Aah, masa aku bercuti ritu terbaca...
Terpalit rasa dihati...dalam FB ada luahan dari beberapa orang ibu yang...

"tak suka baca status kecemerlangan anak-anak orang lain di expose di media..."

Pelik pun ada, sebab tujuan apa mereka expose status anak mereka cemerlang di FB dan lain-lain media sosial? Bukan tujuannya riak, ataupun menunjuk-nunjuk, sah mereka ingin berkongsi RASA BAHAGIA, RASA GEMBIRA julia boleh rasakan jika duduk di tempat mereka. 

Jika kita sendiri terasa, walaupun jiran tetangga mahupun kawan media sosial yang expose cuba kita ambil satu sudut pemikiran positif, jika anak kita biasa-biasa keputusan, atau duduk di kelas belakang apa salahnya ia berikan satu suntikan semangat mendalam untuk usaha atas inisiatif anak dan ibu bapa sama-sama mendorong.

Julia sendiri pernah rasa dibelakang, dan bukan selalu pun di depan...rasa terasa dan cenderung kepada PENDIAM itu tidak bagus, itu sebab orang sekeliling termasuk ibu bapa kena beri semangat motivasi saban hari untuk mereka tahu, mereka ada sesuatu dalam diri yang boleh dilontarkan, hanya dengan sedikit usaha ! 

Bukan paksaan meniru mereka berjaya dalam sesuatu bidang sahaja ! Contoh macam adik lelaki julia sendiri...memang tak percaya dulu dia memang tak suka belajar langsung, datang kelas boleh dibilang, ponteng apa tah lagi, masalah disiplin fuhh...sekarang dia lebih cemerlang dalam BIDANG PERNIAGAANNYA sendiri iaitu syarikat PLUMBING (anak melayu ada syarikat plumbing yang diiktiraf) siapa sangka dengan hanya kelulusan SPM sahaja???


"anaknya dipinggirkan dari kawan sedia ada kerana keluarga mereka nasihatkan jangan berkawan dengan kawan yang TAK PANDAI"

Hmmm inilah tipikal orang Melayu, jangan dimarahi jika anda terasa. Sentimen ni jenis pentingkan diri sendiri. Mak bapak mana yang ajar berkawan kerana sesuatu yang dia ada !
Jangan silap nasihatkan anak, kerana dalam masa yang sama kita telah ajar dia CARI KAWAN YANG ADA KEPENTINGAN, yang tak ada dibuang jauh-jauh.

Hidup ini ibarat roda, sekejap diatas dan sekelip mata boleh berada dibawah, nasihatlah anak-anak untuk berkawan tak kira apa jua status termasuk OKU, dari situ kita boleh terap kasih sayang sesama masyarakat tanpa mengira apa jua jenis bangsa, yang penting akhlak baik perlu dicontohi...mana tahu anak anda boleh menasihati rakan sebaya mereka untuk berubah kepada corak kehidupan bermasyarakat dan positif...

Kan bagus jika begitu...jom mulai hari ini kita tekad didalam hati berusaha bimbing dan beri motivasi tidak berbelah bahagi, tanpa membeza-bezakan mereka dengan kawan mereka yang lain dan pandu mereka untuk senantiasa berfikiran positif jika mereka berada dalam kesedihan, sedih itu perlu dibajai dengan motivasi...jangan biarkan mereka...kerana mereka sebahagian dari DIRI KITA. 

(Pernah rasa dalam kesunyian dahagakan MOTIVASI dari seseorang semasa belajar dulu-dulu, pemurung diusia belasan umur waktu itu agak terhad dari dunia IT, hanya pedoman dari rakan sebaya, fungsi mak bapak garang waktu itu memang garapan yang dilontarkan zaman itu berjaya, tapi zaman ini, tika ini kita sebagai mak bapak atau kakak abang kepada adik beradik selami hati mereka, tanya mereka, berkawan rapat dengan mereka, kerana setiap hati mereka, hati sunyi mereka berkata Aku Dahagakan Motivasi, Dahagakan Semangat, Dimana kan ku cari.....sebelum mereka cari lombong yang salah, dekatkan diri kita pada mereka) 

--Pengalaman mendewasakan daku tika ke saat ini yang sebenarnya tidak cemerlang mana dalam akademik suatu ketika dulu...tetapi sekarang ini, aku sendiri tak percaya sejauh ini aku mampu melangkah !



