Tujuh hari lagi !
Tujuh hari lagi !
Berapa kali 7 hari lagi julia.....

Aku nak bebel korang nak dengar ke tak aku tak kesah..
Hahahaha, sebab masuk sini aku leh bebel pe aku suka kecuali POLITIK...
A big NO !
Walaupun aku keje dalam sebuah institusi yang hari-hari cerita POLITIK
Bila orang tanya isu itu dan ini ko tau apa aku jawab?
Jangan percaya sangat apa yang diutarakan dalam akhbar tu..
Baca ler hansard yang hari-hari ada dalam Laman Web Parlimen Malaysia
Kat situ public boleh baca hari-hari termasuk arkib hansard oleh YB-YB sembang dalam dewan hari-hari...itu yang benar !

Okey, aku tak mau bebel bab tu.......kang terpesong kes 7 hari lagi kah!
Korang yang kenal aku, sure lain tak bukan aku nak cerita lah planning aku travel ke mana pula kali ini...

Ada 2 tempat...dalam dan luar negara
Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat kan...tak apa...cadangan je...
Satu dah confirm, satu lagi tengah pilih hotel hahahhaa ko ada 7 hari lagi
Cadangan tempat kedua tu pun last minit hahahhaha sila ketawa diri sendiri jap





suami aku yang cadang,
Kerja aku apa lagi reka tentatif baru

Fuhhhhhh aku kena khatam ler city tour tempat baru espeacially luar negara tu kan
Kalau boleh bajet all time, sight seeing diutamakan sambil hirup udara baru tanpa jerebu dah

Ya sebelum-sebelum ini aku ada juga email kat rakan-rakan yang nak tentatif holiday aku karang exactly aku buat dengan air mata darah baca dari setiap blog ke setiap blog...
Boleh kata hari-hari aku hunting baca dari blog kawan2 mahupun blog oversea tu
Cuma sekarang aku nak kedekut sikit boleh tak....aku tak mau dah email...aku nak korang belajar dari bawah, belajar baca dari rakan-rakan blogger buat part by part travelogue diorang...yang dah lepas tu biarlah...cuma next vacay, advise hakak ko ni better rajin baca dan buat analisis ur own tentatif ye...

Tu semua aku nak kepuasan, 
aku ni kalau berjalan walaupun dekat je pun ku suka baca review dalam blog
tak berapa suka sangat main redah, takut oiiiiiiiiiii jalan tak ada rujukan sendiri tak ke buang masa pi tanya orang tepi jalan huhhhhhhhhh not me...kecuali kalau sesat, waze gila, google map ting tong baru pi tanya orang...yesssss susahkan diri awak tu dulu sebelum menyusahkan orang lain....nak apa pun usaha sikit beb...rajin-rajin buat tentatif sendiri sambil baca blog orang lain...
Nanti aku story live update kt mana aku nak pi..
Sekarang nak bagi tau pun x syok plak hahahahah no surprise kan...
ala dokat je, janji jimat udah...

Aku pernah dengar dalam radio mana ntah iklan tu cakap biar setahun melancong sekali sahaja dari 8 kali melancong (TIPS JIMAT DUIT) 
Hehehehhehe bagi aku lah kan, kalau kau pandai menyimpan 8 kali setahun holiday pun tak kan rasa terjejas duit simpanan yang 70% tu...kena bijak sikit menabung kawan2...baru leh repeat melancong kerap sikit hehehhe Lagi satu, jgn harapkan lubuk gaji je utk korang ada peluang menyimpan, cuba rajin sikit buat biz yang korang suka, jadi pengedar apa2 ke, macam julia of course Ephyra ! Tak sampai setahun jadi pengedar ephyra julia boleh menyimpan banyak di Maybank (akaun khas untuk ephyra) see ! Banyakkan lubuk nak dpt duit cara halal...review product or anything u like.

