julia suka makan, rasa cheese gabungan telur susu dan planta tu tak muak pun dimakan, yummmyyyyyyy....


ROTI CANAI SALAD
RM3.80

Diet ? Jenis makan vege sahaja ?
Jangan risau still boleh makan roti canai yang penuh salad sos di dalamnya. Berkhasiat dan tidak mengemukkan.

Beginilah hari-hari abang ni buat order 31 jenis roti canai.

Anak julia memang suka makan roti canai, dia lah paling tak sabar nak review hahahha, bila ditanya Qaiser ilman sedap tak makan roti canai jepun?

Sedap umi !

Makan Tengahari dan Makan Malam
Disini juga anda boleh nikmati pelbagai menu ala carte, sedap-sedap dan memang memenuhi citarasa. 

Anda suka pedas? Yes, disini memang portnya, kalau tak berapa gemar pedas, info awal2 no hal.

Siakap Stim Halia
Wow, ikan siakap yang sangat lembut, dan di masak tak terlalu lama menyebabkan ikan ni sangat fresh. Adunan ke semua bahannya membuatkan lidah tak serik nak makan lagi, nikmat sungguh hirup kuah ikan siakap stim ni, besar plak tu ikan. Dalam 4 orang dewasa makan ni memadai order 1 pinggan macam ni.

 Kerapu 3 Rasa
Keranggupan isi ikan kerapu dengan gabungan 3 rasa yang tak terlalu pedas sesuai dinikmati untuk anak-anak, sosnya mewah rasa masam manis.

Kerapu Phak Phu Nenas
Cili padi bertaburan, amboiiii kerapu phak phu nenas ni glamer you ols...ada rempah ratus rahsia untuk menyediakan menu ini, bauan limau purut bersama ikan ni makin bertambah nak ratah lauk je hehhe

Kerabu Ikan Bilis
Paling suka!
Wajib order!


Kailan Ikan Masin

Tomyam Campur

Ayam Goreng Berempah

Aneka Minuman

Air Kelapa Janda Pulang
Wowwwwww, nama air ni pun unik, air kelapa janda pulang ini di mixkan dengan air gula merah, sedap sangat air ni, hilang rasa pedas dan dahaga semasa menikmati pelbagai menu petang sehingga ke malam.

Apa lagi jom makan puas-puas, berderet haaa lauk, tak tau dah mana satu nak makan hehhee

Pabila Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari sangat fokus buat kerja maka terciptalah moment....
Sesi berebut ikan
Sesi berebut kelapa 
Sesi tukar tempat duduk 

Sesi gaduh shoot gambar nampak perut dan kaki

Hahahaha 
Itulah sebenar benar fokusnya kami bila bekerja bukan senang nak senang Ishak Ismail Qaseh Su Yanie Yusuf Syima Yusuf Bella Idura Nina Azerin Abd Mufti Nur 'Aliah Nadhirah Abdullah

Owner Warisan Ayah 3Q

Nak adakan MAJLIS ?
Warisan Ayah 3Q  ada menyediakan DEWAN bersebelahan restorennya pelbagai jenis keraian antaranya...

Hari Jadi,
Aqiqah, 
Cukur Jambul, dan
pelbagai jenis majlis.

Catering juga disediakan. 
Puas hati dapat mencuba pelbagai jenis makanan di Warisan Ayah 3Q, memang tak dinafikan ke semua sajian disini enak-enak belaka, harga pun sangat murah, rekemen untuk anda sekeluarga dan rakan-rakan ke Warisan Ayah 3Q.



Alamat:


Warisan Ayah 3Q Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights
Selayang Selangor
Hubungi: 03-6128 0236, 013-307 5369, 013-307 5234 

Landmark: Kawasan Kolej Komuniti Selayang naik atas bukit turn belah kiri dah sampai.

Dibuka: 

8 am - 12 am
Tutup : Sabtu 


Jom terjah !
INSTAGRAM: Warisan_Ayah3Q

25 Comments

  1. byknye jenis roti canai ye smp 31 menu nya...unik mcm spiderman ..mayonis la tu ye atas roti canai tu....amboi nama air kelapa tu hehe

    ReplyDelete
  2. Roti canai salad :( dah lama gile tak makan. Sedapnya kak julia..

    ReplyDelete
  3. yang hawaii tu teringin la nak cuba..tebal dan nmpk meriah dalam tu..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. Menu semua sedap2,nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. Menu semua sedap2,nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  6. perghhhh betul² memikat selera..
    kalau pi konpem hancur diet! hehehee

    ReplyDelete
  7. alaa akakk...sedapnya .... kecur tengok...hurrr.....daa laa belum sarap lagi ini pagiii

    http://www.yayacendana.com/

    ReplyDelete
  8. sangat puas hati makan dekat Warisan Ayah 3Q ni.. sedapp sangat..kena datang lagi..

    ReplyDelete
  9. Wah.... Boleh menambah berat badan ni juju. Semua rasa nak telan

    ReplyDelete
  10. Wah.... Boleh menambah berat badan ni juju. Semua rasa nak telan

    ReplyDelete
  11. #ehhh apasal tiba-tiba rasa lapar ni...wakakakaka....

    ReplyDelete
  12. Nangisss tengok semua hidangan di atas! Mesti terjah jugak satu hari nanti huhu

    ReplyDelete
  13. ya ampunnn kenapa la masuk kat sini tanpa isi perut dulu.! huwaa...nangis la tgk siakap stim tuh!!

    ReplyDelete
  14. bnyak nya roti canai nya..nama pun pelik2..heheeh

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaa.. Nak makan lagi la dkat warisan ayah 3Q

    ReplyDelete
  16. Huwaaaa~.. Nak pi lagi..!!
    Memang puashati makan kat sini. Semuanya menepati selera dan citarasa

    ReplyDelete
  17. Huwaaaa~.. Nak pi lagi..!!
    Memang puashati makan kat sini. Semuanya menepati selera dan citarasa

    ReplyDelete
  18. roti hawai sedap..! feberet nunu kalo mkn kt murni.. :)

    ReplyDelete
  19. Uwaaaaaaa semua nampak sedapnya jue!!!! kenapa jauh sangat..kenapaaaa...

    ReplyDelete
  20. huwaaaa..lapar trs..
    memang kerabu ikan bilis ttu nmpk sedappp ju!!

    ReplyDelete
  21. adumak aii... boleh tambah kalori ni.
    sib baik jauh, julia.
    if not mahu nya mlm ni mr.asben ajak aida carik kedai makan ni.
    ha ha ha :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)