Wanita dengan handbeg ibarat rakan karib, ke mana sahaja pasti dibawa, paling tidak purse pun satu keperluan, bila ditanya kehendak atau keperluan itu satu kisah yang tak perlu dirungkai kembali. Sendiri tau ukur baju badan sendiri. Baru-baru ini suami sendiri yang beria nak bawa julia ke Sogo, katanya selain nak beli baju tidur Qaiser ilman dan barangan peribadinya, dia sendiri nak belanja hand beg baru kat julia.

Kenangan SUKA Pakai Barang Suami Beli
Kebetulan handbeg mustard U.S. Polo yang dihadiahkannya pada 2 tahun lepas kini zipnya sudah mulai rabak dan tembus, nampak sangat jenis pelasak julia ni pakai, tapi kulit beg ni tetap utuh dan warna tak pudar. Cuma agak kusam bila sudah hari-hari dipakai. Julia bukan tak nak beli sendiri handbeg dengan duit sendiri, suka pakai handbeg suami belikan tahun-tahun lepas, rasa sangattttttt dekat dengannya, bukan faktor duit suami, jangan salah anggap, faktor utama adalah kepuasan memakai barangan dari hasil rezeki suami hadiahkan pada julia tu jadi "Tidak Terkata". 

Pernah waktu zaman julia mengandungkan Qaiser ilman, suami hadiahkan kasut ibu mengandung yang paling selesa nak pakai, sepanjang 9 bulan mengandung tu lah kasut putih tu julia pakai usung ke sana ke mari, sampai naik lunyai kerana sepasang kasut yang tak berubah selain kadang kadang memakai selipar jepun. Tapi kasut tu lah buat kerja, kasut tu lah bawa ke jalan-jalan. Selesa sangat pakai suami beli, tak kisah apa pun suka sangat. Alhamdulilah Allah hadiahkan hati macam tu untuk hargai barang pemberian suami, mahal atau murah bukan dicari.

Jenis Paten Hand Beg Yang Paling Digemari Julia
Julia suka paten TOTE handbeg curve nye begini, nampak so sophistikated, rasa macam wanita yang sangat bersedia pada bila-bila masa untuk mulai tugas bekerja mahupun waktu cuti. Sekarang nak ubah dari beli beg material lembik kepada handbeg jenis keras dan sedikit berkotak. Contoh dibawah ni jadi pilihan julia.







Nampak kemas dan lawa bila dijinjing atau di pakai di bahu dengan tali panjang, janji tangkai hand beg keras macam dibawah ni, suka sangat paten beg curve macam ni.

Suami dan julia berlegar di Sogo, bermacam jenis jenama dan bentuk beg kami tengok, tapi mata kami berdua kebetulan memang tersangat suka handbeg jenama Crocodile ni, nampak sangat elegan lah, simple dan so comel, tak besar sangat tak kecil sangat just nice. 

Antara A, B, dan C mana satu pilihan julia, okey korang dah boleh agak kan hehehe
Sudah tentu jawapannya A, harga asal RM300 lebih...less 50%, korang tau tak lepas julia pilih handbeg ni cakaplah promoter nak handbeg baru bukan yang display, pastu dia cakap ini yang last dah tak restok dah, fuhhh rezeki, lepas beli handbeg ni paten-paten lain jenama crocodile diubah ke depan terus, perghhh laju betul sale crocodile ni ye, mungkin salah satu sebab ia duduk dikawasan strategik depan escalator, alhamdulilah suami pun seronok dengan pilihan ni, julia lagilah suka! Rezeki Allah.

Suami pun dah pesan, jangan selalu amalkan beli beg besar-besar macam makcik-makcik je hahhahahhaha okey2, lepas ni kena disiplinkan diri masukkan barang yang penting je kan...payung kecil dan barang yang tak penting kena letak tempat lain yang tak perlu diusung selalu. Now suami banyak bagi nasihat dari segi pemakaian, dia suka isteri dia bergaya kena tempat, cerminan untuk dia juga, betul juga tu, pasni julia pun tak boleh lah pakai ikut dan je kan...thank you husband. Tunggu julia bergaya dengan handbeg ni ye hihi.

10 Comments

  1. Jeles jeles. Sempena krismas ni kena cari hendbeg baru jugak ni. Tapi beg byk byk yg ada tu nak buat apa?

    Akk suka beg yg lembut dan saiz sedang. Senang nak sumbat purse, power bank, tepon bagai. Klw beg kecik muat letak purse satu tu je la. Kat rumah mmg ada beg besar dan beg kecik. Pening kpla sendiri sbb asik tukar tukar beg je

    ReplyDelete
  2. eheheh lama x kelebet2 handbag.. selalu kalo Crocodile pakai kasut dia ja..
    bag tak pernah lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  3. rambang pulak mata saya tengok bag tuh..huhu. T__T

    ReplyDelete
  4. arghhhh nampak logo SOGO dan sales tu je akak dah stress dah! jelesssss hahaha
    nak cari hangbag baru gak ni, handbag dah rosak huhu

    ReplyDelete
  5. Wahh ada sales, jom lah terjah. heheheh :D

    ReplyDelete
  6. banyak tul sale tu, dapat half price..memang berbaloi la shopping sini.

    ReplyDelete
  7. menarik juga handbag crocodile skrg ni

    ReplyDelete
  8. aucchhh...jeles sangat hokey. HAHAHA selamat berhandbeg baru ye..nak tgk..nak tgk...nak tengok gaya berhandbag baru gittu.

    Terkejut...tetiba jadi putih berdih. HIHIHI

    ReplyDelete
  9. sgt2 cantik & class. KA pun baru dpt hadiah handbag dari my sis sempena birthday tahun ni... plg suka bau handbag baru he3

    ReplyDelete
  10. huhhh..lame xbeli handbag..ila mmg jenis jarang bli..tp klu blli mesti nak yg puas hati..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)