Helluuuuuu, ada yang ternanti episod travelogue julia dak? Ke julia syok sendiri hahaha, well primaland ni dah lama kot ada kat Port Dickson, cuma tak pi masa awal-awal pembukaan. Sebab utamanya mahal ! Aah mahal lah bagi aku kalau dekat 300 lebih semalaman ken. Tahun 2015 baru berkesempatan jejak ke sini, hmmm pertama kali tengok wauu gah betul pejabat primaland ni ye, bersih dan ada red carpet. Kira setiap pengunjung yang pertama kali bertandang macam julia dan sefamily pasti rasa dihargai. Masa kami pi ni dari awal sampai sampai check out tak hujan masa nak mandi petang dan mandi waktu pagi, alhamdulilah cuaca tersangat baik tau, wpun ku tahu sekarang musim hujan tiap2 petang, tapi rezeki kami tak hujan masa bercuti, syukur ya Allah.

Macam mana nak dapat pakej murah PRIMALAND ?
Haaaaa ramai dok sok sek sok sek kat julia acaner julia boleh pi dengan pakej murah? Korang pernah dengar MATTA FAIR kan? Time tu lah korang boleh dapatkan pakej MURAH GILA. Aah murah gila kata aku sebabnya aku dah tanya orang yang jaga kaunter PRIMALAND ni dia cakap ONLY....ONLY MATTA FAIR sahaja ada pakej murah dari harga sebenar...kalau studio suites macam kami booking ni dari harga dekat 200 lebih jadi half price. Harga pakej murah ni RM150 je tau, murah angat2 !

Pakej Murah Apa Kelebihan dan Apa Yang Tersembunyi?
  •  Kelebihan
  1. 4 x tiket mandi manda dewasa FREE (reben merah mandi petang, reben purple mandi esok pagi lepas breakfast)
  2. Studio Suites besar yang amat sudah memadai, boleh bawa ramai family dalam 10 orang tidur, bawa je toto ke kan cuma bayar tiket mandi je sorang satu. Jimat !
  3. 2 orang dewasa BREAKFAST FREE tak termasuk anak-anak. Umur 3 tahun ke bawah FREE.
  4. Tak payah pakai baju Swimming suit bikini muslimah bagai tu hahahhaha sesetengah resort kena tau.
  5. Mesra pelanggan orang Primaland bila ditanya soalan, macam ni la bagus.
  6. Dekat dengan pekan Port Dickson, kalau nak keluar makan malam dalam 15 min dah sampai pekan.

  • Tersembunyi dan ada sikit marah tak puas hati aku cakap !
  1. Tiket mandi dan breakfast budak 3 tahun ke atas kena BAYAR ! RM20 tau tau (mahalnya) Haha ritu aku lurus bendul sangat pi bayar buat apa sebab sekuriti dia tak berapa tengok sangat budak-budak ni mandi haishhh, tapi untuk keselamatan baik korang beli je lah...tu untung kalau anak korang bawah 3 tahun mandi dan breakfast FREE !
  2. LIFEGUARD TAK ADA, entah aku tak nampak pun lifeguard bertugas sepanjang aku mandi kat sana, korang hati2 ye handle anak kecik tu, kt sana tersangat licin huh.
  3. Tang BREAKFAST tu aku benci sangat, kebetulan kot nasib kami sebabnya group yang family day besar datang, hiruk pikuk terjerit2 dalam cafe apa kauuuuu ingat cafe ni korang je ke yang punya, jeling mauttttttt aku pepagi. (Aku bukan racist beb, depan mata aku jadi tapi hormatilah para pengunjung yang lain didalam cafe tu juga, kesian pagi2 dah tak berapa harmoni)
  4. Sepatutnya diasingkan port makan di dewan makan yang lain, sebab pengunjung yang datang dalam jumlah yang tidak tetap tak dapat makanan, ada di top up tapi Allahuakbar sorang-sorang ambil makanan TAMAK sangat, Mee goreng menggunung ko borong dalam satu pinggan semata nak bagi jemaah group ko makan, pastu bisinggggggggggg satu cafe macam pasar hayam! Eh marah tau aku time breakfast ni, pihak PRIMALAND patut asingkan group company atau family day berjumlah puluh2 tu makan di tempat lain, habis lah makanan kami, kami berhak tau ! (aku adu kes ni masa nak check out, harap diorang take note piagam pelanggan macma kami dan lain2)
Aku bukan boleh, tang makan ni aku memang hangin satu badan, sebab kita bayar pakej ni, tak sepatutnya jadi macam ni. Yang tu jelah spoil bagi aku....

Tapi tang mandiiiiiiiii petang ke pagi itu sangat enjoy hahahha !




Sudah selamat check in semua, kunci studio suites dan 4 kali tiket free dah dapat pe lagi jom tengok bilik hahahha

Kami dok Block A, tersangat dekat dengan pejabat primaland, setiap block resort ni ada parking dan lif disediakan, bagus kemudahan cenggini.



Studio Suites Primaland A332
Puas hati, bersih dan besar ! Kagum sebab dapat tengok dekat kolam, yipiiii leh intai orang mandi hahahahha besar sungguh tau, semua kemudahan ada kecuali WiFi segan mati tak jumpa line hahahha, tak pe lah nak oiii sehari semalam je pun sedekah aje mobile data korang tu hehehe.