Alaaa anak ko sorang, laki ko tu keje masyuk, tak layak pun dapat harga-harga staf ni, memang tak layak tau ko kan boleh melancong sampai lebam !
Erkkkk ko cakap tu rasa-rasa ko ada rasa dengki ek hmmmm anak sorang kalau tak reti nak menyimpan pun haru juga tau, paling tidak ada anak ramai pun aku tengok ramai yang bijak holiday dan menyimpan siap buat kira2 lagi, tu aku respek sangat dengan diorang...so kawan-kawan jangan cepat rasa orang lain tu tak layak disebabkan diri sendiri yang sekat kelayakan itu...ko hadamlah sendiri dah besar hahahha

Bulan Januari 2016 masih dalam keadaan TERNGANGA, maksud aku tengah mengisi port holiday kat mana? Bulan satu ni aku paling suka sangat nak pi melancong jauh sikit kalau boleh:

  • Sebabnya dah lepas cuti sekolah, orang pun tak ramai dah nak pi site visit sangat
  • Bulan dilimpahi bonus akhir tahun kerja hehehe gila tak suka 
  • Bulan bonus ASB masukkk beb...tu aku suka sangat boleh dikatakan FREE HOLIDAY guna duit bonus ASB...aku tak buat loan ASB ada sebab tertentu, so aku menabung sendiri beb...alhamdulilah nikmat 
  • Masa ini duit simpanan tetap 100% boleh digunakan dalam 30% sahaja untuk duit shopping holiday
  • ASB dividen and bonus (tix flight) + Duit simpanan 30% = FREE HOLIDAY ! 
Itu khas untuk tiap-tiap tahun bulan Januari...
But this month November haaaaaaaaa husband punya turn baik hati bayorrrrrr...julia only sedia duit sopink sikit2 hahhahaha....

Memang syok lepas kahwin ni pi holiday...aman sentosa yang amat !!!!!!!!!

Cepatlah 7 hari ni...okey tengah semangat nak buat tentatif negara seberang ni wpun hanya untuk city tour semata hahahhahahhaha (selagi anak tak sekolah, selagi tu cpt2 amik peluang sebelum byk saluran fuhh)

Berangan is activated !
Counting !
Boleh tak aku nak tulis kat pc opis pelekat macam ni BACK SOON hahahahahahhahahaha

"Travel brings yourself back as yourself" - Julia Johari







Useful Link For Trip
Semakan Status ke Luar Negara

12 Comments

  1. wahhhhh semangat nih!! akak is so jeles sebab tak lepas lagi ke oversea..asyik lepas over the sea jek..kekekeke....btw jom bercuti dik!!!

    ReplyDelete
  2. wah Julia nak jalan jalan ke mana nih ...gie honeymoon ke auwwww

    ReplyDelete
  3. tu dia..
    mood honeymoon dh datang.
    mmg x fokus ler keje.
    hehehe..

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya nak p jenjalan makan angin kat seberang..yes Farah setuju dengan pendapat jue.. nak melancong nie kena pandai plan..kalau silap perancangan mau makan meggi jer nnti..hehehe

    ReplyDelete
  5. untong la ada bonus...
    aida & mr.asben bonus sejemput dpt tu pergi ke preparation skola anak2 aje utk th 2016.
    takde makna nyer gi holiday sakan guna duit bonus hu hu hu hu :)

    anyway, agreed with u.
    now semua di hujung jari. before ke mana-mana kena google dulu.
    kena list down dulu pe patut.
    then baru la bermakna holiday tu in shaa Allah.

    ReplyDelete
  6. ain pon plan next year awal tahun nak gi holiday....sbb time tu budak dah masuk sekolah..so senang sikit nak gi bercuti...

    ReplyDelete
  7. sronok nk cuti2...happy holiday..mmg kalo nk pegi holiday sure kita google dlu kn...kn main redah kot ada yg kita tktau kn

    ReplyDelete
  8. Jalan lagi Ju..jalan jangan tak jalan..Saya pulak rasa teruja nak tahu kemana pulak lepas ni..bukan apa sebab kalau baca cerita jalan2 Ju ni lengkap dan padat..siap dengan harga bagai..tu yang kadang2 dok berangan jugak nak kumpul duit.Tapi anak saya yang perempuan ni bukan jenis jalan2 tau Ju..susah tau nak ajak dia kemana2 tempat yang dia tak pernah pi..kadang2 kita google gambar tunjuk kat dia pun dia tunjuk muka kurang minat..sabar je la makcik!hahahh

    ReplyDelete
  9. hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  10. wah....happy holiday julia.....safe trip ok:)

    ReplyDelete
  11. wahhh..nk jln ke mn pulak tu ju...jeleszzz tau..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)