15 Comments

  1. mmg ada certain parent tk bg ank kawan ngan yg tk pandai..sian bdk tu..tk semestinya tk pandai tk berjaya mayb die slow skit ke kn..kesian la anak2 itu if ada certain parent yg ajar ank2 gtu

    ReplyDelete
  2. mmg ade org cmtu..masyaAllah tak leh la nak dengki2 (ayat kasar sket) patutnya bg semangat kt ank tu..die bkn tak pandai, cuma kene usaha lebih..kadang bdk2 ni bkn 'time' die lg..nnt besar bijak laa..

    ReplyDelete
  3. betul.. tengok kawan-kawan waktu sekolah dulu, punya nakal.. tengok sekarang dah jadi polis.. jadi cikgu.. macam tak percaya je..

    ReplyDelete
  4. Betul apa yang dikatakan oleh kak juju.. Ena tak ada anak lagi, tak berani nak kata lebih2.. Tapi I can feel it sebab ena pun bukan sentiasa berada di atas.. Banyak juga jatuh.. Penat.. Tapi bila dorongan dari mak bapak, i never give up and move forward.. Bila dapat kejayaan, seronok tgok mak abah gembira dengan kita..

    ReplyDelete
  5. tu sebabnya kekadang rasa berat je nak share kejayaan anak2 dlm media sosial..
    risau takut orang ingat kita riak...tp sebenarnya niat kita nak letakkan kenangan indah anak2 kita..hmmm

    ReplyDelete
  6. betul tu...kdg2 kesian tgk budak skang..upsr pun dah mcm nak amik spm..huhu

    ReplyDelete
  7. ada baik buruk nya.. tapi kecian tgk budak-budak, setakat UPSR dah stress sgt..cian..

    ReplyDelete
  8. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. betul sgat tu, KA byk kali dh terkena ! jadi serba salah kita

    ReplyDelete
  9. pulak..kalau fikir positif positif la ko dapat..kalau fikir negatif mmm jadi hantu la lagi baik...kekeke..

    ReplyDelete
  10. ada baca gak...tapi tak tau nak komen apa....bukan semua orang hebohkan kejayaan anak diorang dan amat jarang orang nak dedahkan kelemahan anak diorang dengan cara yang positif....contohnya anak2 akak sendiri....diorang gagal tapi akak ok jer...gagal dalam peperiksaan bukan bererti gagal dalam hidup...pegang dan tanamkan kata2 tu dalam diri anak2...bukan suh anak jadi jauh hati terasa hati atau apa...rasa rendah diri tu biasalah memang ada tapi makbapak pandai2lah nak spin balik.....bukan pujuk kata takper2 takper2 memang droplah budak tu....anak akak gagal dan tapi masih happy main game....bukan kita tak ambik berat atau tak tegas tapi berpada-padalah....dia tak pandai dalam akademik tapi mungkin akan sumbangkan sesuatu untuk masyarakat dimasa hadapan...didik anak jadi insan bukan jadi kamus dewan.....

    **ni ker entry...?? ehehehhe

    ReplyDelete
  11. Kita mesti gembira melihat kecemerlangan anak orang lain. Hidup sekarang bukannya senang.

    ReplyDelete
  12. kejayaan orang lain kadang2 boleh mengubah takdir orang yang lain ...saya selalu suruh anak saya ikut macam anak jiran kami ni..dia tak de keluar rumah untuk aktiviti main2 dan bual kosong dengan kawan.Hari ni saya pulak sibuk2 pi ketuk pintu rumah dia nak tanya anak dia UPSR dapat berapa..boleh cerita kat anak kita untuk dia ikut berjaya sama..dapat apa kalau dengki dan sakit hati.untung lagi ada sebab kita boleh juga tanya tips2 yang dia amalkan..

    ReplyDelete
  13. Setujuu dengan entri ni kak. Kadang2 tak faham juga dengan orang yang negative thinking ni. Kita sahre sebab nak kongsi kegembiraan & dapat dorong untuk orang lain berjaya juga. :D

    ReplyDelete
  14. pada aida, always hormat pendpt dan cara org lain.
    mungkin berbeza dgn cara kita.
    but kena hormat kalau da itu cara mereka.
    jgn fikir negatif :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)