Tercari-cari menu makan pagi sehingga tengahari di satu tempat yang damai dan menenangkan dari kesesakan kota, apa kata bawa keluarga anda mahupun rakan-rakan ke Ummiza Cafe yang terletak dikawasan daerah Jenderam, Sepang Selangor. Kelab Blogger Ben Ashaari di beri peluang untuk melaksanakan food review di sini nyata ia memang tumpuan pelanggan untuk menjamu selera pelbagai variasi 17 menu masakan Melayu dan Oriental. Wowww menarik bukan?

Bagaimana nak ke Ummiza Cafe?
Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jenderam Sepang tidak lama lebih kurang hanya 30 minit sahaja perjalanan menggunakan hiway MEX. Semasa perjalanan, mata anda akan disajikan dengan permandangan indah desa dan kawasan yang hijau. Kalau anda mahu kelainan disinilah cafe yang menjanjikan kepelbagaian citarasa masakan Melayu yang jarang sekali didapati di kawasan bandar metropolitan. Click gambar dibawah ini untuk play video instagram dan click semula untuk stopkan video. Sejuk dingin je suasana.

Lauk pauk masakan melayu ala oriental perghhhhhhhhhhh, julia makan pun menangis!


Tempahan Catering Ummiza Cafe

Di Ummiza Cafe anda boleh buat tempahan catering tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan diatas sebab kurang kakitangan. Tempahan diambil hanya untuk 300 orang ke bawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan ulangtahun. Harga pula berdasarkan harga dipasaran dan kuantiti lauk yang ditempah.

17 Lauk pauk Ummiza Cafe antaranya ialah:
  1. Ayam masak merah
  2. Ayam kicap berlada
  3. Ayam masak lemak cili api
  4. Ikan kembung berlada 
  5. Ikan keli berlada
  6. Asam pedas ikan 
  7. Udang sambal
  8. Sup cendawan
  9. Gulai ayam kampung campur kentang
  10. Gulai rebung
  11. Gulai pucuk ubi
  12. Kari daging cmpur kentang
  13. Gulai siput sedut
  14. Ayam goreng
  15. Sambal ikan bilis
  16. Kuih muih dan pelbagai menu sampingan
**********Mari saksikan live video dibawah, click gambar dibawah untuk play dan click semula untuk stopkan video ye. Leleh ayaq liuq hoiiii !


Kemeriahan Blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sedang melaksanakan Food Review hangat dirasakan.

Bersusun lauk haaaa, masak lemak siput sedut tu paling memukau dan paling cepat habis!
Kuahnya pedas, likat dan fresh membuatkan sesiapa yang bertandang tak puas makan!

Owner Ummiza Cafe
Lebih kurang 17 menu masakan Melayu & Oriental disediakan perghhhhhhh, sodap-sodap!
3 wanita muda belia dibawah inilah owner Ummiza Cafe, muda-muda lagi jadi usahawan berjaya tau.


Suasana Ummiza Cafe
Inilah ruang legar Ummiza Cafe, luas dan selesa. Kawasan parking pun senang dan paling bestnya boleh menyaksikan suasana desa yang aman damai jauh dari kesesakan kota.

Khidmat DJ & Karouke
Paling terpesona, khidmat DJ dan Karouke juga turut disediakan tau, kalau anda ada request untuk adakan majlis keraian disini perkhidmatan ini turut meriahkan suasana hari anda.

Lihat telatah Qi, kacau blogger Shairazi menyanyi heheheh...seronok, anak-anak pun teruja.

Keseronokkan menjamu selera sampai tak perasan bertambah-tambah!

Suami pun puji, menunya sangat lazat dan sesuai unuk seisi keluarga.

Bergambar kenangan dengan blogger Kak Moon dan Rara.


Alhamdulilah, Kelab Blogger Ben Ashaari seronok dan berpuas hati diatas layanan dan perkhidmatan yang disediakan. Anda nak ke sini boleh ikuti detail dibawah ye. Selamat menjamu selera masakan Melayu versi Oriental. Pasti wowwwwwww!


Ummizacafe
No 229 Batu 29, Kampung Jenderam Hulu Sepang.


Waktu operasi:
Isnin sehingga Sabtu
Jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja.

Hubungi:
Puan Nor - 0196682069
Ain - 011-10602569

15 Comments

  1. Ayam masak merah & gulai rebung kat ummiza cafe sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. menarik sangat ... rasa macm nak makan lagii ...
    teringat2 siput sedut !! :D

    ReplyDelete
  3. Uwaaa..mencabar keimanan sungguh tgk lauk pauk nya. Mkn xigt dunia la klu dpt pegi

    ReplyDelete
  4. lprrr tgk smua menu..dh la tk bfast lg

    ReplyDelete
  5. masakan kampung memang kena dengan selera Kak Sue..kuih muih pun semua sedap kan Juju..

    ReplyDelete
  6. sedap dan lazat..
    jadi memang kena datang makan lagi di sini..

    ReplyDelete
  7. Masakan kampung memang paling best kan :)

    ReplyDelete
  8. paling terliur tgk masak lemak cili api siput sedut tu..perghhhh..melelehhhh

    ReplyDelete
  9. Waaa.. makanan sungguh mengancam terliur habis hahahhaa.. untung ler dapat jadi ahli kelab BA :D

    ReplyDelete
  10. MashaAllah kak!!! Sedapnyaaaaa... Nanti boleh cuba try test makan masakan kg kat sini

    ReplyDelete
  11. yg paling heaven bile makan tak diganggu anak anak kannn... hahaha... diorang sibuk main sbb tmpt tu kan luas dan selesa...

    ReplyDelete
  12. banyak choice lauk dia.. ni kalau mak sis dtg sini mesti rambang mata tngok lauk2 kampung..silap2 nanges tak tau nak pilih mana 1 lauk.. hihihi

    ReplyDelete
  13. menarik lauk nyer.
    ala-ala kampung :)

    ReplyDelete
  14. semua menu nampak menarik...pasti sedap kan..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)