Dapur sekali dengan kettle hoh suka....bukan nak masak2 tapi nak masak air buat susu dak Qi tu wajib ada...ingat kat resort2 cenggini tak ada kan, rupanya ada.

Meja solek kemain kerlasssss perabot jati rasa, sedap duduk, ada tikar sembahyang dan pandu kiblat.

Tandas kecik aje, boleh la buat bilas badan lepas berkubang hehehe.


Peti ais bawah singki dapur ye, sejuk condition okey

Tempat termenung kami, ada kerusi kayu dan tingkap my son suka sangat bertenggek kt tepi tingkap ni pandang pool hahhaha

Tiket warna purple untuk berkubang time petang jom layan gambar!










Nampak sangat my family happy sangat berkubang kat sini, aku dah berkali kali naik gelongsor kat sini weh hahahhahah syok sebab tak berapa dalam sangat air kolam ni bila sampai ke dasar, aku paling tak suka kalau turun dari gelongsor laju2 pastu kena telan air kolam bertimpa2...kat sini just nice!

Air terjun buatan ni cantik sangat!


BREAKFAST

Sebelum breakfast kami berkubang dulu sejam waktu pagi hahahha, pastu baru breakfast !

Pakai baju mandi semalam je, sidai kat kerusi kayu tu kena aircon fuhh kering nak pakai esok pagi...haaaaaaa tengok mak dengan anak main air pancut

Breakfast ala resort memang cenggini eh..pendapat korang?

Sebab annoying sangat, kami makan cepat2...

So far, kami bagi 3 bintang dari 5 bintang, harap lifeguard harus ada di setiap bucu pool, bahayalah juga kt sini ramai budak dan mak pak budak yang sebenarnya bukan reti berenang, tang sarapan tu sila upgrade menu, cam apa je...eh korang pikir nak mandi je lagi enjoy, aku puas hati tang mandi dan penginapan je beb hehehhe


Meh layan video Primaland kt sini. 
Click !
Primaland Port Dickson 
Resort & Convention Centre ( PRCC)
No 1, PD Prima, Batu 13, 
Jalan Pantai, Pasir Panjang, 
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
(landmark atas sikit dari Lexis Hibiscus)

Kami dah tertarik dengan resort mewah Lexis Hibiscus, cantik gila siotttttttttt, ritu pi usya masuk waktu malam tengok dari luar hotel ni memang kagum, dengan air pancut warna biru biru, dengan suasana lobby hotel LH yang gila kawww x leh tidur malam, nanti next matta fair nak pi grab, husband aku cakap dari harga RM700 semalam boleh dapat dalam RM300 lebih je weeeeeeeeee harap ada lagi matta fair.

(Thank you to my hubby yang beli pakej murah di Primaland yehuuu berkubang anak beranak sampai biru pink lenjan kaw kaw hahaha hilang stress ! )

16 Comments

  1. Lexis Hibiscus best gilarrrrr tau dik! Serius...

    ehh lama tak pegi primaland..last mase nama dia tiara beach lagi.

    ReplyDelete
  2. Saya pegi bln 6 hr tu guna groupon. ok jgk la harga. hii

    ReplyDelete
  3. syok la main air tp sini mmg femes org wat familyday..dlu namanye tiara beach resort

    ReplyDelete
  4. Bestnya tempat mandi manda ni... Boleh pergi nanti..

    ReplyDelete
  5. Biasalah kalo ada company trip memang gitu la.. dah rasai sebab jue keje 90% company cina.. so kita org mmg buat hal masing2 if pergi company trip or teambuilding.. so we all tak leh nak rasict sangat bab2 tu..

    ReplyDelete
  6. Patutnya Ju kena bagi Qi adik.. baru QI suka mandi puas2 kat situ sbb ada kawan hihi
    Actually Sis dah pergi.. tapi masa tu nama dia Tiara Beach Resort.
    nasib sis ada buat entry kat blog.. kalau rajin Ju godek lah kat blog sis ya.

    ReplyDelete
  7. Kerana Ju la Yt dok canang kt hasben nak g main air . Tapi lupa aflah tak reti apa lagi oit! Haha.

    ReplyDelete
  8. Qi hensem boy. Heheheh :D Bestnyaaa gi PD kak :D

    ReplyDelete
  9. Akk pun aimed lexis hibiscus tu jugak...kalau cenggitu mmg nk kena usha matta fair thn dpn la..huhu

    ReplyDelete
  10. xpenah lg spi cni tp mmg ramai yg ckp best..untung la ju bli ms matta fair..memang murah sgt2 tu..

    ReplyDelete
  11. ni tiara dulu ni.
    aida memang blacklist da sini, julia.
    ada kenangan pahit. terpahit.
    ramai jugak member terkena perkara yg sama :(
    ada buat review dlm blog few years back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bacayour review pasal ni... how to search?

      Delete
  12. Seronoknya Qi dapat main air yer...ciknad pernah gi grand lexis kat pd..best sebab ada private pool situ..boleh mandi manda free hair gitu..hahaha

    ReplyDelete
  13. bestnyaaa. I pernah beli Genting je kat Matta Fair. yg lain tak pernah try. masa kat Genting tu, adalah group tu jugak. rasanya kat mana mana pun dorang lah paling kecoh.cakap kuat kuat. kalau budak tu , maybe tak kisahla ni dah makbapak budak pun kurang adab . cis.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)