Beras Siam Sedap Ke? | Julia Johari
Booking.com

Beras Siam Sedap Ke?



Beras Siam lah senang sebut, sedap kah? Kalau tak sedap masa kan tidak jadi rebutan dipasaran Malaysia. Kebetulan suami outstation ke seberang sana beberapa hari banyak pula group nak melancong ke Thailand, pertama kali ni dia pulang beli beras original made in Thailand. 5 pek x 5 kilo berapa dah? THB1000 baht bersamaan RM100 duit Malaysia, eh murah gila ! Kalau korang yang dah biasa beli barang keperluan rumah, lagi-lagi makanan rugi seperti beras ni pasti tak leka lihat harga sebenar. Terkeluar dari mata ialah MAHAL. Hmmm yang buat mahal tu sebenarnya cukai yang dimasukkan. Beli direct kat sana harga jauh lagi murah.

Brand Beras Siam Kukiat senang nak cam ada logo Mango tu, 2 pek untuk kami sekeluarga, 2 pek untuk my abah dan mama, dan lagi 1 pek untuk adik ipar. Bila buka pek beras ni, memang beza sangat-sangat kualitinya, cantik sungguh si beras siam ni. 10 kilogram muat penuh bekas simpanan beras siam julia di rumah, ohhhh kakak kayooo wehhh beberapa bulan tak makan la beras Malaysia hahahhaha bila lagi kennnn

Mydin Gift Voucher
Kalau selalu ikuti ig julia, terkadang kala julia selalu dapat Mydin Gift Voucher ni, kali ini jumlahnya paling banyak RM200, ada seseorang yang hadiahkan, teruja sangat wehhh bila dapat sedebuk gini, otak mula ar meliarrrrrrrrrrr pk nak beli apa hahahhaa liar sangat !

Budak tu dapat mainan behave terusssssss duduk macam ni dalam troli dari awal mak pak dia bertawaf kt Mydin Subang sampai nak bayor tetap duduk macam ni hahahahha baik kan? Mujur mak pak ko jenis beli yang murah murah aje...nak mahal melalak la puas puas dalam troli mak buat tak tau hahhahah (macam mak tiri)

Jauh sekali nak beli untuk diri sendiri, banyak beli untuk barang dapur je dan mainan Qaiser ilman, ada lebih 100 lebih, simpan bulan depan nanti alhamdulilah boleh lah beli benda lain yang jarang dapat makan, faham tak benda yang jarang nak beli? Ala macam aiskrim mahal ke, goreng-goreng dalam pek tu ler, yang ngidam nak makan dapat gaji pun kedekut nak beli haaaaaa dapat voucher ni boleh beli yang lagha tu hehehe
Balik ni nak rasmi beras siam cap mango tu, kalau rajin nak buat nasi tomato lah amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahhahaha

11 comments:

  1. beras siam mmg sedap...kalo blk klate..parent akak slalu bli yg dlm guni tu cap serindit yg femes tk silap...wah syok la shopping brg dapur guna voucher

    ReplyDelete
  2. kat rumah mmg guna beras siam dr sana... lan start guna tahun ni... bli dari sana gak... selalu kirim kat adik tolong belikan kat Danok... tapi lan beli jenama Pomelo... mmg terbaek kualiti beras diorang... dan murah...

    ReplyDelete
  3. sejak duk sini tahun 2007 memang tak miss beras siam ni.. dkna suka makan cap serindit, kangaro.

    ReplyDelete
  4. dah siap nasi tomato to roger roger akak...nak pi makan kat umah juju hahahah

    ReplyDelete
  5. Kalau masak beras siam sis akan campur sikit dengan beras biasa.. so dat bila dah masak nanti tak rasa sticky sangat.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zaza kan pakar masak. Ala chef malaysia. Tq for tips kak.

      Delete
  6. hehehe..
    beras cap serindit jer pernah try.
    lagpiun tu yang top brand..
    yang lain ok..
    cuma lain beras lain cara sukatan air dia.

    ReplyDelete
  7. ktorg kurang sket beras siam ni..sebab korang kanji kot..tp kurang kanji la baik kan (betulkan i klu i salah) :p
    waahhhhh..byk tu 200..siapakah pemberi itu?nak jugakkkk..hahahah..

    ReplyDelete
  8. adoi untung nyer dpt vocer mydin begitu byk, julia :)
    terbeliak aida tgk...
    untong la...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com