STATUS AIB DI LAMAN SOSIAL | Julia Johari
Booking.com

STATUS AIB DI LAMAN SOSIAL

Status Aib di Laman Sosial? Wauuu panas isu hari ini, pasti kita terus belek diri sendiri, pernahkah aku berbuat sedemikian atau hanya sekadar melihat status tersebut dan mula pasang strategi mengumpat berjuta kilometer jaraknya. Hari ini dalam sejarah Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu founder KBBA telah di jemput untuk satu wawancara di TV1 bagi slot Feminin. 

Isu yang di kira agak berat ini di kupas juga oleh seorang pakar motivasi dan kaunseling yang terkenal juga iaitu Ustazah Dr Robiah K Hamzah. Bual bicara ini sangat menarik minat julia dengari sebentar tadi jam 11.30 pagi di TV1. 

Anda pernah up STATUS AIB DI LAMAN SOSIAL?
Benda negatif ni senang sangat nak hinggap, lagi-lagi media yang suka viral video atau cerita yang belum tentu sahih hujung pangkal cerita dari orang sebenar, komen plak kalau baca nauzubillah seakan mereka pula yang melalui detik berkenaan. Huhhh itu sebab julia seboleh-boleh elak dari viral perkara yang tidak sahih, dan viral perkara yang bermanafaat sahaja macam produk terbaru ke, kecantikan ke, ilmu kesihatan ke, apa-apa yang positif yang boleh diambil contoh dari budak kecil sehingga besar julia ambil.

Lagi satu bukan setakat di FB je up status aib, kalau WHATSAAP pun dah buka cerita tak baik tu pun kira aib kan, huhhhhh banyak-banyakkan muhasabah diri. Think positive, lagi-lagi kita yang hari-hari menatap di media sosial, jadi influencer, macam-macam kita kena tapis sebelum nak publish.
Kata Ben Ashaari: "Yang penting niat, sebelum kita nak menulis niat kena ada. So kita kalau nak menulis tu kena ada niat kerana Allah ataupun kita niatkan sesuatu itu hendak yang baik insyaAllah jalannya baik, cantik je semua"

Kata Ustazah Dr. Robiah: Kita jgn kisah apa orang kata.. Kita kena kisah apa Allah kata. 
Bila kita dikritik, itu tandanya Allah menegur kita
Bila kita tidak lagi ditegur atau dibiarkan.. Tu maknanya Allah dah tak kisahkan kita
Jangan sampai Allah tak kisahkan kita dah.

Jom audit diri !

14 comments:

  1. terbaik juju... sampai skrg pegang jugak kata2 abg ben..biarlah entry kita biasa2 je, asalkan tak buka aib orang atau viralkan benda yg tak pasti.. pegang kata2 dia tuu..

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah blog kak jue.

    Pada saya sebagai pengguna sosial, kita sendiri kena berfikir beribu kali dan berhati-hati sebelum up status. setiap perkataan dan impak yang kita tulis tu perlu dikaji. kata orang kalau terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.

    Saya selalu letakkan barrier mengenai hidup peribadi dalam blog dan media sosial saya. ingat bukan semua org suka kita dan di luar sana ada 1001 perangai orang

    ReplyDelete
  3. Mmg xsuka lgsg bt status aibkan diri sndiri atau org...yg positif2 la je kan...br syiok

    ReplyDelete
  4. Salam, tak tahu lah kan, sbb bukak FB ni zaman masa belum nak matang sgt..so, maybe penah..cam maki2 or carut2 tu dulu mmg penah, even kat blog pun penah..tp usia makin betambah dan kematangan pun makin meningkat..so, skang mmg Alhamdulillah dah tak mcm dulu..hehe

    ReplyDelete
  5. Betul tuu, apa apa pun mula dengan niat. Kalau kita positif, yang keluar pun akan positif dan baik2 aje :)

    ReplyDelete
  6. setuju sangat...ciknad selalu ingatkan diri sendiri supaya tak menulis benda2 yang tak sepatutnya..kita bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yg kita tulis...

    ReplyDelete
  7. Pernah dulu up status yang marah amattt kat seseorang..tak tau la nak kata aibkan orang ke hapa..tapi sekali tue je la..lepas2 tu tak pernah update apa2..huhu..kalau bukak fb tu, cuma scroll up n down tengok status kawan2..gambar2 kawan share ke..

    ReplyDelete
  8. Pernah dulu up status yang marah amattt kat seseorang..tak tau la nak kata aibkan orang ke hapa..tapi sekali tue je la..lepas2 tu tak pernah update apa2..huhu..kalau bukak fb tu, cuma scroll up n down tengok status kawan2..gambar2 kawan share ke..

    ReplyDelete
  9. kadang kita ter lepas. yang 'ter' tu la yang nak kena elak.

    ReplyDelete
  10. masuk tu memang best..

    kalau boleh elak

    elakkan untuk mengaibkan orang lain di laman sosial atau alam realiti

    ReplyDelete
  11. Juju..kita pun sebelum tulis fikir masak-masak dulu ;) takut woooo..takut dengan Allah

    ReplyDelete
  12. btl ju..kite ni kadang takut sgt klu status kite mengaitkan org..sebab tu ila jarang update status..slalu share gambar je..

    ReplyDelete
  13. Kdg2 mungkin tanpa sedar farah pun pernah terlepas jugak.. Tp bila tersedar tak bagus buat mcm tue farah akan cepat2 delete...hehehe...so bg farah kalau time dok emosi better jgn tgk or bukak mana2 media sosial... Relax dulu..bila dh cool baru tgk blk..so tak dak terbawa2 emosi tue kat tempat yg tak sepatutnya yer dak..:)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com